CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

[Tuntutan Nafkah Tertunggak] - Rm500 Untuk Beli Pakaian & Make Up Rita Sebulan ...

28-1-2015 04:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 37273| Komen: 261

Jumlah tuntutan nafkah tertunggak RM102,000


Shah Alam: Pelakon Rita Rudaini, 39, menyatakan bekas suaminya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 28, tidak konsisten memasukkan wang antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan sepanjang tempoh 2012 iaitu selepas pemain bola sepak itu meninggalkan rumah Januari tahun sama.

Dia turut memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini jumlah diberikan Mohamad Aidil tidak tetap dan ada ketika didapati tidak memasukkan wang terbabit untuk beberapa bulan tertentu.

Bagaimanapun Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar mengakui bekas suaminya itu memasukkan wang ke akaun banknya secara konsisten RM2,000 sebulan sejak Januari hingga Disember 2013.

Katanya, wang diberikan itu bukan untuk dirinya berikutan Mohamad Aidil Zafuan memberitahu wang itu untuk nafkah anak mereka.

“Ketika berjumpa atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) saya beritahunya (bekas suami) wang diberikan tidak mencukupi untuk saya dan dua anak,” katanya ketika menjawab soalan balas peguam syarie Mohamad Aidil, Rushdan Sujak Rafie di depan Hakim Mawardi Che Wan semalam.

Rita berkata demikian ketika perbicaraan tuntutan nafkah tertunggak RM102,000 untuk tempoh 20 bulan dari tarikh defendan meninggalkannya pada Januari 2012 hingga dia diceraikan pada Ogos 2013.

Sementara itu, mengenai tuntutan pakaian RM500 sebulan, Rita berkata, sebagai pelakon dia memerlukan pakaian, alat solek serta barangan wanita lain sebagai keperluan.

Katanya, dalam pekerjaan itu dia memerlukan pakaian baru, namun aktres itu mengakui dia gagal mengemukakan resit bagi tuntutan.

Prosiding ditangguhkan dan hakim menetapkan perbicaraan disambung pada 14 April ini.

Pelakon itu diwakili peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Rita dan Mohamad Aidil Zafuan bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.

3

Bagus
2

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stars83 28-1-2015 09:12 AM
tuntut sampai tggl spender   tu tuntutan time dorg still somi isteri..
Quote haruslah 28-1-2015 09:15 AM
byk nye thread RR

huhu cam semakkk jer....
Quote katakau 28-1-2015 09:17 AM
uols..betol ker edel tak bagi RR nie berlakon pas kawen tapi RR degil nak berlakon gak..iols rasa ada baca kat mana ntah..ttibe iols rasa faktor dorang bercerai nie bukan sbb family edel jer..

Quote annehuda 28-1-2015 09:26 AM
erm rita i sokong kalau u nk tuntut utk anak2 u tp kalau u nak tuntut utk keperluan u, seolah2 mcm u sengaja nk membankrapkan ex-hubby u. ada sedikit niat tak brape ikhlas kt situ.

eh mcmla rita baca
Quote Syd 28-1-2015 09:30 AM
mujur laaa rr berlakon
kalau tak, tahu laa anak beranak tu mencekik apa
Quote sponges 28-1-2015 09:30 AM
tuntut jgn x tuntut
btw banyaknya thread rr dgn edelnotelo
Quote khailya 28-1-2015 09:31 AM
cop2 kalau dah cerai still boleh tuntut nafkah tertunggak eh?....
Quote alinone78 28-1-2015 09:37 AM
rita ni tak dapat tuntutan mut'ah eh?
Quote sepitsiput 28-1-2015 09:39 AM
khailya replied at 28-1-2015 09:31 AM
cop2 kalau dah cerai still boleh tuntut nafkah tertunggak eh?....

opcoz la...sepanjang ditinggal tak bertali...sbb tu kaum pompuan kene rajin nyimpan resit...hatta beli 7E sekalipun
Quote sepitsiput 28-1-2015 09:42 AM
alinone78 replied at 28-1-2015 09:37 AM
rita ni tak dapat tuntutan mut'ah eh?

tuntutan mutaah another case khen? yg ni masa sheols digantung x bertali... edel notelo tinggalkan begitu sajork . nasib baik sheols ada offer berlakon...klu sheols tu taraf2 effa nareesha? aishah atan? mana nak cekau duit khenn.
yg mutaah tu kalau mahkamah dapati si edel notelo xleh bg sebab kukuh kenapa heols ceraikan rita... mendapatlah kene byr mutaah tu.. yg pasti, harus la heols dragging utk nego lagi
Quote khailya 28-1-2015 09:43 AM
sepitsiput replied at 28-1-2015 09:39 AM
opcoz la...sepanjang ditinggal tak bertali...sbb tu kaum pompuan kene rajin nyimpan resit...hatta  ...

oh mcm tu ker.....

mcm2 jugak eh..baru aku tau..
mutaaah ape semua tu mmg penah dgr.. tp tak penah tau ape maksudnyer..huhuhu
Quote novlin 28-1-2015 09:45 AM
Syd replied at 28-1-2015 09:30 AM
mujur laaa rr berlakon
kalau tak, tahu laa anak beranak tu mencekik apa

Khennn... merasalah jugak budak2 tu bercuti ke paris... kalo x kena tunggu dewasa pastu kawin dgn anak org kaya baru la merasa bercuti ke thailand, bali & main golf bagai...
Quote Syd 28-1-2015 09:45 AM
marilah bergigih kita membaca.

Membaca jambatan ilmu.

contoh2 kes tuntutan di mahkamah;

http://guamansyariah.blogspot.co ... g-dilapurkan_2.html
Quote tomet05 28-1-2015 09:46 AM
mahal nya mekap dia ..
Quote novlin 28-1-2015 09:48 AM
sepitsiput replied at 28-1-2015 09:39 AM
opcoz la...sepanjang ditinggal tak bertali...sbb tu kaum pompuan kene rajin nyimpan resit...hatta  ...

Ekekekekeke... pasni kalo pi makan pisang goreng cheese tepi jalan mohon minta resit... boleh tunjuk bukti rega pisang goreng cheese 6 ketoi 6 hengget... senang nk tunjuk bukti kot2 nk wat tuntutan napkh nanti...
Quote aseela 28-1-2015 09:50 AM
wow...hebat RR ni...bole la bekas somi tanggung sampai berjodohan dan kawen (laki baru lak tanggung)
bagus la..dia pon nak merasa macam janda Chef Wan...top to toe tanggung...sampai la sekarang janda chef wan pon tak kawen2
Quote CrowneGlory 28-1-2015 09:52 AM
Okla tu tgk life dia as pelakon yg memerlukn byk mekap

lgpun harga 500 tu taraf2 mekap maybelline, loreal, simplysiti, silkygirl je satu set termasuk pakaian... Nak branded mana dpt
Quote abil_tetra 28-1-2015 09:56 AM
Suami wajib bg nafkah kan wlu isteri kerja sekalipon
Lama tu tempoh tgal plus nafkah anak jap ada jap xde
Kan senang klu bg je konsisten dah mcm gini nmpk la byk sedebuk
Quote abil_tetra 28-1-2015 10:00 AM
sepitsiput replied at 28-1-2015 09:39 AM
opcoz la...sepanjang ditinggal tak bertali...sbb tu kaum pompuan kene rajin nyimpan resit...hatta  ...

Haha bole buat hobi simpan resit...rugi la rita xde hobi tu
Teringat kes gf-bf yg travel meliling dunia sekali putus tudia kluar segala resit
Naik court juga ngalahkan kes lakibini


Lihat semua komen(261)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.045565 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top