CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Cuba Mengayat Budak Umur 12 Tahun Dengan Gambar Lucah

4-2-2015 10:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32470| Komen: 53

Pelajar Terlampau Cuba Mengayat Budak Umur 12 Tahun Dengan Gambar Lucah.Gitew??


Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki ‘terlampau’ cuba menggoda murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar lucah ke telefon pintar mangsa.

Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa.

Tindakan itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa selepas memeriksa telefon pintar milik anaknya itu, kelmarin.


Wanita terbabit kemudian menghubungi penganalisis jenayah Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis berhubung tindakan suspek remaja itu.

Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.

“Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau ‘dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja’.

“Kata-kata lucah itu diselitkan bersama tiga keping gambar ‘panas’ itu dianggap satu bentuk serangan dan jenayah seksual. Perkara ini amat menakutkan dan membuktikan golongan remaja kini mudah terdedah dengan pelbagai gejala tidak sihat,” katanya.

Menurutnya, kes seumpama itu boleh disiasat mengikut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kejadian seumpama ini bukan lagi kes terpencil berikutan semakin ramai pelajar sekolah terdedah dengan gangguan atau serangan seksual melalui pelbagai aplikasi sama ada WeChat atau WhatsApp.

“Sebagai contoh, seorang murid perempuan berusia 12 tahun pernah menjadi mangsa perkosa seorang lelaki berusia 27 tahun di Pantai Remis, Manjung, Perak November tahun lalu selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat,” katanya.

Menurutnya, kejadian sama turut menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berasal dari Chukai, Terengganu apabila diperkosa teman lelaki dan tiga lelaki lain Julai tahun lalu.

“Mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun melalui laman sosial WeChat.

“Saya menasihatkan golongan remaja terutama perempuan supaya tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol,” katanya.

Kamal berkata, ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kandungan di dalam telefon bimbit atau pintar anak mereka.

 

14

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poison_paradise 4-2-2015 08:53 AM
Selayak dik..masuk juvana
Quote annehuda 4-2-2015 08:54 AM
“Sebagai contoh, seorang murid perempuan berusia 12 tahun pernah menjadi mangsa perkosa seorang lelaki berusia 27 tahun di Pantai Remis, Manjung, Perak November tahun lalu selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat,” katanya.


mohon kerat please anu lelaki ni. 12 thn kot.
Quote Ferr_Remy 4-2-2015 08:55 AM
Kecik2 da buas..
Quote poison_paradise 4-2-2015 08:57 AM
Tahniah pd ibu mangsa yg alert... Salu2 la cek hp anak2
Quote jaja4 4-2-2015 09:01 AM
bagus tindakan check handphone anak2.. takut nye aku ngn budak2 skang..
Quote kerunai 4-2-2015 09:02 AM
selayaknya ke JUVANA ni sex idiots
Quote FanTasyCreaTioN 4-2-2015 09:04 AM
Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WheChat selepas berkenalan dengan mangsa.
wechat ni kena install dulu kan
bukan memang tersedia ader dalam hp

kenapa lah budak 12 tahun dah ader wechat bagai
untuk apa ja







Quote AMDTurion 4-2-2015 09:05 AM

"Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah."

Abis tu kalo dia dah tua kuranglah jijiknya.

Budak pompuan pun suka melayan. Nasib baik mak pak dpt kesan. Kalo x free ilang dara.
Quote cik_kembong 4-2-2015 09:09 AM
Dunia makin menakutkan......
Quote qronaldo7 4-2-2015 09:11 AM
block je la ape susah

ntah2 melayan
Quote lolali 4-2-2015 09:15 AM
x pyh ada we chat ni. dah mcm version Mirc plak.
Quote rospinki 4-2-2015 09:16 AM
wicat ni memey celake..dah mcm tmpt penyangap2 mencari mangse
Quote Extralink 4-2-2015 09:20 AM
FanTasyCreaTioN replied at 4-2-2015 09:04 AM
wechat ni kena install dulu kan
bukan memang tersedia ader dalam hp


Mak ayah sekarang lah terlampau cerdik pergi download kan. Siap buatkan acc fb, insta.. Nak buat ape lah budak sekolah afa smart fon bagai...
Quote FanTasyCreaTioN 4-2-2015 09:27 AM
Extralink replied at 4-2-2015 09:20 AM
Mak ayah sekarang lah terlampau cerdik pergi download kan. Siap buatkan acc fb, insta.. Nak buat a ...
baguslah emak tu dah g report
kurang2 budak lelaki tu boleh kena warning

cuma kan lebih elok mencegah ..
masa belikan anak tu hp
bagitau sesiap apa boleh apa tak boleh

lagi baik tak yah beli




Quote AMDTurion 4-2-2015 09:28 AM
Extralink replied at 4-2-2015 09:20 AM
Mak ayah sekarang lah terlampau cerdik pergi download kan. Siap buatkan acc fb, insta.. Nak buat a ...

Rasanya bkn mak ayah yg install aplikasi tersebut. Skrang ni suma dihuju g jr. Kalo pernah gi cc cap ayam yg budak2 sekolah masuk x pakai uniform sekolaj dan sgt bising keadaannya, cuba jeling. Mesti salah sorang tgh lyn porn site.
Quote fifie_olin 4-2-2015 09:29 AM
x bli kn slh..bli kan pon salah..
Quote gaara_X 4-2-2015 09:31 AM
pergh!!..nie laa masalah teknologi disalahguna......
Quote duyong95 4-2-2015 09:38 AM
kecik2 dh pakai smartphone...curlast ko dik
Quote Modngengade 4-2-2015 09:46 AM
jadi pantaulah anak2....selalulah check telefon pintar mereka

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045348 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top