CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Bahu isteri saya patah sebab bonggol ‘maut’ di Bukit Jalil”

24-12-2014 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4440| Komen: 19

“Bahu isteri saya patah sebab bonggol ‘maut’ di Bukit Jalil”

Mohd Naim bersama isterinya yang mengalami kecederaan patah bahu kiri akibat  terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Merah Cagar, berdekatan Stadium  Bukit Jalil pada 21 Disember lalu. 


KUALA LUMPUR, 23 Disember:Kewujudan bonggol ‘maut’ berdekatan dengan  Stadium Nasional Bukit Jalil di sini ternyata meresahkan pengguna jalan raya  yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Difahamkan, pengguna jalan raya terutamanya  penunggang motosikal sering mengalami kemalangan ekoran permukaan bonggol  tersebut yang tidak jelas ketika siang dan malam.

Berdasarkan pemerhatian The Rakyat  Post, jalan yang dikatakan itu adalah Jalan Merah Cagar yang merupakan  laluan di sepanjang kawasan stadium berkenaan.

Seorang pengadu, Mohd. Naim Mohd. Isa, 29,  berkata bonggol berkenaan betul-betul berada selepas pada selekoh jalan dan  kebanyakan pengguna jalan raya tidak dapat melihatnya dengan jelas.
Menurutnya, memburukkan lagi keadaan tidak ada  sebarang cat atau alat yang diletakkan di atas jalan oleh pihak berkuasa  tempatan (PBT) bagi memberitahu orang ramai bahawa terdapat bonggol di situ.

“Disebabkan itu, pada malam 21 Disember lalu  saya dan isteri, Nur’ain Azrina Mohd. Alias, 29, terlibat dalam kemalangan di  lokasi berkenaan selepas pulang daripada Festival Motosikal Antarabangsa  (IMF).

“Akibat daripada kemalangan tersebut, bahu kiri  isteri saya telah patah dan dia terpaksa dikejarkan dengan ambulans ke Hospital  Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Pantai Cheras,” katanya kepada The Rakyat Post, hari ini.

Tambah Mohd. Naim, dia meminta jasa baik PBT  sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR)  agar mengambil perhatian mengenai perkara ini.

Jelasnya, ia bukanlah kali pertama kemalangan  jalan raya berlaku disebabkan bonggol tersebut dan adalah amat malang sekiranya  ia dibiarkan tanpa ada sebarang tindakan dilakukan.

“Keadaan cuaca di sekitar ibu kota pada ketika  ini yang tidak menentu dan selalu hujan akan menjejaskan lagi penglihatan  pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

“Oleh itu, saya meminta agar pihak berkuasa  segera meratakan, mengecat atau menambah jumlah lampu jalan di sekitar kawasan  berkenaan demi keselamatan orang ramai,” ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-12-2014 09:12 AM
Depa tunggu ada yg masuk.paper baru depa buat keje
Alasannya...xde aduan
Quote rammad25 24-12-2014 09:23 AM
saman jangan tak saman.. klu menang dapat duit..
Quote star_anisse 24-12-2014 09:26 AM
kesiannya...
Quote rdzaccess 24-12-2014 09:29 AM
Bonggol tanpa izin ni haruslah dihapuskan ..
Aku pun kemalangan juga disebabkan Bti ni ..
Quote Vellfire 24-12-2014 09:29 AM
shernazz posted on 24-12-2014 09:12 AM
Depa tunggu ada yg masuk.paper baru depa buat keje
Alasannya...xde aduan


biasa mcm tu lah...

ader jalan orang mintak bonggol tak dibuat2
siang malam org duk rempit... bahaya utk semua org
ntahlah... buat keja ikut kepala dorang jer
Quote fifie_olin 24-12-2014 09:30 AM
kena cat putih bumper tu
Quote GhostWalking 24-12-2014 09:31 AM
rdzaccess posted on 24-12-2014 01:29 AM
Bonggol tanpa izin ni haruslah dihapuskan ..
Aku pun kemalangan juga disebabkan Bti ni ..

haah kan dah ok dah tak?
Quote Munnalicious 24-12-2014 09:33 AM
Kesiannya. Semoga cepat sembuh.
Quote dubuk 24-12-2014 10:19 AM
orang luar kuala lumpur macam aku

rasanya lalu situ mau terpukang
Quote rdzaccess 24-12-2014 11:54 AM
Sudah tentu terpukang .. sebab terpukau dengan pemandangan sekitar Bukit Jalil ..
Quote sephia_rez 24-12-2014 04:46 PM
haha area tu la tahun 2010 aku naik motor pinjam lalu banjir kecik then air masuk enjin masa hujan mati di tengah jalan, nak tolak tepi kena melintas sbb aku kat divider, start kaki 10 kali sampai lenguh, orang lalu lalang je sampai la ade brader dari stesen bas sementara seberang jalan tu dtg tlg..haish nostalgia
Quote Audetom 24-12-2014 05:51 PM
pernah kete aku 'terbang' kat bonggol ni...walau cuak rs mcm dlm citer fast n furious sbb rush nk g amik hubby bru blk keje ngan tren taim tu. Pahtu kene marah sbb mounting 2-2 pecah...kete pun ada bunyi pelik nsib boleh jalan lg..:Q:Q

naik kete ok ler lg..sian kat org bwk motor..harap2 dorang yg berwajib buat ler sumthing..mmg tak perasan lgsg bonggol ni..
Quote sub5zero 24-12-2014 07:26 PM
Amik gmbr bonggol, buat report polis pastu claim kt mjlis. Biasanya mjlis ada cover insurance public liability & prop damage.
Quote primemova 24-12-2014 07:31 PM
Kesiannya ... Kalau saman jKR ni boleh menang..... Bahaya woo kalau bonggol takde tande apatah lagi x di cat....
Quote kambeng_masam 24-12-2014 07:57 PM
mmg sebelum kat bonggol tu takde papan isyarat "awas bonggol di hadapan" eh?
Quote Al-Patih 25-12-2014 05:47 AM
saman aje....pikahak yang tanggung jawab
Quote alinone78 25-12-2014 06:11 AM
Sila samannnnnnnn
Quote Esmiria 25-12-2014 08:29 AM
dah nasib...hmmm
Quote mak_wa95 25-12-2014 09:01 AM
kebanyakan bonggol memang tinggi..

bonggol nak elak kemalangan dah jadi bonggol menyebab kemalangan



Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054089 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top