Musim Sejuk Bakal Landa Malaysia CUACA sejuk bakal melanda Malaysia dalam tempoh terdekat sehingga menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk di Kampung Keroh, Kuala Krai pada 25 Januari tahun lalu. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu. Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu. Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh. Gambar hiasan “Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut. “Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.
|
supernaturalee replied at 7-1-2015 10:47 AM
bulan mac start panas, kering
ready utk dicatu air lagi
faraway1 replied at 7-1-2015 10:48 AM
Minus 38 hari ni dengan faktor angin..
faraway1 replied at 7-1-2015 10:48 AM
Minus 38 hari ni dengan faktor angin..
pittjie replied at 6-1-2015 09:53 PM
cuaca macam ni kalau keluar .. pakai baju brapa lapis sis?
mak_wa95 replied at 7-1-2015 10:45 AM
wah sejuk pulak..
best sejuk...xde la siang mlm dlm econ je..
faraway1 replied at 7-1-2015 10:48 AM
Minus 38 hari ni dengan faktor angin..
kumbang7 replied at 6-1-2015 09:51 PM
err..xdpt dibayangkan...suhu 16c pun aku dh rasa derita sgt2 ni pulak berminus minus
primemova replied at 6-1-2015 09:57 PM
Kesiannya sis... -38 tu boleh kena frost bite....
ADVERTISEMENT