CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teguran Dr Asri dikecam geng songkok senget

2-1-2015 11:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11302| Komen: 80

Teguran Dr Asri dikecam geng songkok senget


Laman web pro-BN, mykmu.net membidas bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwanya memilih untuk menyebarkan prasangka buruk yang boleh memecah belah rakyat ketika berlaku musibah banjir.

Ia mendakwa Asri seolah-olah cuba ‘menambah api’ terhadap berita palsu mengenai tersebarnya kampit beras yang bercetak wajah MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub serta bantuan beras lambat kerana mahu wajah MP itu dicetak terlebih dahulu.

Katanya, ketika tersebar berita palsu bahawa kerajaan menghalang NGO menyampaikan bantuan banjir kerana mahu meletakkan logo BN, Mohd Asri didakwanya bukan sahaja tidak membantu membetulkan tanggapan tetapi cuba menambah api lagi.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, tetapi pengarahnya telah menafikannya dan sebaliknya mengalu-alukan sumbangan serta bantuan untuk mangsa banjir.

Lawanweb itu berkata, sebagai ulama, Asri seharusnya mengurangkan kebimbangan dan perpecahan rakyat, tetapi ia mendakwa Asri pula yang memecah-belah masyarakat.

“Ulama dahulu tidak memberi pandangan jika tiada maklumat jelas dan pasti. Ulama hari ini sibuk berfacebook mahu jadi popular.

Sementara itu, Asri dalam facebook berkata, sekiranya berlaku perkara yang menyekat bantuan disampaikan kepada mangsa banjir, ia hendaklah dihentikan segera.

"Bukan masanya bermain politik kepartian di waktu ini, kasihanilah rakyat, berganding bahu dengan ikhlas untuk membantu sesama kita,” tulis Asri di facebook.

Menurut mykmu.net lagi, sungguhpun ayat pertama Asri berlapik
mengharapkan berita tersebut tidak benar, "namun para kedua jelas mahu memainkan emosi pembaca dan mewujudkan keadaan kemungkinan perkara tersebut ada berlaku".

Tulisan Asri di facebook turut mendapat 16,000 ‘like’ dan dikongsi 1,500  pengguna.

14

Bagus
23

Marah
37

Terkejut
21

Sedih
22

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finesse 31-12-2014 11:32 PM
Yang sentap sangat tu kenapa? bukan dia tulis nama parti pun.. ;o
Quote freebird 31-12-2014 11:33 PM
Ia mendakwa Asri seolah-olah cuba ‘menambah api’ terhadap berita palsu mengenai tersebarnya kampit beras yang bercetak wajah MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub serta bantuan beras lambat kerana mahu wajah MP itu dicetak terlebih dahulu.
ni cerita dari otosan meloya ke? macamana dia tahu tu berita palsu??
Quote leni 31-12-2014 11:34 PM
Ada masanya ustaz asri ni lebih diam. Dalam islampun ada masanya diam dr berkata2 itu lebih baik.
Quote hzln 31-12-2014 11:40 PM
bila tak betul kena diam, dosa depa depa tanggung sendiri lah kat akhirat
bila betul kita puji melambung2, tanda bersyukur

itu baru ulamak sejati
menyatukan ummah utk taat kepada pemerintah denagn sebenar2 taat, bukan tambah memecahbelahkan ummah yg telah sedia terpecah
Quote rashiman 31-12-2014 11:54 PM
buat apa nak dipanjang-panjangkan lagi citer....
Quote mommymonster82 1-1-2015 12:21 AM
Sentap dah kenapa?
Quote xAthenax 1-1-2015 12:30 AM
mykemut ni nak UPkan diri semula
ramai situ yang kaki sentap
nama saja jantan sejati
dulu2 siap mengancam  nak panggil pulis
macam budak2
Quote nobito 1-1-2015 12:37 AM
Redha je la...kata manusia jumud

Tapi dalam Islam...Redha setelah berusaha.

Apa yg ustaz asri ni buat betul la...dia tegur, kemudian redha.
Quote Al-Patih 1-1-2015 05:56 AM
finesse replied at 31-12-2014 11:32 PM
Yang sentap sangat tu kenapa? bukan dia tulis nama parti pun.. ;o

itu yang benar belaku Beb....pusat yang hambo buek korjo poong kono....macang neh....
Sementara itu, Asri dalam facebook berkata, sekiranya berlaku perkara yang menyekat bantuan disampaikan kepada mangsa banjir, ia hendaklah dihentikan segera.

Quote shalola 1-1-2015 06:08 AM
sorry to say lah ye, berita ini disahkan oleh my best friend sendirik...mulanya memng x percaya langsung ada y sanggup buat mcm tu...yang bn sentap tu ah kenapa? hik3
Quote shalola 1-1-2015 06:09 AM
freebird replied at 31-12-2014 11:33 PM
ni cerita dari otosan meloya ke? macamana dia tahu tu berita palsu??

sebab utusan meloya selalu memalsukan berita...so dia igt pihak lain pon mcm dia
Quote mbhcsf 1-1-2015 06:32 AM
well kalau tak menyumbang apa apa  rasanya diam lebih baik.

Quote alinone78 1-1-2015 06:46 AM
Memang betul bagai dikata
Kalau x betul kenapa nak terasa?
Quote Limao 1-1-2015 06:59 AM
Menurut mykmu.net lagi, sungguhpun ayat pertama Asri berlapik
mengharapkan berita tersebut tidak benar, "namun para kedua jelas mahu memainkan emosi pembaca dan mewujudkan keadaan kemungkinan perkara tersebut ada berlaku".


Cehhh...yang ko sentap tu kenapa?
Biase buat ke?
Quote mawar_pink 1-1-2015 08:20 AM
Mmg btl pon..ada adik kwn ckp diorg kena sekat sbb nk kena tampal sticker..kalo x xleh nk edar bantuan..hampeh btl.  
Quote hzln 1-1-2015 08:26 AM
Sementara itu, Asri dalam facebook berkata, sekiranya berlaku perkara yang menyekat bantuan disampaikan kepada mangsa banjir, ia hendaklah dihentikan segera.


maza baru cakap SEKIRANYA berlaku
dah meroyan tahap gaban
dah kenapa puak2 nih?
terasa ker?


Quote Modngengade 1-1-2015 08:36 AM
Dr asri ni ulamak ker...dari caranya x melambangkan ulamak pun
Quote dperla 1-1-2015 09:04 AM
Ni namanya Ustaz
Malu nak panggil dia ustaz kalau mcm ni punya perangai
Quote SayaSayangMama 1-1-2015 09:09 AM
Ulamak nk tegur pun xboleh ke...

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047270 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top