Penyewa BB Plaza tidak puas hati diminta pindah keluar
Peniaga di BB Plaza berkata kali pertama notis diberikan kepada para penyewa untuk bersedia berpindah adalah pada 2012 namun tidak ada kepastian mengenai tarikh sebenar mereka perlu berpindah. Ia bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kondominium mewah 60 tingkat bagi menggantikan pusat membeli-belah yang sudah berusia tersebut. Bagi peniaga, Nor Lyazazy, 28 yang memiliki tiga kiosk dan sebuah butik pakaian di pusat beli-belah berkenaan, pihak pemaju telah memberi layanan yang tidak memuaskan kepadanya dan juga penyewa-penyewa lain selepas memberikan notis yang tidak munasabah untuk mengosongkan kedai mereka tanpa sebarang pampasan.
Menurutnya, kali pertama notis diberikan kepada para penyewa untuk bersedia berpindah adalah pada 2012 namun tidak ada kepastian mengenai tarikh sebenar mereka perlu berpindah. Kata Lyazazy, dia bersama-sama beberapa penyewa lain, menubuhkan Persatuan Peniaga Bukit Bintang Plaza dan bertemu dengan pengurusan pemaju UDA Holdings Berhad untuk mendapatkan pampasan. “Kami menubuhkan persatuan untuk membolehkan kami mempunyai suara dan kebanyakan daripada peniaga mahukan pampasan kerana kami semua diminta untuk meninggalkan premis ini. “Kami pernah mendengar bahawa UDA telah diberi pampasan oleh MRT Corp untuk diberikan kepada penyewa tetapi ia tidak sampai kepada kami,” dakwanya. Tambah Lyazazy, sebuah kafe di Jalan Bulan yang telah dikosongkan lot mereka juga diberi pampasan oleh pemaju MRT Corp. semakin ramai peniaga meninggalkan premis berkenaan selepas tidak mengetahui bilakah ia akan ditutup dan dia kemudiannya menyewa sebuah kedai kosong untuk dijadikan butik. “Saya terkejut apabila pada Oktober tahun lalu UDA akhirnya memberitahu tarikh akhir untuk keluar pada 31 Disember tetapi mereka membenarkan saya untuk menyewa pada tahun 2013. “Jika mereka tahu bangunan itu akan diambil alih, mengapa mereka menyewa lot kepada saya dan setelah melantik peguam, saya membuat beberapa rayuan untuk tinggal lebih lama dan akhirnya diberikan lanjutan sehingga Mac tahun ini untuk mengosongkan kedai saya,” ujarnya. Katanya lagi, ramai penyewa mengambil keputusan sama ada berpindah ke Berjaya Times Square atau Sungai Wang Plaza. “Walaupun ini antara pilihan yang ada namun sewa di sana terlalu tinggi dan Sungai Wang juga dikatakan menaikkan sewa selepas penutupan BB Plaza. “Kami tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tempoh dua hari akan datang kerana pintu yang menghubungkan ke Sungai Wang akan ditutup apabila Metrojaya ditutup mulai esok,” katanya. Dalam pada itu, seorang lagi peniaga Wong Wah Tong, yang memiliki sebuah kedai yang menjual cenderamata, batik dan pewter berkata beliau berasa tertipu dengan pemilik pusat membeli-belah. Walaupun masa yang diberikan mencukupi namun kerja-kerja pengubahsuaian jubin dilakukan awal tahun lalu mengelirukan penyewa yang mana merasakan mereka boleh kekal berniaga di sana. “Namun selepas mendapat notis terakhir pada Oktober tahun lepas yang mengatakan terpaksa keluar oleh hujung tahun, kami memohon untuk diberikan tempoh yang lebih lama kerana memerlukan masa untuk memindahkan stok barangan. “Kami sangat kecewa kerana tidak diberi apa-apa pampasan dan selain layanan mereka yang buruk terhadap kami. “Kami telah beroperasi di sini selama 30 tahun dan mereka melayan kami seperti ini tetapi bangunan ini adalah milik mereka jadi jika mereka mahu kami pindah, kami akan pindah,” kata Wong kepada The Post Rakyat. |
10
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
poison_paradise replied at 19-1-2015 08:56 AM
Nak buat kondo 60 tingkat? DA la area mendap runtuh nt
snipersnake replied at 19-1-2015 09:02 AM
yg belinya nanti org Singapore...
freebird replied at 19-1-2015 10:10 AM
yang beli nanti mustilah ramai melayu kan..baguslah....tektik dbkl nak ramaikan pengundi melayu di k ...
ADVERTISEMENT