CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lacur diri demi dadah

7-6-2013 09:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3606| Komen: 16

Description: 7 Jun 2013 CHUKAI – Kegiatan dua wanita yang menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah terbongkar apabila rumah sewa mereka diserbu polis, dengan salah seorang daripadanya yang berstatus ...

Janda anak satu (kanan) dan bekas penghuni pusat pemulihan wanita ini yang
dipercayai melacurkan diri bagi mendapatkan dadah.



7 Jun 2013 CHUKAI – Kegiatan dua wanita yang menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan bekalan dadah terbongkar apabila rumah sewa mereka diserbu polis, dengan salah seorang daripadanya yang berstatus janda dicekup bersama pelanggannya dalam keadaan berbogel.

Ketika serbuan di Flat Kampung Fikri, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, janda terbabit yang berusia 28 tahun bersama seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang lagi wanita berusia 20 tahun sedang dalam keadaan khayal.

Dalam serbuan yang dilakukan 10 anggota diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah dan seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Kemaman itu, polis turut merampas satu tiub dadah daripada janda berkenaan yang mempunyai seorang anak.

Berdasarkan rekod, polis mendapati suspek berusia 20 tahun itu baru sahaja keluar dari pusat pemulihan akhlak wanita di Negeri Sembilan.

Apabila masuk ke sebuah lagi bilik tidur, didapati janda terbabit dan pelanggannya sedang melakukan hubungan terlarang dan dalam kedua-dua bilik tidur itu turut berselerakan alat-alat yang digunakan untuk menghisap dadah.

Dipercayai kedua-dua wanita itu menetapkan syarat mana-mana lelaki yang mahu meniduri mereka perlu memberi dadah sebagai upah.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, selepas ujian air kencing dilakukan didapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine selain kesemuanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Suspek berusia 28 tahun dan lelaki yang berusia 37 tahun juga dipercayai pengedar dadah serta masing-masing mempunyai dua dan enam rekod kesalahan berkaitan dadah, manakala wanita yang berusia 20 tahun mempunyai tiga rekod lampu termasuk turut memiliki satu waran tangkap kerana tidak hadir perbicaraan kes terdahulu,” katanya.

Sehubungan itu, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan janda terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah. Kesemua mereka dituduh di mahkamah semalam.

Pasangan itu juga turut diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman dan akan didakwa mengikut undang-undang syariah kerana bersekedudukan.

1

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
11

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapp73 7-6-2013 09:07 AM
bodoh sungguh bila dah jadi hamba dadah
Quote MissNigga 7-6-2013 09:07 AM
chem fun ...

biler dah high... belasah ler kaw kaw.... cucuk ler mana mana...

gayes bottom ramai jer yang suker chem fun nih....
Quote MissNigga 7-6-2013 09:08 AM
nak sambung lagi...

biler dahwaras balik..start ngadu lube jumbo saket.. bengkek ....
biler dah menyetim balik... nak chem fun balik lak ...
Quote sapp73 7-6-2013 09:09 AM
MissNigga posted on 7-6-2013 09:08 AM
nak sambung lagi...

biler dahwaras balik..start ngadu lube jumbo saket.. bengkek ....

mana missNigga tau ni
Quote bbalik 7-6-2013 09:13 AM
sedap sangat kah...
Quote MissNigga 7-6-2013 09:20 AM
sapp73 posted on 7-6-2013 09:09 AM
mana missNigga tau ni

kawan kawan geyes bottom iols yang citer kat iols

Quote sapp73 7-6-2013 09:22 AM
MissNigga posted on 7-6-2013 09:20 AM
kawan kawan geyes bottom iols yang citer kat iols

...............
Quote amyainsamad 7-6-2013 10:26 AM
amboi......
Quote DCrystal 7-6-2013 10:35 AM
Wajahnya.....  
Quote orgkpg 7-6-2013 10:39 AM
DCrystal: Wajahnya.....  


macam kenal ker?
Quote prettyuglybabe 7-6-2013 11:12 AM
kesian nasib anak beliau
Quote gaara_X 7-6-2013 11:44 AM
ambo kesian kat anak-anak je...omak tu..kalau sesiapa mencelop..takut aids je....hehehehehehee
Quote copy_paste 7-6-2013 12:09 PM
kalau dibiarkan mau dpt aids,xpun penyakit kelamin.
Quote redz85 7-6-2013 03:30 PM
kalau nak melacur pun buat  lah jadi kaya.. setakat dadah apa hasil.. bodoh betul
Quote cegitu 7-6-2013 03:53 PM
Muda muda lagi dah jadi hamba dadah...
Quote alien485 23-7-2017 03:54 PM
akibat dadah menang bahaya

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.233742 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top