Hukuman denda, penjara 6 bulan
KUALA LUMPUR – Kontroversi aksi panas berpeluk dan bercium antara ahli kumpulan K-Pop, B1A4 dengan peminat wanita Islam bertudung pada konsert di Life Centre di sini Sabtu lalu makin memuncak apabila pihak berkuasa dijangka mengambil tindakan tegas walaupun penganjur menyatakan permohonan maaf semalam. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan te-gasnya semalam mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tin-dakan sewajarnya ter-hadap penganjuran kon-sert kumpulan K-Pop, B1A4 Live in Kuala Lumpur, ekoran insiden tidak senonoh tersebut. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, insiden beberapa orang gadis Melayu bertudung dicium dan dipeluk artis dari Korea Selatan itu secara jelas bertentangan dengan syarak dan menjelekkan pandangan masyarakat umum.
|
atira replied at 13-1-2015 07:54 AM
blah la.....
hangin terpilih betui...
ADVERTISEMENT