CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gang bob tumpas

5-6-2013 12:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3502| Komen: 11

Description: PETALING JAYA - Polis Selangor menumpaskan kumpulan samun kenderaan yang dikenali sebagai 'Geng Bob' dengan menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sekitar kawasan Petaling Jaya, 26 Me ...
Samun: Geng Bob tumpas

Antara kereta disamun Geng Bob yang berjaya ditemui semula.

PETALING JAYA - Polis Selangor menumpaskan kumpulan samun kenderaan yang dikenali sebagai 'Geng Bob' dengan menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sekitar kawasan Petaling Jaya, 26 Mei lalu.

Kesemua suspek, yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 36 tahun, diberkas di Taman Seri Manja, Sungai Way berikutan kejadian samun kereta Mercedes Benz dan Toyota Hilux yang dilaporkan hilang di kawasan Petaling Jaya.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, polis menjejaki dan menahan enam suspek di kawasan Taman Sri Manja dan penahanan suspek itu membawa kepada penemuan tujuh kenderaan yang dipercayai hasil samun yang ditempatkan di kawasan parkir awam di lokasi suspek diberkas.

Antara kenderaan tersebut adalah Mercedes Benz, Toyota Hilux, Nissan Sentra, Suzuki Swift, Honda Accord, Honda CRV dan Toyota Wish.

Katanya, anggaran kerugian bernilai hampir RM1.2 juta.

"Polis turut merampas beberapa peralatan termasuk sarung tangan, kunci kereta, sebilah parang dan pedang.

“Siasatan awal turut mendapati seorang daripada suspek yang dipercayai ketua kumpulan ini mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah, samun dan penyalahgunaan dadah,” katanya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya.

Menurutnya, kumpulan ini aktif melakukan kegiatan jenayah di sekitar Petaling Jaya dan beroperasi di Negeri Sembilan sejak empat tahun lalu.

Beliau berkata, kesemua mereka direman hingga 6 Jun ini untuk siasatan lanjut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 5-6-2013 07:56 AM
tajuk tak menahan...
Quote Acong 5-6-2013 07:57 AM
noor2 posted on 5-6-2013 07:56 AM
tajuk tak menahan...

bertabah laa..........
Quote bbalik 5-6-2013 07:58 AM
Menurutnya, kumpulan ini aktif melakukan kegiatan jenayah di sekitar Petaling Jaya dan beroperasi di Negeri Sembilan sejak empat tahun lalu.



4 tahun baru dpt tangkap...
Quote md.jie 5-6-2013 08:14 AM
kena tangkap duk dalam sat keluaq mai kaya raya dahh
Quote Nocturna 5-6-2013 08:52 AM
[quote]“Siasatan awal turut mendapati seorang daripada suspek yang dipercayai ketua kumpulan ini mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah, samun dan penyalahgunaan dadah,” katanya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya.[quote]

Nape suspek dah ada rekod jenayah lampau masih bebas di luar??




Last edited by Nocturna on 5-6-2013 08:54 AM

Quote highcastle 5-6-2013 09:04 AM
Nocturna posted on 5-6-2013 08:52 AM
[quote]“Siasatan awal turut mendapati seorang daripada suspek yang dipercayai ketua kumpulan ini me ...

Maksudnya mungkin pernah didenda@dipenjara tapi buat jenayah lagi...
Quote azharuchan 5-6-2013 10:12 AM
aktif melakukan kegiatan jenayah di sekitar Petaling Jaya dan beroperasi di Negeri Sembilan sejak empat tahun lalu.
HQ di nismilan, sebok merompak di selangor....

apa di nogori hny ada kereta tempatan sahajakah...
Quote ctcham 5-6-2013 10:22 AM
pandai penyamun ni pilih kereta ye...
Quote axl_bach 5-6-2013 11:24 AM
ceh,ingat pasal Bob aYAM....mana tau lepas kahwin kembali mengganas....hahahahah
Quote PITTSBURGH 5-6-2013 11:36 AM
Bob Lokman Ke?
Quote DeMax 5-6-2013 12:13 PM
noor2 posted on 5-6-2013 07:56 AM
tajuk tak menahan...

Listen! Listen! Listen! apa lagi pencuri mau

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.042220 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top