CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kota Bharu berdebu

6-1-2015 09:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5365| Komen: 23

Kota Bharu berdebu

Orang ramai terpaksa menutup hidung ketika berjalan di sekitar bandar Kota Bharu yang kini berdepan pula masalah persekitaran berdebu selepas banjir surut.


KOTA BHARU - Rakyat Kelantan kini berdepan dengan situasi membimbangkan apabila menghadapi persekitaran berdebu kesan banjir yang melanda baru-baru ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi mendapati, orang ramai termasuk pembantu jurupam di stesen minyak dan penjual di tepi jalan terpaksa menggunakan topeng muka ketika aktiviti harian kerana cuaca berdebu teruk.

Laluan utama Bandar Kota Bharu yang ditenggelami air sebelum ini, meninggalkan kesan lumpur seolah-olah 'menghilangkan seri' bandar tersebut.

Selain itu, masih banyak premis perniagaan termasuk kedai-kedai makan masih belum beroperasi.

Bahkan ada juga peniaga yang nekad membuka kedai makan mereka selain segelintir peniaga jalanan mengambil kesempatan berniaga walaupun laluan berdebu.
Sekiranya keadaan itu berterusan, ia bukan sahaja berisiko terhadap kesihatan terutama sekali gangguan pada pernafasan, batuk dan sakit mata tetapi keselamatan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, orang ramai yang berada di bandar ini khasnya mereka yang mempunyai penyakit berkaitan pernafasan, dinasihatkan supaya mengelak kawasan berdebu atau menggunakan topeng muka ketika berada di luar bangunan.

Seorang penuntut IPT, Rohaizan Rajenun, 19, memberitahu, tumpuannya mengulang kaji pelajaran bagi persediaan peperiksaan akhir semester terganggu apabila berasa tidak berapa sihat disebabkan persekitaran berdebu.

“Saya menghidap asma, sekarang sudah mula-mula batuk dan sukar bernafas.
"Jadi saya meminta supaya langkah drastik diambil segera untuk membersihkan kawasan berlumpur,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, peniaga, Ling Kok Chong, 50, berkata, dia terpaksa memakai topeng muka ketika menjalankan aktiviti harian kerana debu yang tebal.

“Tidak kira kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, mereka perlu berganding bahu selesaikan masalah rakyat ini selain menumpu kerja-kerja membantu mangsa banjir,” katanya.

Berikutan senario itu, farmasi mahu pun kedai yang menyediakan topeng muka mula menjadi tumpuan orang ramai yang ingin membelinya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 6-1-2015 08:55 AM
kesan tinggalan banjir...

kena juga bagi sumbangan topeng muka
Quote famri7 6-1-2015 08:56 AM
Cash berturut2..petanda apakah?
Quote nourahfey 6-1-2015 09:24 AM
Edited by nourahfey at 6-1-2015 09:26 AM
famri7 replied at 6-1-2015 08:56 AM
Cash berturut2..petanda apakah?

petaka wahabbisme nk tunjuk taring..
Quote nh83 6-1-2015 09:24 AM
majlis perbandaran wat gapo? bertabahla ore klate..ni semua ujiye Tuhan..
Quote kejoraria 6-1-2015 09:28 AM
maybe pembersihan sblm hudud dilaksanakan
Quote koe_syahf 6-1-2015 09:36 AM
famri7 replied at 6-1-2015 08:56 AM
Cash berturut2..petanda apakah?

apa maksud hg. petanda apa.

Quote koe_syahf 6-1-2015 09:37 AM
ini ujian kesabaran , keredhaan atas apa yang diturunkan Allah. untuk allah bagi ganjaran besar di sisinya.
tanda Allah sayang.
Quote stania83 6-1-2015 09:46 AM
Bestnya jadi delusional. Tuhan sokmo sayang.
Quote yumentos 6-1-2015 09:47 AM
Doakan segala masalah akan diatasi~
Quote ResellerMaxis 6-1-2015 09:47 AM
itu sajer nak tayang breast..kalau nak elak debu patut pakai mask..bukan angkat tudung
Quote ronin31 6-1-2015 09:48 AM
standard la lepas banjir....hilang la lama2 tu...
Quote yumentos 6-1-2015 09:52 AM
Doakan segala masalah akan diatasi~
Quote prizadane 6-1-2015 09:56 AM
kesian orang KB. tabah je la. jaga kesihatan n kebersihan. mana tahu pasni KB akan jadi bandar terbersih
Quote android88 6-1-2015 10:03 AM
Alamak satu masalah telah selesai, satu lagi dtg. Doakan segala masalah akan diatasi
Quote tomatome 6-1-2015 10:05 AM
bertabahlah warga kb
Quote jofizo 6-1-2015 10:05 AM
bertabahlah, air pun x cukup utk minum apatah lagi nak cuci...... berdoa mintak hujan turun semula.
Quote True-X 6-1-2015 10:27 AM
Dah berdebu...pastu ade pokok Tamar.. dah ala.ala padang pasir negeri erebbb
Quote fredza 6-1-2015 11:53 AM
untung la sapa pakai purdah...
Quote arira_arora 6-1-2015 12:01 PM
hurm.. pakai la topeng.. hati2 nnt kena penyakit..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.183712 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top