Apa Jadi Kalau Lawan Jpj? KUCHING: Padah menimpa seorang penunggang motosikal yang nekad melawan arus untuk mengelak sekatan jalan raya apabila dia dirempuh sebuah kereta, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun dari Taman Penrissen itu semasa kejadian menunggang motosikal seorang diri menuju ke tempat kerjanya sekitar jam 8 pagi. Bagaimanapun, sejurus tiba berdekatan pekan Batu 10, Jalan Puncak Borneo, lelaki itu dikatakan membuat pusingan ‘U’ secara terburu-buru apabila melihat beberapa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan raya. “Dia (mangsa) mungkin cuba lari dari sekatan jalan raya kerana sanggup melawan arus sehingga sebuah kereta jenis Proton Iswara tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal yang ditungganginya. “Impak rempuhan tersebut menyebabkan dia tercampak dari atas motosikalnya dan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun itu juga terbabas,” kata sumber.
Beberapa anggota paramedik dari Hospital Peringatan Rajah Charles Brooke bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa. Ekoran kecederaan yang dialaminya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Manakala, pemandu kereta Proton Iswara tersebut dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
|
robertocarbos replied at 29-1-2015 02:58 AM
Selayaknye..
zulka replied at 29-1-2015 03:04 AM
yg JPJ ni pun satu, ada ke patut buat rodblok pepagi...dah tau org rushing nak gi keje...BongokKKK!! ...
fredza replied at 29-1-2015 03:22 AM
i pun pernah buat...
ADVERTISEMENT