CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pemandu Rapidkl Biadap

20-1-2015 05:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12404| Komen: 72

Pemandu Rapidkl Biadap



Kuala Lumpur – Syarikat Prasarana Negara Berhad sedang menyiasat dakwaan yang dibuat dalam satu artikel yang telah menjadi viral bahawa seorang pemandunya bersifat perkauman dan tidak profesional.


Pengurus Kanan Komunikasi dan Media Azhar Ghazali memberitahu, pihaknya tahu mengenai artikel yang dimuat naik ke laman funnymalaysia.net oleh individu bernama KavinKumar Puvanesan, menberitakan beberapa insiden yang berlaku ketika dia menaiki bas di Lembah Klang.

“Kami masih menyiasat mengenai kejadian itu berdasarkan laporan berkenaan.”

Menurut artikel bertajuk “Pemandu Bas RapidKL yang bersikap Perkauman dan Tidak Profesional”, pemandu bas itu dikatakan beberapa kali tidak membenarkan penumpang wanita Cina menaiki bas berkenaan dan menyuruh mereka untuk “berambus” dan “ambil bas lain.”

KavinKumar berkata, kira-kira 50 meter tidak jauh dari perhentian bas, di mana wanita tua yang membawa banyak beg menunggu, seorang wanita Melayu menahan bas berkenaan dan pemandu bas itu memberhentikan kenderaan walaupun dia tahu bahawa wanita Melayu itu tidak menunggu di tempat yang sepatutnya.


Itu baru satu insiden yang berlaku, sepanjang perjalan di Klang Valley.

“Ada seorang wanita tua berbangsa India menaiki bas menggunakan pintu belakang dan pemandu bas itu menjerit bertanya: “Woi you pakai apa? Woi aunty you pakai apa?” dan wanita itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan.

Menurut KavinKumar, wanita itu memberitahu pemandu: “Maaf anak, saya tidak tahu saya sepatutnya naik melalui pintu hadapan sebab saya jarang menaiki bas.”

“Sekali lagi pemandu itu bersikap biadap dan berkata: “Lain kali kalau tak tahu, jangan naik.” Dia bercakap dengan kuat dan semua penumpang dalam bas, mendengarnya.”

Pemandu itu juga dikatakan bersikap biadap dengan satu keluarga India.

KavinKumar berkata bukan itu saja, pemandu itu juga menjalankan tugasnya secara tidak profesional seperti gagal memberhentikan bas di tempat sepatutnya dan memandu secara cuai.

“Dia juga tidak pandai berbahasa Inggeris dan Melayu dengan baik, bagaimana dia boleh menjadi pemandu di syarikat ini? Saya harap RapidKL akan mengambil tindakan ke atas pemandu ini,” katanya.

7

Bagus

Marah

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 20-1-2015 01:22 PM
Tak kan lah Melayu yang suci-murni lagi innocent racist terhadap orang bukan Melayu.
Spidey bersangka baik, mesti penumpang bas non Malays selalu buat haram jadah dalam bas dia dan sudah serik membawa penumpang non Malays.
Mesti Kavin Kumar adalah ahli seumur hidup DAPig mahu menjatuhkan maruah orang Melayu!!:
Quote Syd 20-1-2015 01:26 PM
pemandu2 bas rapid GO PJ pung ramai yang kurang ajar..
sangat2 laa kurang ajar
mengomel
menghamun
suka dia je lah nak berhenti ke tak

tau laa bas tu bas percuma

tapi bas tu BUKAN APAK ko punye laaaa
Quote truly 20-1-2015 01:27 PM
Pengangkutan awam, bas, teksi dsb di Malaysia memang di monopoli oleh golongan biadap dan PPRT. Tak tau lah sampai bila keadaan ni

Quote redz85 20-1-2015 01:31 PM
bangsa apa ni ? tak tahu cakap melayu dan inggeris
Quote nurul_akmar 20-1-2015 01:33 PM
tidak pandai berbahasa melayu dgn baik?? pati ke??
Quote bulalof 20-1-2015 01:36 PM
tak patut.
Quote Syd 20-1-2015 01:38 PM
spiderman80 replied at 20-1-2015 01:22 PM
Tak kan lah Melayu yang suci-murni lagi innocent racist terhadap orang bukan Melayu.
Spidey bersang ...

semua bangsa pung ada dalam bas rapidKL tuh
omputeh pung ke hulu ke hilir naik bas rapid KL
Quote blackred99 20-1-2015 01:42 PM
bas rapid leh masuk dari belakang ke?
Quote Syd 20-1-2015 01:46 PM
kalau depan dah penuh orang..berdiri sampai tangga, ada driver suh naik dari pintu belakang
Quote truly 20-1-2015 01:49 PM
Dia ni ke yang biadap, yang baju kuning kat gambar tu?

Quote jofizo 20-1-2015 01:51 PM
kena siasat betul2, kalau dgr satu pihak je sape2 pn boleh reka citer....

kalau dia dlm bas tu mesti dia boleh catit no plat bas tu
Quote cmf_conan 20-1-2015 01:54 PM
patutnye kalo nak amik org je, buka pintu depan je..
kalo nak turun kan orang, bukak pintu belakang je..
kalo ada yg naik dan turun baru bukak dua2 pintu..
bukan gitu ke sepatutnya?
Quote Mary_jane 20-1-2015 01:54 PM
Wah kena fasih bm & english baru bleh jdk driver rapid k. Kelas gitew. Yg driver ni biadab sgt dh kenapa? Mabuk ketum agaknya
Quote krustykrab 20-1-2015 02:00 PM
wah tak tau plak nk jd driver bas kena fasih inggeris....
Quote aderaderker 20-1-2015 02:01 PM
X fasih bm and bi..
So ni orang ape?
Quote edoraixora 20-1-2015 02:01 PM
memang ade drebar bas yg biadab pun
tak kire lah bangsa ape pun
dah perangai nye jelik sebegitu
Quote luvpierre 20-1-2015 02:02 PM
pemandu2 pengangkutan awam kt msia ni kbanyakannya mcm samseng
mcm diri dia tu otai besar sgt
yg kt dlm artikel ni nmpk mcm kongajo/racist giler drivernya
apakah mmg sykt2 pengangkutan hire pekerja kriteria samseng/kongajo gtu
Quote Modngengade 20-1-2015 02:08 PM
memang  kebanyakan pemandu bas rapidKL kurang ajar..pastu bawak bas ikut jadual mak bapak dier...sebab tu akak tak koserr nk naik bas...naik lrt lagi bagus...
Quote WawaRaRa 20-1-2015 02:15 PM
dulu aku rasa bas metro ngan bas aper tah yg cara bwk bas kuang ajar... rapid kl dulu baik2 jer... skrg ni rapid kl lak menjadi2... banyak kali bas rapid menghimpit kete aku... rasa nak sepak jer....

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.107334 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top