Selepas timbul berita zamani ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah,kini orang ramai mengecam satu video yang dimuat naik dan di kongsi di laman facebook yang merakamkan aksi Zamani menyanyi sambil tangan digari. Walaupun pada laporan terdahulu, Zamani mengakui telah terlibat dengan najis dadah ini selama 10 tahun namun video tersebut sedikit sebanyak menjejaskan imej artis tersebut. Rakaman selama 1:23 minit itu mendapat reaksi negatif peminat yang rata-rata beranggapan rakaman tersebut bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang artis. Rakaman tersebut juga jelas menunjukkan Zamani dipaksa oleh seseorang (dipercayai) polis untuk menyanyi lagu Gerimis Mengundang sambil tangannya digari.
Salah satu fan page yang menentang hebat rakaman ini adalah 'Amran Fans'yang menyifatkan tindakan memuatnaik video tersebut sebagai salah laku oleh perkhidmatan awam. Malah semakin ramai menggunakan hashtag #bantahtindakanpoliskpdzamani sebagai tindakan mengecam tindakan tersebut. LadyLista turut bersimpati pada apa yang terjadi pada Zamani. Ladylista mengakui penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang serius dan sokongan dari orang ramai amat diperlukan untuk beliau kembali bebas dari najis dadah. |
ADVERTISEMENT