CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gadis Rempit Koma Terjun Kondo Lari Di Cekup!

24-12-2014 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8419| Komen: 34

Gadis Rempit Koma Terjun Kondo Lari Di Cekup!



Sepasang kekasih paling dikehendaki polis kerana terbabit 12 jenayah ragut dan curi motosikal di negeri ini akhirnya ditangkap di sebuah kondominium mewah di Teluk Kemang, Port Dickson, dekat sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan jam 7.20 pagi oleh pasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, pasangan itu cedera ketika cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat lima kondominium itu.

Akibatnya, suspek wanita berusia 17 tahun itu koma selepas cedera di kepala selain patah kedua-dua kaki dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Teman lelakinya yang berusia 22 tahun pula patah kaki kiri dan ditahan di lokap selepas menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, suspek menyewa kondominium itu pada Mei lalu dan sejak itu aktif melakukan samun serta ragut di sekitar Port Dickson, Seremban dan daerah ini.

Menurutnya, ketika serbuan ada lima lagi penyewa lain iaitu empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun berada di ruang tamu rumah.

“Kedua-dua suspek yang berada di bilik tidur cuba melarikan diri melalui balkoni sebaik menyedari kehadiran polis namun suspek perempuan terjatuh dari tingkat lima kondominium selepas tangannya terlepas daripada genggaman teman lelaki,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan IPD Rembau, di sini, semalam.

Ibrahim berkata, empat rakan mereka turut ditahan kerana positif heroin manakala wanita berusia 20 tahun dibebaskan.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua suspek terbabit dengan 12 kes samun dan ragut di sekitar Port Dickson, Seremban dan daerah ini dengan laporan polis terakhir dibuat pada Rabu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian itu, pasangan penjenayah itu meragut rantai emas milik peniaga kedai runcit bernilai RM2,500 di Taman Pedas Indah, dekat sini.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan di kondominium itu, polis merampas dua kad pengenalan, tiga kad ATM, enam telefon bimbit, 12 kad sim dan lima topi keledar.

“Polis juga merampas enam plat motosikal, 16 dompet pelbagai jenama, 12 beg tangan dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC serta kad siswa,” katanya.

Ibrahim berkata, suspek lelaki tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes rogol dan curi motosikal pada tahun lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas,” katanya.

16

Bagus
21

Marah
11

Terkejut
19

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cubby_qt 24-12-2014 08:42 AM
Fuh... mampu sewa kondo mewah tu..
Quote zulka 24-12-2014 09:19 AM
ni elok campak ke laut bagi jerung makan
Quote jejaka00 24-12-2014 09:20 AM
Bukan setakat jenayah ragut ngan curi motosikal aje ni, maksiat sekali
harommmmm
Quote Modngengade 24-12-2014 09:24 AM
satu package yg lengkap
Quote prettyuglybabe 24-12-2014 09:46 AM
selayaknya la...
Quote Munnalicious 24-12-2014 09:47 AM
Mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mereka!
Quote chinta89 24-12-2014 09:49 AM
setia hujung nyawa gtu.. sama2 lari tp tlepas tangan la plk.

dh sedar dari koma nanti harap yg lelaki terima pompuan tu even kalau ditakdir keadaan fizikal dia teruk.. ye la jatuh tempat tgi tu, koma lagi.
Quote poyohabis 24-12-2014 09:55 AM
chinta89 posted on 24-12-2014 09:49 AM
setia hujung nyawa gtu.. sama2 lari tp tlepas tangan la plk.

dh sedar dari koma nanti harap yg le ...

Pe. La nak jd gan budak2 melayu..
Quote chinta89 24-12-2014 11:10 AM
poyohabis posted on 24-12-2014 09:55 AM
Pe. La nak jd gan budak2 melayu..

hope lps ni dpt tau kisah update ape jadi lps koma. kot2 diorg kawin ke..
Quote Knowlee 24-12-2014 11:13 AM
Ah, this species of human should extinct.
Quote Cik_Andak 24-12-2014 11:25 AM
Muda lagi boleh bekerja, meragut jugak kerjaya pilihan mereka...
Quote dragger 24-12-2014 11:26 AM
sir lar yark nyew
Quote poyohabis 24-12-2014 11:29 AM
chinta89 posted on 24-12-2014 11:10 AM
hope lps ni dpt tau kisah update ape jadi lps koma. kot2 diorg kawin ke..

Ala2 mcm dlm novel la bl bangun hilang ingatan jd sebaik2 org pakai tudung sopan santun bagai alih2 kawin gan ceo mn2 company.. Hidup aman bahagia selamanya... Hehehehe
Quote cik_kembong 24-12-2014 11:38 AM
semoga insaf dan sempat bertaubat ye adik2.....
Quote chinta89 24-12-2014 11:43 AM
poyohabis posted on 24-12-2014 11:29 AM
Ala2 mcm dlm novel la bl bangun hilang ingatan jd sebaik2 org pakai tudung sopan santun bagai alih ...

itulah yg aku nk ckp td.

kemudian semua pompuan skg asik berangan tak sudah nk dpt lelaki ceo je kijenya walaupun rupa takdelah sechantik retis2 mcm dlm drma slot akasia tuh
Quote qronaldo7 24-12-2014 12:01 PM
jihad katenye
Quote ayahlang 24-12-2014 03:02 PM
kesal dengan perbuatan mereka. umur masih muda.mengapa pilih jalan hidup seperti ini?

Jika meninggal dunia pun masalah tak selesai juga bagi mereka berdua. Nauzubillah min zalik.
Quote sephia_rez 24-12-2014 04:09 PM
kamikazi sungguh..rela lompat 5 tingkat dari dicekup.. hatimu memang kental cik adik
Quote stania83 24-12-2014 04:10 PM
Teringin nak tgk muka penjenayah. Nak compare muka

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.052558 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top