CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video Lihat artikel

Rumah Pusaka Di Simpang Jalan

26-12-2014 04:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14365| Komen: 39

Rumah Pusaka Di Simpang Jalan


Release Date: 01 Jan 2015

Language:Na

Subtitle: -

Genre:Comedy / Horror

Running Time: -

Director:Mamat Khalid

Cast:Syuk SYJ (Johar Zulkifli), Pekin Ibrahim (Rashid), Beli Ngasri (Markona), Rab Khalid (Yeh), Jehan Muse (Susanti), Ahmad Maembong (Ali) dan juga Fatin Syahirah (Milie).


Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Sebuah Filem Arahan Mamat Khalid bergenre "Dark" komedi seram Terbitan Ariabella Sdn Bhd


Filem ini mengisahkan tentang keluarga keturunan Datuk Semerah Setongkol Jagung yang dipanggil untuk penyerahan harta warisan moyang mereka.Mereka semua dijemput hadir ke sebuah Rumah Pusaka DiSimpang jalan untuk mendapatkan wasiat milik moyang mereka.setibanya mereka di rumah tersebut,mereka di pelawa oleh Johar Zulkifli(Syuk SYJ) iaitu penjaga rumah pusaka itu.Rashid(Pekin Ibrahim) terasa seperti ada yang tidak kena dengan rumah itu.Mereka harus bermalam di rumah tersebut dan kejadian aneh mula menimpa kepada Rashid(Pekin Ibrahim),Markona(Bell Ngasri),Yeh(Rab Khalid),Susanti(Jehan Muse),Ali(Ahmad Maembong) dan juga Milie(Fatin Syahirah).


Apakah Rahsia Rumah tersbut?

Saksikan RUMAH PUSAKA DI SIMPANG JALAN

DIPAWAGAM 1 JANUARI 2015


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 9-12-2014 01:11 AM
Iols bru je mimpi ada org buat filem tjuk umh seram atas bukit.. Alih2 ada flem yg lbh kurang tjuk dia
Quote gerbera.memopad 10-12-2014 11:25 AM
Aduh, Bang Mamat kenapa jln cerita semacam Pontianak Menjerit yang semacam The Death Curse itu?
Quote al-tapahi87 10-12-2014 03:26 PM
mamat khalid..
sori le, rasa dah x respect dgn hasil kerja dia kebelakangan ni..
yup, mmg ada sesetengah org seni akan kata movie dia ada 3 lapisan nak bg faham la amenda bahasa org filem, tapi bagi aku, org datang pawagam nk tgk movie, nak berhibur tapi dengan hiburan berkualiti.
contoh macam filem Amir Lokman Pergi Ke Laut, yup aku x faham langsung ape yg MK cuba nk tunjukkan. MK ingat aku bayar tiket wayang semata-mata nak tgk 'sindiran' dalam filem ke?? aku nak tgk filem yg ada cerita, bukan merapu meraban mcm Amir Lokman pergi ke laut dan filem2 MIG yang aku ban seumur hidup tu.
Quote cicicumel 11-12-2014 01:03 AM
tajuk pon murahan
Quote ninja boy 11-12-2014 12:32 PM
macam biasa, mereka target pembeli tiket golongan muda belia pprt yang boleh hadam film2 ringan dan jenaka2 dan motor2 dan bohsia2
Quote ctaz 11-12-2014 10:52 PM
filem melayu....
emmmmmmm.........
Quote Suchi 12-12-2014 12:07 AM
tp tgk masa doranv shooting cam best je
nmpk lawak si jihan rambut kembang
dan syuk balas pkai gigi pelesu yg lucu
Quote gerbera.memopad 12-12-2014 08:52 AM
Ala, korang janganlah mencerca Bang Mamat.

Aku masih nak percaya dgn movie dia walaupun yg ini macam... tak meyakinkan

Bang Mamat kena refresh idea dia la.
Quote gerbera.memopad 12-12-2014 08:56 AM
Suchi posted on 12-12-2014 12:07 AM
tp tgk masa doranv shooting cam best je
nmpk lawak si jihan rambut kembang
dan syuk balas pkai gig ...

Harap2 dapatlah mengembalikan kegemilangan Man Laksa, Hantu Kak Limah etc.

Banyak jugak Syuk ni berlakon cerita Bang Mamat tapi aku suka dia dalam Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya walaupun tele tu pun kurang ummph pada aku.
Quote Suchi 12-12-2014 09:07 AM
gerbera.memopad posted on 12-12-2014 08:56 AM
Harap2 dapatlah mengembalikan kegemilangan Man Laksa, Hantu Kak Limah etc.

Banyak jugak Syuk ni ...

tulah
pilem mamat nih ending dia selalu wat mood kelaut

patut ending kasi gempak punya.. nih mula2 dah best sonok tiba2 ending plak arghhhh
selalu perasan gitu.. biar buat penonton rasa tak cukup nk lagi nak lagi..
buat cam cite omputeh tu ending selalu buat kita tak sabar nk tunggu sequel akn dtg..
Quote takeshi_anwar 12-12-2014 02:58 PM
tah aku pun dah mcm bosan tgk filem MK. Bila tgk trailer rumah pusaka ni pun mcm ermm boleh tak dia lari pulak dari forte dia?
Quote gerbera.memopad 12-12-2014 06:36 PM
Suchi posted on 12-12-2014 09:07 AM
tulah
pilem mamat nih ending dia selalu wat mood kelaut

Aku selalu rasa filem dia macam kenderaan sederhana yang bawak kita bergerak di jalan yg tak smooth sangat tapi meriah dan menyeronokkan sebelum akhirnya kita sedar destinasinya cuma pasar ikan. Macam tulah anologi aku tentang kebanyakan filem/tele dia dan aku suka.
Quote anakmak 17-12-2014 03:10 AM
gerbera.memopad posted on 12-12-2014 06:36 PM
Aku selalu rasa filem dia macam kenderaan sederhana yang bawak kita bergerak di jalan yg tak smoot ...

Aku pun rasa macam tu juga
Quote buragazz 17-12-2014 01:29 PM
gerbera.memopad posted on 10-12-2014 11:25 AM
Aduh, Bang Mamat kenapa jln cerita semacam Pontianak Menjerit yang semacam The Death Curse itu?

Baru nak cakap.... sejiban...
Quote gerbera.memopad 17-12-2014 09:46 PM
anakmak posted on 17-12-2014 03:10 AM
Aku pun rasa macam tu juga

Kan!

Tapi pasar2 pun, aku okey aje. Cuma lately Bang Mamat macam nak ubah destinasi ke supermarket tapi tersesat pulak
Quote gerbera.memopad 17-12-2014 09:48 PM
buragazz posted on 17-12-2014 01:29 PM
Baru nak cakap.... sejiban...

Itulah tapi harapnya ada yg berbeza la sebab jalan cerita dah nak sama.
Quote silampumeja 29-12-2014 09:54 AM
macam cerita main-main hantu zaman nanci foo dulu je...huhuhuuu
Quote Suchi 2-1-2015 10:33 PM
sapa dah tgk cite nih?
td ade iklan kat astro
apsal mcm xde promosi sgt ye?
rasa nk tgklah esok kt panggung
Quote tantan888 5-1-2015 09:38 AM
Tengok macam komedi je? ada siapa pernah tengok? boleh share?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044627 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top