CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nama 53 Huruf, Sekali Lafaz

24-12-2014 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10105| Komen: 90

Nama 53 huruf, sekali lafaz





Pontian: Menyebut nama yang mengandungi tujuh perkataan dengan 53 huruf mungkin sesuatu yang menyukarkan terutama ketika melafazkan akad nikah, tetapi seorang pengarah syarikat lulus ujian itu.

Kamalrrudin Ahmad, 31, membuktikan dia tidak ‘goyang’ menyebut nama Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18, sebelum sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz akad nikah pada 12 Disember lalu.

Kamalrrudin berkata, meskipun nama isterinya panjang berjela-jela, dia tidak mempunyai masalah menyebutnya dengan lancar ketika akad nikah.

Katanya, dia memanggil isterinya, Puteri.

"Ramai juga kenalan yang bertanya bagaimana saya akan menyebut nama isteri dengan sekali lafaz akad nikah.

"Bagi saya, itu semua tiada masalah kerana saya berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Sawah Dalam, Pekan Nenas, di sini, semalam.

Sebelum ini kad jemputan pasangan berkenaan menjadi ‘viral’ kerana keunikan nama Puteri.

Puteri yang juga anak kempat daripada sembilan beradik berkata, dia bangga kerana nama panjang yang dimiliki itu adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang Islam.

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada halangan untuk mendaftaftarkan nama yang panjang asalkan nama berkenaan tidak lebih 80 aksara meliputi ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.

Sebelum ini, JPN pernah memaklumkan nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam sebagai nama terpanjang di Malaysia.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wanlya 24-12-2014 07:59 AM
mmg perlu ke jadi bahan berita??
Quote vespa_oren 24-12-2014 08:06 AM
Abang nie dah 31, orang rumah dia baru 18tahun, kira aku masih ada peluang lah nie dapat lagi muda
Quote idadzira 24-12-2014 08:09 AM
terbelit lidah nak sebut....kesian ustaz nak baca talqin nanti
Quote umie 24-12-2014 08:09 AM
semoga bacaan talkin nanti berjalan dgn lancar gak
Quote Knowlee 24-12-2014 08:10 AM
Jenuh isi borang, petak tak cukup.
Quote obelisk 24-12-2014 08:11 AM
hmmmm cantik isteri
Quote kentel 24-12-2014 08:21 AM
hahaha...ape lah Metroll Mental da takde berita nak papar...
Quote shernazz 24-12-2014 08:25 AM
Tetap tudung peridah youuuu
Quote estrelle 24-12-2014 08:36 AM
panjangnye..
Quote zach2008 24-12-2014 08:44 AM
Tuanya muka umur 18th
Quote bellaa 24-12-2014 08:44 AM
umo bini 18? macam 26 tahun pon ada.

tua sebelum usia.
Quote mbhcsf 24-12-2014 08:49 AM
Tahniah...apalah beratnya nama jadi ukuran benrbanding dengan 'beratnya; nilai akad tu , kan?

tapi isk isk nama panjang sungguh....
Quote fiezameysekali 24-12-2014 08:51 AM
eh cemane die isi borang2 keje ek???
kan petak xde la byk sgt kan???
pelik betol name panjang berjeler2 gtuh
Quote dubuk 24-12-2014 08:51 AM
orang nama panjang panjang sempit

borang nama menjadi sempit

sangat sempit
Quote nikaido 24-12-2014 08:52 AM
Wife muda, main sedap
Quote PongKang 24-12-2014 08:52 AM
Selamat pengantin baru
Quote Simunggu 24-12-2014 08:53 AM
kalau ikut sunnah...bukan semua nya pendek dan ringkas kah?

Aisyah
Fatimah
Muhammad
etc..
Quote ultra78 24-12-2014 09:02 AM
Lepas kahwin panggil 'Bi' aje

Quote FMKiller 24-12-2014 09:11 AM
vespa_oren posted on 24-12-2014 08:06 AM
Abang nie dah 31, orang rumah dia baru 18tahun, kira aku masih ada peluang lah nie dapat lagi muda ; ...

boleh...dengan syarat kena jadi "pengarah syarikat" ..

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057673 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top