IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan individu dalam lukisan mural di Jalan Tun Sambanthan, di sini bukan Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi merupakan penduduk tempatan. Bahagian Perhubungan Awamnya dalam satu kenyataan semalam, berkata, ia dilukis oleh seorang pelukis dari Lithuania bernama Ernest Zacharevic berdasarkan wajah seorang penduduk tempatan. “Pihak MBI sekali lagi menjelaskan lukisan mural yang terdapat di dinding sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan bukan imej Chin Peng,” menurut kenyataan itu. Difahamkan, satu video di laman Youtube bertajuk ‘The Art of OLDTOWN with Ernest Zacharevic - Old uncle with cofee cup mural’ adalah bukti lukisan mural tersebut bukan imej Chin Peng Individu sebenar dalam lukisan mural bertemakan ‘old uncle with cofee cup’ dihasilkan Ernest itu didakwa seorang pengendali kren.
Kelmarin, sebuah lukisan mural mencetuskan kontroversi apabila seorang warga Ipoh, Mior Azman Mior Aris, 46, memuat naik status dalam laman Facebook mendakwa imej berkenaan mirip Chin Peng. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=848095&page=2#pid58780606
|
ADVERTISEMENT