CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tayang Tanda Putera di sekolah, IPT-Apa Lagi Zul Shah Alam 101% Mahu!!

5-6-2013 11:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3021| Komen: 12

Description: KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan menjadikan filem Tanda Putera yang akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos ini sebagai filem wajib tonton dalam kalangan pelajar seko ...
Tayang Tanda Putera di sekolah, IPT

Oleh MUHAMMAD NAQIB NOR SAID
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan menjadikan filem Tanda Putera yang akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos ini sebagai filem wajib tonton dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, filem yang mengisahkan pengorbanan dua tokoh negara itu mampu memberi kesan positif kepada seluruh anak muda di negara ini yang dilihat buta sejarah berkenaan isu tersebut.

"Kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu memastikan filem ini ditayangkan di sekolah, universiti serta kem-kem latihan khidmat negara selepas tempoh tayangannya di pawagam tamat.

"Selalunya filem berlatarbelakangkan sejarah pasti bosan tetapi berlainan dengan filem ini yang disampaikan dengan berkesan oleh Pengarahnya, Datuk Paduka Shuhaimi Baba kerana beliau berjaya menghidupkan sejarah dengan begitu baik dan saya berkeyakinan ia pasti menimbulkan kesedaran kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam berkata, sudah tiba masanya filem mengisahkan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 ditayangkan kepada umum.

Tambahnya, pihak pembangkang terutamanya DAP takut jika filem itu ditayangkan di seluruh negara kerana sedikit sebanyak akan membongkar kebenaran serta topeng perjuangan sebenar parti cauvinis tersebut.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Mohd. Rosli berpendapat, pengaruh kontroversi yang dikaitkan dengan filem berkonsepkan kenegaraan tersebut bakal memberi daya tarikan positif kepada masyarakat untuk menontonnya.

"Keyakinan saya ini berasaskan kepada publisiti meluas diberikan oleh media massa selama ini.

"Di samping itu, pihak terbabit yang terlibat secara langsung dengan filem ini perlu mempromosi secara berterusan bagi memastikan mesej filem yang menceritakan keadaan sebenar ketika peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 ini sampai kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda hari ini,"



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kazaraf 5-6-2013 10:25 AM
eleh.. subjek sejarah sekolah tu kan dah cukup.. apa daaaa
Quote pakweneelofa 5-6-2013 10:43 AM
inilah dia cadangan daripada saorang ahli syurga kerana memperjuangkan melayu dan Islam...
Quote mute 5-6-2013 10:50 AM
aduaiii lembab betol la die ni...
Quote MissMamamia75 5-6-2013 10:56 AM
tak yah dok story morry pasal 13 May tu dah..
we're 1 Malaysian...udah2 ler...
xyah di kotorkan minda anak2 kat skolah ngan benda2 history yg
menyakitkan tu..

better tayang citer2 yg blh mendidik anak2 kita utk lebih berdaya saing..
tanpa melupakan asal usul...agama, bangsa & negara..
pi buat analisa..ngapa kanak2..anak2 muda & remaja..
---> lebih gilakan K-pop
---> sanggup bersengkang mata menonton Running Man
---> gilakan social network..

cuba buat review & cuba gunakan platform2 yg anak2 muda minat ni
utk menarik diorg kembali menghargai masa & hidup...
Quote kluangman 5-6-2013 12:21 PM
Dah lama tak tengok cerita Bukit Kepong dalam TV.

Takut ke nak tayangkan?
Quote gaara_X 5-6-2013 12:23 PM
bagi je tayang kat tv1.....ahaks!!....semua nak suh budak sekolah tonton...aper daa....
Quote tebuanharimau 5-6-2013 12:33 PM
bila Shumi nak buat filem pasal rampasan kuasa kerajaan negeri Perak plak?   
Quote gogo2 5-6-2013 12:35 PM
Saya cadangkan filem ini dialih suara ke Mandarin, Kantonis, Inggeris, Tamil, dan bahasa2 lain. Pastu, upload naik Youtube dan the Pirate Bay. Takyah susah2 nak tayang sana-sini. Pasti meletup bideo nih.,.
Quote lizaliza 5-6-2013 01:01 PM
la... dah bersuara semula...ingatkan dok pengsan tang mana
Quote Limao 5-6-2013 05:19 PM
Tulah...aku search jugak kat utube nak tengok wartawan yang interview Zul Kulim ni sebelom PRU13 hari tu temuramah balik die nih.  Habuk pom tarak
Quote syafiq79 5-6-2013 05:43 PM
Laaa..ada lg dia ni...igay dh x dlm donia politik...igatkn dh bertapa kat gua coz kalahkn...
Quote nonok22 15-7-2016 01:45 PM
Owhhhhh tgk la

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054892 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top