CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Fesyen Lihat artikel

Fesyen yang dicemuh lelaki

21-1-2015 01:27 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5586| Komen: 11

1. #Ugg Boots

Bayangkan iklim di Malaysia ini, tak panas, pasti hujan. Dua sahaja musim di Malaysia ini, jadi gadis-gadis jangan lah berangan mahu menggayakan Ugg Boots. Ugg Boots ini memang la trend di negara luar tapi mereka ada salji. LadyLista pernah nampak sendiri wanita mengenakan Ugg Boots ini, rasa mahu pijak sahaja. Menurut lelaki yang LadyLista temubual, Ugg Boot ini membuat wanita nampak lebih gemuk

2. #Seluar 'Harem'

Kini kembali lagi seluar stail 'harem', memang tak dapat dinafikan keselesaan semasa memakai. Sangat senang nak sarung.

Tapi tahukah kamu,lelaki tidak rasa potongan seluar ini seksi. Malah mereka mencemuh seluar potongan sebegini kerana ia kelihatan seolah-olah memakai lampin yang londeh! pastikan anda tidak mengenakan seluar ini jika pertama kali 'date'

3. #Romper

Sangat comel melihat gadis-gadis memakai romper ketika keluar sopping bersama-sama rakan. Sama seperti sundress, romper nyata untuk mereka yang inginkan keselesaan ketika melakukan aktiviti

Namun tahukah kamu, lelaki melihat gadis memakai romper sebagai gadis bodoh.Ini kerana pada mereka romper ini hanya sesuai untuk bayi. Dalam erti kata lain, kamu 'baby' kah?


4. #Kuku dengan Warna merepek

Mungkin gadis gemar mewarnakan kuku dan tak kurang yang mengambil pendekatan lebih ekstrem dengan melukis corak-corak dikuku anda.

Tahukah kamu, lelaki merasakan kuku palsu kamu itu sangat 'annoying'. Ini kerana lelaki jarang memberi tumpuan pada kuku wanita, tetapi kalau si dia ternampak warna kuku anda dengan gambar yang bukan-bukan. Lelaki seperti merasakan kamu seperti orang gila.!

5. #Gincu warna terang


Warna terang memang sangat digemari oleh gadis. Ini kerana semua gadis dapat menukar dari rupa bosan kepada lebih 'high class'.

Tapi bukan warna terang pada gincu itu yang dibenci lelaki, tetapi pada kesan yang ditinggalkan. Apabila kamu minum air, gelas tersebut tentu akan berbekas kesan gincu anda, tak kurang juga pada makanan anda. Pada lelaki ini sangat digeli!

6. #Strapless tops

Strapless tops ini memang nyaman kalau kita gayakan di pantai atau di taman-taman. Tetapi tanpa tali yang menyokong baju ini, ia kelihatan seperti payudara anda yang menyokong baju ini untuk terus kekal di atas.

Tak semua lelaki, namun banyak lelaki berasa pakaian sebegini sangat menyesakkan mata mereka. Bagi pemakai yang dalam kategori kurus dan lurus, anda hanya akan kelihatan lebih sekeping kerana tiada alat bantuan sokongan. Jadi elakkan strapless top kerana sangat menyusahkan bagi gadis untuk kekalkan baju ini tanpa terlondeh.

7. #Wedges

Semua gadis percaya wedges sangat selesa berbanding dengan heels yang tumit runcing. Dan jika anda memakai stiletto pastinya anda akan tersangkut pada lubang yang terbuka dijalan. Tentunya wedges tak jadi sebegitu.

Namun lelaki pada mata mereka melihat wedges ini sama seperti Ugg Boots, nampak seperti memakai batu bata.Lelaki juga merasa seperti berat untuk membawa batu-bata ini berjalan.

p/s: Pandangan ini bukan terpakai untuk semua lelaki.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote alesandra 28-1-2015 09:00 AM
harem pants tu mmg haremjads.aku yg pompuan pun menyampah tgk.tapi lelaki sini pun ada pakai gak kan.yg guna kain pelikat tu....
Quote alaa 27-1-2015 02:19 PM
mcm pandangan penulis semata2 je. hehehehe
Quote seri_mawr 26-1-2015 04:58 PM
ye ke lelalki tak suka wedges....elok jek laki aku belikan aku wedges...3,4 pasang lagi....
lelaki lain tak suka...lantak la...yang penting laki aku suka...hahaha.
Quote ajunara 24-1-2015 12:42 PM
cantik ape wedges...i suka...
Quote LolaLoly 23-1-2015 05:37 PM
Harem pants tengah in kot! siap laaa kalau bf i xsuke.. memang aku bogelkan die
Quote khailya 23-1-2015 09:05 AM
lelaki tak suke wedges??... selesaaaa kot pakai wedgess
Quote bawangputih05 22-1-2015 08:51 PM
membebel2 aku baca post ni..hahahahaha..sbb mostly bnde yg aku suka pkai..minus seluar harem tu la..buruk nau..kuku meme tu comel ok..kreatif sgt..
Quote intriQue 22-1-2015 11:34 AM
hehehe…..i suka jer wedges.  Lelaki tak suka?  Biar arrrrr  :)
Quote diarimerah 22-1-2015 11:21 AM
Kalau takat boyfriend... Ada aku Kesah???
Quote matahari7001 22-1-2015 07:52 AM
hek eleh... x suke sudah huhu
Quote iznanaziz 21-1-2015 03:54 PM
cantik je boot tu, apa masalahnya?
cantik je romper ni...jgn2 lelaki jeles sb tak leh pakai....hehehe

kesimpulannya...lelaki memang jeles....hehehehe

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048628 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top