CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Histeria Pengantin Remaja Taktala Tahu Kekuatan Suami Dari Amphetamine

4-2-2015 06:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11225| Komen: 41

Histeria Pengantin Remaja Taktala Tahu Kekuatan Suami Dari Amphetamine


Terengganu: Seorang isteri bagaikan terkena histeria apabila secara tiba-tiba menjerit sekuat hati selepas mendapat tahu suami dinikahinya sejak dua bulan lalu terbabit dalam kegiatan penagihan dadah.

Rahsia suami berusia 21 tahun itu menagih dadah terbongkar selepas ujian air kencing dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terhadapnya mendapati dia terbabit dalam pengambilan dadah jenis methamphetamine.

Jeritan isteri berusia 17 tahun itu menyebabkan suasana persekitaran pejabat berkenaan yang  sebelum itu sepi bertukar bingit apabila wanita terbabit bagaikan hilang ingatan terus menjerit tanpa rasa malu terhadap anggota dan pegawai di kawasan berkenaan.



Simpati dengan nasib wanita berkenaan, anggota terbabit   berusaha mententeramkan keadaan itu sebelum   meredakan tangisan wanita berkenaan.

Lelaki terbabit dibawa ke IPD Kuala Terengganu selepas ditahan anggota trafik yang menjalankan Ops Khas Motosikal di sekatan jalan raya di Jalan Sultan Mohamad, di sini, ketika cuba meloloskan diri   jam 10 malam  kelmarin.

Cubaan lelaki berasal dari Ajil, Hulu Terengganu terbabit   gagal apabila motosikal Honda EX5 dinaiki bersama isteri terbabas sebelum terbalik sebaik melepasi sekatan jalan raya berkenaan.

Wanita terbabit ketika ditemu bual Harian Metro di tempat kejadian berkata, sebelum kejadian dia dan suami dalam perjalanan dari rumah mentua di Ajil, Hulu Terengganu ke rumah ibunya di Kampung Alor Ketitir, Merchang, Marang.

Katanya, dia tidak menyangka suaminya cuba melarikan diri kerana pada mulanya lelaki terbabit mahu memberhentikan motosikal selepas polis mengarahkannya berbuat demikian sebaik melalui sekatan jalan raya.

“Ini   kejadian pertama saya lalui (jatuh motosikal) dan mengakui terkejut dengan tindakan suami yang cuba melarikan diri,” katanya sebelum dia dan suami dibawa ke IPD Kuala Terengganu untuk ujian air kencing.

Lelaki terbabit ketika ditemui berkata, dia mengambil tindakan itu kerana takut berikutan tidak memiliki lesen dan cukai jalan tamat tempoh selain masih memiliki beberapa saman   belum dijelaskan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Nik Md Zain Nik Omar yang mengetuai operasi berkenaan berkata, Ops Khas Motosikal dilakukan serentak di seluruh negara bermula malam kelmarin memfokuskan kesalahan membabitkan pengubahsuaian struktur kenderaan selain membendung gejala rempit yang membabitkan sebilangan besar  golongan pelajar.

“Operasi malam ini (kelmarin) turut   menahan tiga lelaki berusia 20-an kerana terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Selain motosikal, kita juga menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan awam serta perdagangan dan saman dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan,” katanya ketika ditemui selepas operasi di Jalan Sultan Mahmud, di sini.

DUA  remaja yang cuba melarikan diri ditahan dalam   sekatan jalan raya, kelmarin.   


11

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stilla 4-2-2015 08:42 AM
Kesian muda-muda dah kena tipu dek suami.
Mesti frust menonggeng!
Quote batmana 4-2-2015 08:46 AM
masa kawin dlu tk buat check darah dlu ka?

ka dia baru berjinak2 dgn dadah 2 bulan ni?

Quote Ferr_Remy 4-2-2015 08:47 AM
Apakah maksud tajuk thread ini?
Quote cmf_kunyit 4-2-2015 08:49 AM
batmana replied at 3-2-2015 06:46 PM
masa kawin dlu tk buat check darah dlu ka?

ka dia baru berjinak2 dgn dadah 2 bulan ni?

cek utk HIV je, patut kene check darah dan urine utk kesan dadah plak lps ni...
Quote GhostWalking 4-2-2015 08:51 AM
Ferr_Remy replied at 4-2-2015 12:47 AM
Apakah maksud tajuk thread ini?

hahahaha sila interpret!
Quote Ferr_Remy 4-2-2015 08:53 AM
GhostWalking replied at 4-2-2015 08:51 AM
hahahaha sila interpret!

Very creative... I loike... Lima bintang kikiki
Quote GhostWalking 4-2-2015 08:58 AM
Ferr_Remy replied at 4-2-2015 12:53 AM
Very creative... I loike... Lima bintang kikiki

mekasih.saya maluu
Quote Syd 4-2-2015 08:59 AM

ai thought menjerit sbb service baekkk punyer



Quote GhostWalking 4-2-2015 09:00 AM
Syd replied at 4-2-2015 12:59 AM
ai thought menjerit sbb service baekkk punyer

rupanya angkara amphetamine
Quote cmf_premierleag 4-2-2015 09:01 AM
Padan muka ko dik
Umur 17 thn gatal nak berlaki
Pi la sambung blajar
Esok2 menyalak kat sokkabar mintak simpati
Quote Syd 4-2-2015 09:07 AM
GhostWalking replied at 4-2-2015 09:00 AM
rupanya angkara amphetamine

@tapibukanaku
dia bilang


sape pekena pil kuda ka
apa kahh
as long dadah


mmg serviceee baek punye
menendang2 katanya


haha
Quote tapibukanaku 4-2-2015 09:13 AM
Syd replied at 4-2-2015 09:07 AM
@tapibukanaku
dia bilang

menjerit kat balai je pun. kat rumah sape tau dia menjerit cam mana.

Quote AMDTurion 4-2-2015 09:15 AM
Dah x minat belajar pastu biji pun dah berair sgt. Tu yg kahwin asalkan ada yg boleh disarung.
Quote kerunai 4-2-2015 12:54 PM
mat dadah mmg cmtu ler
Quote Orange1 4-2-2015 12:59 PM
cmf_premierleag replied at 4-2-2015 09:01 AM
Padan muka ko dik
Umur 17 thn gatal nak berlaki
Pi la sambung blajar

Tu lah org sekolah pun belum habis lg umur mcm tu dia dah siap menikah.
Quote setokinpurple 4-2-2015 10:27 PM
Dia histeria sbb nyesal sgt dah la kawen awal, dpt pulak jantan tak guna isap dadah.. Tau aritu baik g sambung belaja ke keje ke
Quote mak_wa95 4-2-2015 10:37 PM
menjerit terkejut je tuh..

pas dipujuk2 ok la balik..
Quote olaoli 4-2-2015 10:43 PM
Takpalah dik, laki kau curang dgn dadah je, bukan ngan pempuan lain
Quote kenarihitam 4-2-2015 10:59 PM
mak_wa95 replied at 4-2-2015 10:37 PM
menjerit terkejut je tuh..

pas dipujuk2 ok la balik..

Tu lah..dia menjerit sbb tkejut je..nnt laki dia pujuk elok lah balik tuh

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.067778 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top