Kuala Kangsar: Kecewa kerana ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki dipercayai mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri dalam bilik tidurnya di Batu 26, Kampung Ketior, di sini semalam.
Sumber polis berkata, mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui tergantung oleh ibunya jam 8.30 pagi, sebelum mendapatkan bantuan ahli keluarga dan menghubungi polis. “Ibu mangsa yang berasa curiga sebaik anaknya tidak keluar dari bilik tidur pada pagi itu tergerak menjenguk mangsa di bilik. “Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik ibunya terkejut apabila mendapati mangsa tergantung di dalam bilik berkenaan. “Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga lain sebelum melaporkan kepada polis,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
|
inai_Djari posted on 6-6-2013 08:25 AM
bukan bangsa kite nie..org kite xboleh bunuh diri otomatik masuk neraka budak tadika PASTI pun tau.. ...
haryatie posted on 6-6-2013 08:28 AM
laaa..pe psal pulak bukan org melayu islam..tengok van jenazah tu..
ADVERTISEMENT