K-Pop dan Zumba, hiburan dan senaman yang lagha
KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam negara ini diminta untuk mengelakkan terjebak dengan hiburan K-Pop dan senaman Zumba yang disifatkan berbentuk lagha (sia-sia) semata-mata.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, kerajaan juga seharusnya sudah lama menyekat kedua-dua unsur ini daripada menyerap ke dalam gaya hidup rakyat negara daripada terus mempromosikannya. "K-Pop itu lagha, sama juga dengan Zumba. Tengok akibatnya semasa konsert baru-baru ini, berdakap, bercium seolah-olah tidak ada lagi pegangan agama. "Mana undang-undang yang menyekat perkara sebegini daripada terus berleluasa? Jika dibiarkan moral anak-anak gadis kita akan terus hanyut dengan perkara yang sia-sia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Ismail mengulas perbuatan anggota kumpulan K-Pop, B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada minggu lepas. Video berciuman yang berdurasi lebih tiga minit itu turut dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV selain menjadi viral di media sosial. Bagaimanapun, perlakuan itu turut disifatkan berlakudi luar jangkaanpenganjur. Lagha merupakan bahasa Arab yang bermaksud perbuatan yang batil, termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik dan maksiat selain segala perbuatan yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perbuatan atau perkataan. Gambar hiasan Sebelum ini, Ismail dilaporkan menyifatkan Zumba menjadi faktor utama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal menjadi seorang pejuang Islam sejati. Tegasnya, promosi berlebihan terhadap tarian sukan itu disifatkan sebenarnya mendukacitakan banyak organisasi Islam negara. Dalam pada itu kata Ismail, masyarakat dan pemimpin juga harus bekerjasama dan memastikan isu berkenaan tidak lagi berulang. "Akhlak perlu dipulihkan daripada pemimpin sehingga masyarakat. "Seandainya pemimpin gagal, ia kelak pasti memberi kesan kepada seluruh sistem kemasyarakatan itu sendiri," ujarnya. Isu K-Pop turut mendapatperhatian seorang 'gadis misteri'yang memberitahu kehadiran remaja bertudung yang terlibat dalam video kontroversi konsert K-Pop B1A4 sebelum ini adalah dengan keizinan tuhan.
|
lkick2113 replied at 20-1-2015 08:15 AM
dia tau tak zumba tu apa?????? bodoh sangat la org2 agama sekarang ni......
inai_Djari replied at 20-1-2015 08:18 AM
zumba tue xsalah tp bile dah tergedik2 dpn jantan same ajelah mcm hiburan lagho lain..aku pun selalu ...
ADVERTISEMENT