|
Eskalator Menara Maybank Dijadikan Tempat Tidur Gelandangan KUALA LUMPUR:- Sekumpulan gelandangan yang tidur sekitar kaki lima serta kawasan berhampiran sebuah bank di Jalan Tun Perak di sini, menimbulkan rasa kurang selesa kakitangannya serta orang awam di kawasan tersebut. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka menjadikan eskalator sebagai tempat tidur dan kadangkala terlena sehingga waktu siang ketika warga kota mula sibuk untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Seorang kakitangan di sebuah bank di kawasan itu yang enggan dikenali memberitahu, dia kurang selesa apabila terlihat gelandangan tidur di merata-rata tempat apabila ke pejabat pada setiap pagi. “Ada antara mereka yang terlajak tidur hingga menyebabkan pemandangan di kawasan ini nampak tidak terurus. “Saya kasihan dengan nasib mereka, tetapi janganlah tidur di tempat awam sehingga menyukarkan orang lain untuk menggunakan kemudahan yang ada,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Menurutnya, kawasan itu tidak sesuai dijadikan tempat tidur dan boleh menjejaskan imej rakyat negara ini di mata pelancong asing. ![]() Sementara itu, seorang pengguna bas di Pudu Sentral, Ayub Jamali, 36, berkata, situasi gelandangan tidur di kawasan itu bukan perkara baharu. “Banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan mahupun agensi lain dan golongan seperti ini sewajarnya dibantu. “Jika mereka tidak tahu untuk memohon bantuan, agensi terbabit perlu turun padang membantu mereka,” katanya. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati, ramai gelandangan berlegar-legar dan ada yang mula berbaring di sekitar kawasan berkenaan. Dengan beralaskan beg serta baju, mereka lena tanpa mempedulikan suasana bising bunyi kenderaan dan orang yang lalu-lalang. ![]() Dalam pada itu, seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta, Normah Abu Bakar, 28, meminta pihak berkuasa memandang serius masalah tersebut dan mengelak budaya gelandangan tidur di tempat awam berleluasa. “Jika dibiarkan saya bimbang masalah ini semakin serius dan tidak terkawal. Sudah tentu kita tidak mahu Kuala Lumpur menjadi seperti bandar raya di negara jiran apabila gelandangan tidur di merata-rata tempat. “Saya mahu mereka dibantu dan sewajarnya ada tempat yang sesuai untuk mereka tidur dan tinggal,” katanya.
|
cmf_jeangrey replied at 17-1-2015 09:17 AM
gelandangan ni warga mana? apasal tetiba ramai sgt? Tepi jamek lrt pun ada...nmpk mcm drug addict je ...

peYno replied at 17-1-2015 09:26 AM
melayu laaa... ingat melayu kaya n mulia sgt ke

cmf_jeangrey replied at 17-1-2015 09:59 AM
soalannya warga mana? sbb tgk rupa mcm bukan melayu....dan belum tentu ckp melayu
dulu2 kalau ada ...
annehuda replied at 17-1-2015 09:25 AM
kenapa tetiba bertambah ramai homeless people kt KL ni? 5-10 thn dulu yg suka tido tepi jalan ni org ...
slavehunter replied at 17-1-2015 12:09 PM
Ha a ramai giler.....dulu2 penagih sekerat dua dan orang gila....sekarang dari muda sampai tua sem ...
lavamerah replied at 17-1-2015 12:23 PM
Area mat pet ni...
Mat pet kelate mari..

ADVERTISEMENT