Bathing Machine : Alat Menutup Aurat Wanita Mandi Ketika Zaman Ratu Victoria Diantara tahun 1750-1920 "Mesin Mandi" seperti di bawah boleh dilihat di kawasan pantai Eropah. Mesin mandi ini digunakan oleh kaum hawa untuk menutup tubuh mereka dari diintai lelaki gatal ketika mandi.
Pada era ini buku lali wanita diangap erotis dan boleh mendatangkan nafsu. Oleh itu wanita harus menggunakan mesin mandi ini untuk mandi di pantai awam. Ketika zaman Ratu Victoria kegilaan memastikan wanita tidak mandi bersama dengan lelaki menjadi semakin gila dan mesin mandi yang besar mula dibina. Ia dilengkapi bilik pertukaran, bilik kering, tandas dan bilik bersolek. Seekor kuda akan digunakan untuk menarik mesin mandi ke tengah laut dan mandilah kaum hawa di dalam mesin aneh ini. Selepas 1920an masyarakat Eropah berubah. Wanita dan lelaki kini boleh mandi bersama di dalam laut tanpa dipandang serong. Oleh sebab itu mesin mandi seperti ini mula pupus dari kawasan pantai. So kids........ Malaysia mungkin sebuah negara yang prudish tetapi setahu kami dalam sejarah peradaban Tanah Melayu mesin mandi ini tak pernah wujud disini. So in a way our ancestors and not as bad as European ancestors!
|
ADVERTISEMENT