CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Nak Buang Air

27-1-2015 03:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7996| Komen: 42

Penumpang Nak Buang Air



Maran: Dua penuntut Kolej Shahputra Kuantan yang dalam perjalanan pulang ke kampus selepas cuti semester terbunuh apabila Perodua Viva dinaiki merempuh belakang sebuah bas ekspres di Kilometer 153.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pemandu, Aimi Sarah Abd Hissam, 20, dari Taman Muda, Cheras, Kuala Lumpur dan penumpang, Nurul Aida Ahmad Tajudin, 20, dari Setiawan, Perak, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, Aimi mengambil jurusan diploma pereka fesyen manakala Nurul penuntut diploma dalam bidang arkitek.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sebelum kejadian, bas ekspres yang membawa 28 penumpang menghala ke Kuala Terengganu, Terengganu, dari Kajang, Selangor, terpaksa berhenti di lorong kecemasan apabila seorang daripada penumpang mahu membuang air besar.

“Pemandu memberhentikan bas di lorong kecemasan sebelum kereta dipandu Aimi dari arah sama melanggar belakang bas ekspres berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, rempuhan kuat itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, pemandu bas ekspres berkenaan bersama penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Maran dan dihantar ke Hospital Bandar Jengka (HBJ), dekat sini untuk bedah siasat,” katanya.

Mohamad Noor berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kita tidak pasti apa yang berlaku dan amat memerlukan kerjasama saksi bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 27-1-2015 08:36 AM
Alfatihah....xtau nak ckp apa...aku cuma suspect diorg laju...hmmm
Quote mdhelmi 27-1-2015 09:19 AM
kereta langgar bas yg  berhenti di lorong kecemasan
maknanya mangsa pon lalu lorong kecemasan?
ataupon tiba2 lipas masuk dalam kain

papepon takziah pada keluarga mangsa
Quote cik_kembong 27-1-2015 09:25 AM
Innalillah.....takziah untuk keluarga mangsa...
Quote lululun 27-1-2015 09:27 AM
innalillah... takziah...
Quote kentel 27-1-2015 09:38 AM
ni mesti laju...gagal mengawal kenderaan...hmm...takziah..
Quote xpdckelate 27-1-2015 09:46 AM
ini cerita sangat pelik
Quote annehuda 27-1-2015 09:47 AM
aku suspek diorg nk memotong pakai laluan kecemasan kot. tu yg laju tu.  nk salahkan bas dah mmg bas tu statik pastu dirempuh kt belakang plak tu

wallahualam...

apepun takziah la kpd keluarga mangsa.
Quote sayawifenikmie 27-1-2015 09:54 AM
copppp.....

bas memang takder tandas kah?
bila penumpang nak kencing berak ... kena berhenti kat mana2 hutan ke?

ini awal pagi .. maksudnya bas simply stop kat lorong keccemasan  utk menurun/menunggu penumpang yang berak .. kat mana? tepi jalan kah?

tanpa menyalakan lampu kecemasan la gamaknya .....???

budak2 ni pulak.. tompang toi lalu ikut jalan kecemasan  ..
udah nak jadi ..... begitu laaa ...



Quote ultra78 27-1-2015 09:55 AM
Mesti mengantuk ni
Quote eco_internet 27-1-2015 09:59 AM
pukul 1 pagi eksiden.. aku suspek pemandu viva tu mesti mengantuk.. hanya berpandukan lampu kete depan utk stay lurus atas jalan raya, tapi tak sedar kenderaan kat depan tgh berhenti di lane kecemasan....  
Quote abas8888 27-1-2015 10:40 AM
awat tak balik petang atau tengahari atau awal pagi ahad tu..ni dah tengah malam pukul 1.00 pagi..
Quote scorpionkiki 27-1-2015 10:46 AM
Lain Kali guna iriz...ibubapak yg mampu harga iris...belilah iriz dr viva utk increased probability of death anak anak in case accident. Kita berusaha dulu...
Quote rospinki 27-1-2015 10:47 AM
takziah..ngatok ke rabun tak nampak bas berhenti kt depan, kalau tk laju sempat berenti..lagi2 yg baru dpt keta kenmain eksen lagi memecut konon dia la campiyen kt jalan..tapi skil takdak!

semalam baca kt paper..ada budak itm shah alam kena langgar bas persiaran masa tunggu kt basten..driver bas tu pengsan pah bas menglusur lalu menhentam sekumpulan penuntut kt basten..mati buta2 je tanpa diduga.
Quote sekel 27-1-2015 10:48 AM
Takziah utk ahli keluarga...........Al-Fatihah utk arwah 2 org tu
Quote prettyuglybabe 27-1-2015 10:49 AM
takziah.. beraninya mak bapak bagi anak-anak dara balik tengah malam buta
Quote lostnfaun 27-1-2015 11:03 AM
suspek penumpang bas tue sakit perut nak tercirit...
Quote iza_yuss 27-1-2015 11:07 AM
pernah terjadi kat aku dulu.... mase tu baru pandai bawak keta.... area bangi....

bas berhenti tepi jalan..... nasib ada member kat sebelah, dia tegur sebab nampak macam aku nak follow bas tu..... padahal bas tu berhenti.... kejadian berlaku pada siang hari... dan aku x laju, so memang sgt2 sempat aku tersedar

kadang2, memang kita tengah bawak keta, kita tak perasan bahawasanya lori/bas tu berhenti kat tepi jalan.... bukan tengah bergerak

kalau waktu malam, tolonglah tutup lampu tu kalau berhenti tepi jalan....kadang2 mengelirukan laaa
Quote melia_star 27-1-2015 11:11 AM
aku tak paham hangpa kata bebudak tu bwk laju lah...x nmpk lori kt depan la...ngantuk laa....dah kul 1 pg, gelap dn kt highway mlm2 bwkla laju....mmg biasa je kan tuh....pd aku yg salah bas tu....bas tu besar....awat benti kt tepi, awat x cari RnR jer....emergency lane tu bkn lebar sgt kan punn...muat2 kete je pun....bas ni mesti dah 'makan' byk lane kiri....bebudak ni mesti x prasan bas tuh dr jauh....dah dekat baru prasan ada bas besor gedabak benti tepi jalan....
Quote batmana 27-1-2015 11:13 AM
bila bawak laju , mmgla tk pasan kenderaan tu bhenti..tu yg tersondol..

aku rasa klu ada pemeriksa jpj duduk sebelah budak2 pmpn ni, mmg selamat smpai.

tapi, malas nak ckp..sendiri pkirla..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.071243 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top