CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes salah guna pas pelajar asing menurun

6-6-2013 04:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1770| Komen: 0

Description: KUALA LUMPUR 6 Jun - Bilangan kes penyalahgunaan pas pelajar asing diinstitusi pangajian tinggi swasta (IPTS) menurun secara drastik tahun lalu ekoran langkah pihak berkuasa memperketatkan syarat kema ...
KUALA LUMPUR 6 Jun - Bilangan kes penyalahgunaan pas pelajar asing di  institusi pangajian tinggi swasta (IPTS) menurun secara drastik tahun lalu  ekoran langkah pihak berkuasa memperketatkan syarat kemasukan pelajar.
Perangkaan Polis Bukit Aman menunjukkan penurunan tangkapan warga asing yang  menyalahgunakan pas pelajar dan terbabit dalam aktiviti pelacuran iaitu daripada  76 orang pada 2011 kepada 37 tahun lalu.
Statistik itu juga menunjukkan tangkapan pelacur dalam kalangan penuntut dari  China paling tinggi pada kedua-dua tahun iaitu 29 pada 2012 dan 73 pada tahun  sebelumnya.
Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman,  Asisten Supritendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, baki adalah pelajar dari  Uzbekistan dan Yaman.
Tahun lalu tujuh warga Uzbekistan dan seorang dari Yaman, manakala pada tahun  sebelumnya tiga rakyat Uzbekistan, katanya kepada Bernama, dan menambah serbuan  dilakukan antara tiga dan empat kali seminggu, mengikut aduan orang ramai.
Pada Februari tahun lalu, kerajaan menghentikan pemberian visa semasa  ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini, bagi membendung  penyalahgunaan dokumen itu serta mengawal kemasukan warga asing secara mudah.
Visa pelajar hanya dikeluarkan kepada penuntut asing selepas mereka menerima  tawaran daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS yang  dikelolakan oleh kementerian.
Pelajar asing yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan  dadah, kebanyakannya mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT  yang bukan di bawah kelolaan kementerian itu.
Selain itu, institusi-institusi pengajian tinggi turut mengamalkan proses  pengambilan pelajar secara berhati-hati.
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan Universiti Islam  Antarabangsa Malaysia (UIAM), Badrul Shahri Basri berkata, pihaknya mengamalkan  proses temu bual secara bersemuka atau persidangan video bagi pelajar yang  diragui sijil pendidikan mereka.
"Temu bual itu dilakukan oleh lima atau enam orang pakar dalam bidang yang  dimohon pelajar," katanya.
Badrul berkata, temu bual hanya dilakukan selepas dokumen peribadi mereka  seperti pasport yang sah serta sijil pelajaran terkini yang diterima universiti,  diragui kesahihannya.
Pegawai Bahagian Pengambilan Pelajar Allianze University College of Medical  Sciences di Pulau Pinang, Amirullah Abd. Hadi berkata, kolej itu menggunakan  prosedur yang ditetapkan kerajaan dalam urusan kemasukan pelajar asing.
"Jika ada keraguan pada kelayakan seseorang pelajar, kita akan berhubung  dengan tempat pelajar pemohon.
"Selain itu kita juga boleh mengetahui seseorang itu benar-benar hendak  belajar apabila tengok kesungguhan mereka seperti sentiasa membuat 'follow-up'  dengan kita," katanya.
Beliau berkata setakat ini tiada laporan penyalahgunaan pas oleh pelajar  asing di kolej berkenaan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130606/je_06/Kes-salah-guna-pas-pelajar-asing-menurun#ixzz2VPymwZoX
©  Utusan Melayu (M) Bhd


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.158102 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top