CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaya dengan kereta curi

5-6-2013 01:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3173| Komen: 12


Chang (kanan) bersama Lup Fee melihat kereta yang ditemui polis selepas dilarikan pagi, kelmarin.

IPOH - Seorang lelaki sempat ‘bergaya’ bersama kereta jenis Toyota Camry yang dicurinya hanya dalam tempoh kurang 12 jam selepas ditahan polis kerana terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kereta yang berlaku di Taman Rasi Jaya, Menglembu, pagi kelmarin.

Suspek berusia 31 tahun itu dikesan berada bersama kenderaan tersebut ketika sekumpulan anggota polis menjalankan rondaan harian di sekitar Taman Desa Pengkalan.

Bagaimanapun, apabila suspek terbabit menyedari dia diperhatikan, dia segera melarikan diri menaiki kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya kemudian bertindak mengekori suspek dan berlaku adegan kejar mengejar hampir 10 minit sehingga suspek berjaya diberkas.

“Suspek ditahan di Taman Desa Pengkalan pada jam 7 malam dan kami menemui dua parang, dua komputer, dua pasport dan empat telefon bimbit pelbagai jenis dalam kenderaan tersebut.

“Sebelum itu, kira-kira jam 8 pagi, suspek memecah masuk sebuah rumah di Taman Rasi Jaya dan melarikan beberapa barangan termasuk kereta milik mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai 10 kes rekod jenayah lampau antaranya termasuklah kes pecah rumah, pencerobohan, curi dan dadah.

“Selain itu, suspek pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan pecah rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amp dan meth.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya.
Sementara itu, mangsa yang juga pemilik syarikat pengangkutan, Yee Lup Fee, 51, berkata dia menyedari rumahnya dipecah masuk selepas bangun pagi.

“Ketika itu saya tinggal bersendirian di rumah kerana isteri dan anak ke Cameron Highlands kerana mempunyai urusan.

“Saya terkejut apabila melihat pintu hadapan rumah dipecahkan manakala beberapa barangan seperti wang Thailand sejumlah 7,000 Baht (RM700), telefon bimbit, pasport dan kereta saya yang baru dibeli beberapa bulan lalu telah hilang.

“Bagaimanapun, di atas kecekapan polis, penjenayah itu telah berjaya ditahan dalam tempoh yang singkat,” katanya yang telah menetap di rumah tersebut sejak 10 tahun lalu.



Vin diesel berkata : Hmm ada hati nak curi kereta mcm aku?
                                 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mute 5-6-2013 10:54 AM
silap patutu dah curi bawak la g jejauh dulu baru la bergaye hahaha
Quote PICes_Boy 5-6-2013 11:03 AM
wah..suka mamat ketul kat bawah tu..
Quote MissNigga 5-6-2013 12:17 PM
PICes_Boy posted on 5-6-2013 11:03 AM
wah..suka mamat ketul kat bawah tu..

huh... hang ni cik gayah ker???

Quote phongsakorn 5-6-2013 12:20 PM
toyota camry ni memang cantik.. kalau ada peluang aku pun nak bawa..yang polis tu tak teringin ke nak drive..
kalau henjut 80kmj pun dah laju.. Last edited by phongsakorn on 5-6-2013 12:22 PM

Quote batmana 5-6-2013 12:24 PM
MissNigga posted on 5-6-2013 12:17 PM
huh... hang ni cik gayah ker???

multinick kantul le tu, nyamo jadi jantan padahal betino..

Quote MissNigga 5-6-2013 12:34 PM
batmana posted on 5-6-2013 12:24 PM
multinick kantul le tu, nyamo jadi jantan padahal betino..

.. kalo sekadar fan tu... okie ler jugak...
ni siap cakap minat ... siap tepek emo love love sumore... musykil sesangat taw
Quote PICes_Boy 5-6-2013 01:19 PM
MissNigga posted on 5-6-2013 12:17 PM
huh... hang ni cik gayah ker???

lebey kurang mcm miss nigga la..cuma warna kulit berbeda..
Quote MissNigga 5-6-2013 01:45 PM
PICes_Boy posted on 5-6-2013 01:19 PM
lebey kurang mcm miss nigga la..cuma warna kulit berbeda..

jambu tak ...
kalo jambu... iols nak bela jadi hanak hekan iols
Quote nuc 5-6-2013 01:48 PM
emm...kalo org camni..gaya je ada...mutu..keunggulan..takdak
Quote PICes_Boy 5-6-2013 01:50 PM
batmana posted on 5-6-2013 12:24 PM
multinick kantul le tu, nyamo jadi jantan padahal betino..

multinick apa da..aku register nama tu taun 2009, smpi skrg aku xbole tuka..xde kantulnya,ramai je org lain tau aku ni pompuan..so?
Quote lizaliza 5-6-2013 01:59 PM
tu yang aku tak nak beli keta mahal mahal nie...
takut penyamun teringin...
Quote oni313 5-6-2013 02:08 PM
phongsakorn posted on 5-6-2013 12:20 PM
toyota camry ni memang cantik.. kalau ada peluang aku pun nak bawa..yang polis tu tak teringin ke na ...

jngan kata cantik, aku yg pernah tumpang camry bos aku pun rasa cam taknak kuar je dr kete tu, seat dia very comfortable....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057231 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top