'Tak Sanggup Bagi Orang Lain Jaga' - Kamsiah
Kamsiah bersama tiga daripada empat cucunya yang ditinggalkan kedua ibu bapa mereka.
KUANTAN - Walaupun dihimpit kesusahan namun kasih seorang nenek tidak sanggup membiarkan empat cucu yang ditinggalkan kedua-dua ibu bapanya dijaga orang lain. Kamsiah Che Esa, 54, yang mengidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan gout menjaga keempat-empat cucunya yang berusia 8, 6, 4 dan 1 tahun 4 bulan sejak tiga bulan lalu. Kamsiah berkata, mereka ditinggalkan kedua ibu bapa selepas mereka tidak lagi sehaluan. “Ibu mereka iaitu anak makcik keluar dari rumah pada Oktober lalu dan tidak pulang selepas itu, begitu juga bapa mereka. “Buat masa ini, makcik menanggung mereka dengan menjual kuih muih, namun kadang-kadang keadaan kesihatan mengganggu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawa, di sini. Kamsiah berkata, ada beberapa individu yang mahu menjadikan cucunya sebagai anak angkat namun dia tidak sanggup berpisah dengan mereka. Katanya, walaupun pendapatan hasil menjual kuih muih tidak seberapa namun rezeki mereka tetap ada hasil bantuan jiran dan individu yang dermawan. “Saya cuba sediakan makan pakai mereka dengan kudrat yang ada, namun ada ketikanya ada keperluan yang tidak mampu diberikan. “Ada satu hari, cucu saya meminta mahu membeli burger, tapi satu sen pun saya tak ada. “Rumah sewa sudah empat bulan tak bayar, begitu juga dengan bekalan elektrik dan air, hanya tunggu masa untuk dipotong,” katanya. Katanya lagi, keperluan persekolahan dua cucunya, Muhammad Ashraff Aliff Aiman, 8, dan Muhammad Aliff Amirul Safizan, 6, masih belum dibeli lagi. ”Saya buntu memikirkan yuran persekolahan yang mencecah RM500 untuk mereka berdua. Minggu depan sesi persekolahan akan bermula, namun saya tak mampu beli apa-apa “Saya sangat berharap ada pihak yang sudi membantu cucu-cucu saya,” katanya. Kamsiah berkata, dalam kejadian banjir baru-baru ini, cucunya yang bongsu, Muhammad Ashraff Aliff Aizat, 1 tahun 4 bulan, dijangkiti penyakit bawaan air. “Saya tak mampu nak bawa dia ke klinik,” katanya. Kepada pihak yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun BSN, Kamsiah Che Esa 06100-29-00060531-6.
|
7
Bagus |
10
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie replied at 8-1-2015 11:43 AM
apa punya org la..
suka suki tinggalkan ank2 mcam tu jerk..
lavagitar replied at 8-1-2015 11:46 AM
lu marah kat sapa ni..??
namirulmukminin replied at 8-1-2015 12:06 PM
No akaun dah bagi... Jom derma... Harap2 si @lavagitar yang ngaku konon Tokey Kilang Papan ...
Modngengade replied at 8-1-2015 11:59 AM
comelnya budak2 tu....bagi lah kat hakak biar hakak jaga....
sedih sgt tgk nasib budak2 ni....
lavagitar replied at 8-1-2015 12:09 PM
lu sedap2 main sampai beranak pastu lu tinggalkan suh nenek dia jag...lu masih tarak muka mau mint ...
ADVERTISEMENT