PETALING JAYA: Penyanyi nasyid popular Hafiz Hamidun menganggap peristiwa menjadi mangsa dengki sebuah kumpulan nasyid adalah kisah lama yang sudah pun dilupakannya. Hafiz berkata, perkara tersebut berlaku pada tahun 2012 lalu apabila kemunculannya dalam sebuah program stesen televisyen Al Hijrah dibatalkan secara tiba-tiba. "Perkara itu dah lama dan saya sudah lupakannya pun. Ketika itu ada pengguna Twitter yang mempersoalkan kenapa saya tidak muncul di program tersebut. "Ada juga berlaku berbalas komen di witter antara saya dan kumpulan nasyid itu yang turut mengaitkan stesen televisyen Al Hijrah, namun tidak mengapalah, saya tidak kisah dan menganggap rezeki datang daripada Allah," ujarnya kepada mStar Online. Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin dia menjadi mangsa dengki sebuah kumpulan nasyid. Kumpulan nasyid itu dikhabarkan 'meracun' pihak di stesen televsyen berkenaan agar membatalkan kemunculan penyanyi lagu zikir itu daripada program anjuran mereka dan program-program terbitan Al Hijrah.Hafiz enggan mengulas hubungannya dengan kumpulan nasyid tersebut dan menganggap masing-masing mempunyai hala tuju dalam industri seni tanah air.
"Berkenaan kumpulan itu saya tidak mahu komen panjang. Cuma saya anggap masing-masing ada rezeki yang ditetapkan oleh Allah," ujarnya. Dalam pada itu, Hafiz menjelaskan dia tidak pernah digam oleh stesen televisyen tersebut. Malah, dia bakal membuat persembahan pada malam Anugerah Nasyid IKIM pada 10 Januari depan yang disiarkan menerusi stesen berkenaan. "Isu itu bukan saya yang timbulkan sebaliknya ada orang yang bertanya di laman sosial kenapa saya jarang muncul di stesen televsyen itu. "Secara jujurnya saya dengan Al Hijrah tidak pernah ada masalah atau digam oleh mereka. Cuma saya akui agak kurang berbanding muncul di stesen televisyen lain," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Hafiz yang kini berada di Kelantan dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir. Dia juga membuat kutipan derma sejak beberapa hari lalu melalui laman sosial dan berjaya mengumpul sejumlah wang untuk diagihkan kepada mangsa bencana banjir. Sumber dari :- Mstar Online |
ADVERTISEMENT