Gaya Rambut 'Fresh' sempena 2015 Sempena tahun baru ini, tak terlambat LadyLista ucapkan selamat tahun baru. Masih lagi dalam bulan pertama bagi tahun 2015 ini, tampil lebih segar dengan gaya rambut yang lebih 'intrend'. Berikut LadyLista senaraikan gaya rambut yang patut kamu mark dalam diari
#1. Sanggul Dandanan sanggul ini telah kembali.Bagi memberi sentuhan yang lebih segar, sanggul rambutmu dengan lebih tinggi atau lebih rendah. Sanggul dapat menyelamatkan harimu dari kesuraman dan masalah rambut berminyak.
Formal - Jika anda menghadiri acara formal, sanggul molek diletakkan sedikit tinggi dan ketat bagi menghasilkan ilusi anggun. #2. Boho Waves Jika tahun lepas kamu mengenakan fesyen rambut lurus ala 'Ju-On', apa kata anda cuba gaya boho waves atau messy waves. Keringting ala longgar ini tidak memerlukan masa yang banyak waktu pagi, gulungkan dengan jari dan panaskan sebentar rambut sehingga kelihatan ikal. #3. Fesyen Ekor kuda Fesyen ini paling simple dan kemas. kamu ikat sahaja keseluruhan rambut menjadi seperti ekor kuda.Kalau kamu rasa ikatan ekor kuda ini sudah bosan, segarkan dengan efek crimped hair. #4. Rambut basah Memang agak baru untuk kelihatan basah sentiasa. Namun fesyen ini merupakan antara fesyen baru yang boleh buat anda tampak lain dan segar. Kesan seperti baru selesai mandi pasti membuatkan anda tampil dengan lebih bertenaga. |
ADVERTISEMENT