Dulu, Kini & Selamanya: Perodua Buka Tempahan Myvi Baharu KUALA LUMPUR - Perodua membuka tempahan untuk model Myvi baharunya, yang akan dilancarkan pada 15 Januari. Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kereta berkenaan menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi. Ia berkata ciri-ciri baharu keselamatan itu memperoleh penarafan empat bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asean. "penambahbaikan ini dibuat selepas kajian mendalam," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh. Myvi kini merupakan model Perodua yang paling berjaya dan menjadi kereta terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut. Myvi baharu ini berharga antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dalam dua warna, Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
|
8
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
2
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Modngengade replied at 7-1-2015 01:39 PM
TT ada gambo keter tak..tolong tepek
kumbang7 replied at 7-1-2015 01:42 PM
xada..dah cari kt paultan pun xada..xpe yg pasti bentuk & rupanya tetap sama sesuai dgn tajuk thre ...
mdhelmi replied at 7-1-2015 03:19 PM
kalo aku owner perodua...aku suruh buh sport rim 16" siap2
konfem laju org booking
ADVERTISEMENT