1. Wajah bentuk Oval
Bedak asas: Sebaiknya menggunakan warna semulajadi fokus di bahagian dahi dan di hidung. Tips mudah: Sebaiknya kamu tidak memilih untuk fokus kepada kedua-dua bahagian, sama ada bahagian mata mahupun bibir. Sebaiknya kamu pilih salah satu sahaja untuk diberi tumpuan. Misalnya, jika kamu ingin fokus pada bahagian mata, pilihlah warna yang natural untuk bibir dan begitulah sebaliknya. 2. Bentuk bulat Inginkan wajah bulat lebih tirus? Caranya, aplikasikan foundation berwarna gelap pada tulang pipi dan rahang anda. Lukiskan kening dengan bentuk sedikit melengkung ke bahagian dalam. Sementara untuk makeup mata , pilihlah eyeshadow dengan warna gelap dikombinasikan dengan warna-warna stabilo sebagai highlight.
3. Wajah bentuk persegi Untuk membuat wajah persegi kamu lebih bulat dan tirus, sapukan pemerah pipi di tepi atas pipi atau bahagian bulat yang akan menonjol waktu kamu tersenyum. Aplikasikan pula foundation dengan warna cerah pada dahi dan hidung. 4. Bentuk Hati Dengan fokus pada dagu, kamu dapat membuat wajah kamu terlihat lebih oval. Gunakan foundation berwarna natural pada dagu, kemudian sapukan pewarna pipi berwarna terang pada tulang tulang pipi bahagian dalam. Selain bahagian dagu, area mata juga penting dengan mengaplikasikan 'makeup' mata berwarna gelap. Penggunaan maskara dan eyeliner juga amatlah penting untuk memberi kesan indah pada mata. |
ADVERTISEMENT