CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Etihad Terkandas 12 Jam Di Landasan Tanpa Makanan

5-1-2015 06:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7191| Komen: 25

Penumpang Etihad Terkandas 12 Jam Di Landasan Tanpa Makanan   



SAN FRANCISCO: Beratus-ratus pelancong mendarat dengan selamat di San Francisco namun melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa berada selama 28 jam di dalam pesawat termasuk 12 jam di landasan di Timur Tengah tanpa makanan atau mendapat maklumat yang tepat.

Emosi para penumpang pesawat Etihad Airways 183 dari Abu Dhabi semakin memuncak apabila penerbangan itu terlewat untuk berlepas selama setengah hari, demikian kata penumpangnya kepada media.

"Mereka secara berterusan memberitahu kami bahawa pesawat akan berlepas 15 minit dari sekarang, 20 minit dari sekarang, 30 minit dari sekarang dan akhirnya ambil masa selama 12 jam," kata penumpang Thomas Piani kepada pemberita di San Francisco.

Para penumpang berkata anak kapal itu memberitahu mereka bahawa lapangan terbang Abu Dhabi terlalu sesak dengan penerbangan lain yang turut terkandas.

Etihad, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu menerusi kenyataan berkata, kabus tebal menjadi punca banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Syarikat penerbangan itu memohon maaf atas kesulitan pelancong namun berkata kelewatan adalah di luar kawalannya.

6

Bagus

Marah
7

Terkejut

Sedih
1

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote applemy 5-1-2015 11:43 AM
12 jam tu terlalu lama.. patutnya pusing balik ke terminal!

Ai pun pernah experience pesawat emirates terkandas dekat 2 jam kat landasan nak take off.. seram gak tgk kat tingkap.. sand storm rupanya huhu
Quote Acong 5-1-2015 12:00 PM
12 jam tak bagi makan langsung? kurus laa penumpang nanti   
Quote ultra78 5-1-2015 12:01 PM
Kenapakah penumpang pesawat Etihad ni? Terkandas 28 jam pun dah menggelupur

Quote hanakikan 5-1-2015 12:18 PM
Tapi aku suka naik etihad ni. Services best. Kalau nak ke west aku prefer etihad atau emirates.

Kes terpencil je ni.
Quote robertocarbos 5-1-2015 01:34 PM
Acong replied at 5-1-2015 04:00 AM
12 jam tak bagi makan langsung? kurus laa penumpang nanti

Bukan xde makanan, tapi kene charge, so baik berlapo
Quote mattzzx 5-1-2015 01:41 PM
Ingatkan mangsa banjir saje yang tak dapat makanan....
Quote faraway1 6-1-2015 06:37 AM
applemy replied at 4-1-2015 10:43 PM
12 jam tu terlalu lama.. patutnya pusing balik ke terminal!

Ai pun pernah experience pesawa ...

me pernah, 6 jam kot, flight klm ke amsterdam..
katanya ada benda rosak, so tunggu spare part,

lama gila menunggu, last katanya sparepart tak da..
so masa keluar dari plane, dorang
kasi kotak berisi muffin dan orange.

then suruh kami ambil bas ke hotel,
so sampai hotel baru makan, then next day ada flight ganti...
Quote pyropura 6-1-2015 06:58 AM
Ni maskapai milik arob moslem sunni kan? Lagi zolim dari yahudi zionis puaka kehnat...
Quote ella. 6-1-2015 07:01 AM
airasia lagi jahat.. sangkut 2 3 jam bagi air mineral jek
Quote FanTasyCreaTioN 6-1-2015 07:02 AM
Etihad, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu menerusi kenyataan berkata, kabus tebal menjadi punca banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan.



takpa la .. setakat 12 jam..
pastu masih boleh makan
kang terbang jugak
tak boleh makan lagi selama2 nya lagi haru


Quote nurul_akmar 6-1-2015 07:26 AM
aku lewat setengah jam pon dah resah gelisah
Quote kelana36 6-1-2015 07:38 AM
bila winter, kat abu dhabi tu biasa lah dengan kabus tebalnya..
boleh landing dan take off tapi mengambil masa, bayangkan satu plane tu landing in about 100 meter visibility, kena taxy slow slow, kena ikut ' follow me car' yang akan guide plane tu gi parking, sebab ter minal building pun tak nampak... bila dah park, baru lah release another plane to taxy out untuk take off, itu pun kena guide dengan kereta yang bawak plane tu ke runway.. memang jenuh menunggu turn masing masing..
Quote stinger_attack 6-1-2015 08:07 AM
kelana36 replied at 6-1-2015 07:38 AM
bila winter, kat abu dhabi tu biasa lah dengan kabus tebalnya..
boleh landing dan take off tapi men ...

its all in the mind actually.......penerbangan 16 jam.....steady jerk...tak rasa jenuh...nee dah menghampiri garisan penamat........kena take turn queue SATU jam ...being guided....
Make sense?





Quote stinger_attack 6-1-2015 08:09 AM
ella. replied at 6-1-2015 07:01 AM
airasia lagi jahat.. sangkut 2 3 jam bagi air mineral jek

Tiket penerbangan RM 37 ......takkan expect wagyu burger siot?


Quote kelana36 6-1-2015 08:37 AM
stinger_attack replied at 6-1-2015 04:07 AM
its all in the mind actually.......penerbangan 16 jam.....steady jerk...tak rasa jenuh...nee dah m ...

the problem, masa boarding passenger tu, kita tak tau turn kita nombor berapa, que in very low visibility for take off and landing undetermine... bila passenger dah masuk semua, tak boleh la nak disembark them balik sebab tau jer lah passenger ni bila bagi keluar semula, nak kumpulkan balik untuk boarding bukannya senang, ada yang hilang la ada yang tertidur la.. by the time kita dapat clearance untuk start engine, passenger tak cukup lagi.. so miss the turn.. kena tunggu lagi..... plane tu ke US pulak tu... security very tight, memang dia orang tak akan bagi disembark, sebab kalau disembark kena check again one by one...leceh kan...
Quote applemy 6-1-2015 09:25 AM
faraway1 replied at 6-1-2015 06:37 AM
me pernah, 6 jam kot, flight klm ke amsterdam..
katanya ada benda rosak, so tunggu spare part,
...

Terkandas kat schipol ye?

Ok la bagi muffin & jus..
Airasia x dulu, lambat 3 jam pegi uk, diorang kasi apa? Kasi sekeping nota 'maafkan kami jeng jeng3' aje.. hiks!
Quote faraway1 6-1-2015 09:32 AM
applemy replied at 5-1-2015 08:25 PM
Terkandas kat schipol ye?

Ok la bagi muffin & jus..

belum lagi ke sana, masa kat montreal lagi..
dari pengalaman tu, me puji KLM jugak sebab sungguh professional sekali dorang
deal dengan kami semua...

Quote harimau76 6-1-2015 09:42 AM
I pernah naik Air asia from Kuching to KL delay dlm 3 hours dia bagi mineral water and burger McD.. ok la tu..
Quote cikmi 6-1-2015 09:51 AM
pernah delay masa dari bandung nak ke kl..naik air asia...
tp elok jer airasia bg kitaorg mula tu roti dan biskut...
bila dpt th lagi lama kena delay, derang bagi set bento..sbb xder kedai yg blh sediakan nasik utk penumpang ramai scr adhoc.
delay sbb hujan lebat..flight dari KL xleh nak turun kat situ..terpaksa tukar arah pi jakarta dulu.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042204 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top