CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tua Itu Chin Peng! - Minum Kopi

24-12-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11358| Komen: 113

Lelaki Tua Itu Chin Peng! - Minum Kopi

Inilah lukisan mural dikatakan mirip wajah Chin Peng yang menjadi kontroversi.

IPOH - Di sebalik keindahan lukisan mural di sekitar Bandaraya Ipoh terdapat satu lukisan yang nyata mengundang kontroversi apabila ia mirip wajah Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Tiada siapa yang menyangka gambar yang menunjukkan seorang lelaki tua sedang memegang cawan di Jalan Tun Sambanthan, di sini, berhampiran Padang Ipoh itu seakan-akan individu yang diharamkan ke negara ini.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh seorang warga Ipoh, Mior Azman Mior Aris, 46, yang sudah lama meneliti gambar berkenaan  sejak ia dilukis pada Jun lalu oleh seorang pelukis mural terkenal.

Menurutnya, jika dilihat sekali imbas memang tidak perasan tentang individu yang dilukis memandangkan Chin Peng tidak dikenali ramai dari segi paras rupanya.

“Saya bersama beberapa rakan yang lain duduk semeja berbincang mengenai wajah individu terbabit. Apabila kita membuat pencarian internet gambar Chin Peng dan banding dengan lukisan itu, memang sama.

“Ini satu tamparan hebat kepada kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membenarkan lukisan itu dilukis. Dalam sibuk kita membantah dan menghalang abu mayatnya (Chin Peng) di bawa ke negara ini, dengan selamba wajahnya dijadikan mural,” katanya.

Mior Azman berkata, perkara ini serius kerana ia dilihat cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan elemen subversif menggunakan seni mural.

Tambahnya, perkara seumpama itu harus menjadi iktibar kepada semua pihak khususnya PBT supaya lebih peka dalam menerima sesuatu projek seni bagi mengelak agenda tertentu dibawa melaluinya.

“Kita mahu orang ramai buka mata terhadap agenda pihak tertentu yang cuba membawa masuk ideologi tertentu secara halus.

“Orang ramai hanya nampak ia sebagai lukisan yang cantik, tetapi maksud tersirat di sebaliknya kita tak tahu,” katanya lagi.


Ramai tidak perasan

Sementara itu, seorang warga Ipoh, Rozamir Zulkifli, 42, berkata, jika sekali imbas, gambar yang terpampang di bangunan tersebut memang mirip Chin Peng, tetapi tidak serupa.

Menurutnya, lukisan ini subjektif untuk ditafsir kerana pelukis melukis melalui hati, bagaimanapun jika ia disuruh melukis gambar tersebut, motifnya perlu disiasat.

“Jika gambar itu serupa, kita perlu siasat perkara tersebut. Dalam hal ini, kita juga perlu tahu tujuan lukisan dibuat sama ada mengindahkan bangunan atau menarik perhatian pelancong dan sebagainya.

“Jika sebabnya lain atau terdapat maksud tersurat dan tersirat, ia perlu tindakan segera dari pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Seorang lagi warga Ipoh, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi, 39, mengharapkan tindakan dan siasatan dari pihak berkenaan sekiranya gambar tersebut adalah Chin Peng.

Abdul Salim berkata, jika benar ini mungkin satu cara halus pihak tertentu untuk meracuni fikiran anak muda yang tidak tahu sejarah sebenar gambar berkenaan.

“Cadangan saya supaya pihak kerajaan negeri menganjurkan pertandingan lukisan mural wajah tokoh-tokoh Melayu supaya golongan muda kenal dengan tokoh yang pernah berbakti kepada tanah air kita.

“Cara ini lebih baik dari menuduh atau memarahi pihak berkenaan. Pihak berkuasa juga perlu memberi lebih perhatian kepada mereka yang bergerak secara sembunyi dan berharap perkara ini tidak berulang lagi,” katanya.

Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, siasatan perlu dibuat untuk memastikan gambar siapa yang terpampang di bangunan tersebut.

        Mohd Salleh berkata, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati keputusan kerajaan dan menolak apa sahaja agenda untuk memasukkan Chin Peng atas kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Pihak yang bertanggungjawab juga diminta untuk memberi penjelasan kerana memberi kebenaran lukisan tersebut terpampang di situ dan boleh menyebabkan salah sangka di kalangan rakyat apabila perkara yang tidak boleh, dibolehkan.

“Selain pihak berkaitan, pemilik bangunan juga perlu disiasat untuk memastikan semuanya jelas dan tidak timbul kekeliruan,” katanya.

Yang Dipertua Ikram Perak, Yahanis Yahya pula berpendapat, mural seumpama pimpinan PKM ini amat sensitif dan boleh menaikkan sentimen beberapa pihak.

Menurut beliau, kesemua pihak diharap menjaga keharmonian negara dengan bertanggungjawab malah dalam kes ini pihak berkuasa tempatan  perlu memberi penjelasan.

“Kajilah sejarah secara objektif supaya penilaian dibuat dengan fakta bagi meningkatkan intelektual dan Malaysia boleh menuju ke negara Rahmah,” katanya.


MBI nafi mural Chin Peng

Sementara itu, sumber dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberitahu pihaknya telah maklum dengan perkara itu.

Menurut beliau, isu berkenaan sebenarnya sudah pun selesai dan pihak MBI menafikan individu dalam lukisan mural berkenaan adalah Chin Peng.

Malah katanya, satu mesyuarat jawatankuasa sudah pun dibuat bagi membincangkan isu itu sebelum ini.

“Kita faham akan sensitiviti masyarakat walaupun kita nyatakan bahawa lukisan itu bukanlah Chin Peng. Kita akan berbincang dengan pelukis dan pihak berkaitan untuk menukar gambar yang lain.

“Apa-apa pun saya akan rujuk kepada Datuk Bandar dahulu sebelum maklum balas lanjut diberikan mengenai isu ini,” katanya.

Di Pekan Lama Ipoh, terdapat  tujuh lukisan mural berinspirasikan kopi yang dihasilkan pelukis terkemuka, Ernest Zacherevic di bawah projek Art of Oldtown.

Setiap lukisan ditempatkan di tujuh lokasi berbeza seperti di Jalan Panglima, Market Street, Jalan Bijeh Timah, Concubine Lane 3, Jalan tun Sambanthan dan Jalan Padang yang memaparkan mural seperti ‘Kopi-O’, ‘kapal terbang kertas’, ‘beca’, ‘evolusi’ dan ‘pakcik tua bersama kopi putih’.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote md.jie 23-12-2014 10:59 AM
dalam rmai menusia di dunia ni kpla komunis jua jd pilihan pelukis...
Quote spiderman80 23-12-2014 11:10 AM
Apasal gambar poster Presiden Xi bapak segala komunisme dinaikkan di serata Putrajaya satu ketika dulu?
Quote maplesue 23-12-2014 11:48 AM
Tak lama lagi mesti ada yang sakit hati simbah cat kat mural tu
Quote fcl29 23-12-2014 11:53 AM
xyah la wat mural muka2 tokoh... kang datang org nepal, diludahnye sireh kat dinding tu...
Quote Decaffeinated 23-12-2014 11:59 AM
spiderman80 posted on 23-12-2014 11:10 AM
Apasal gambar poster Presiden Xi bapak segala komunisme dinaikkan di serata Putrajaya satu ketika du ...

muka BotakChinPeng tak ada mural ka Spidey?...

Quote cik_kembong 23-12-2014 12:06 PM
Byk lg muka tokoh lain yg boleh dilukis...apasal g pilih muka ni....
Quote spiderman80 23-12-2014 12:32 PM
Decaffeinated posted on 23-12-2014 11:59 AM
muka BotakChinPeng tak ada mural ka Spidey?...

Saya ada lukis mural dia dalam bilik air rumah saya.
Quote bluehedgehog 23-12-2014 12:36 PM
kesimpulan: melayu senang terpesong akidah
Quote ronin 23-12-2014 12:36 PM
spiderman80 posted on 23-12-2014 12:32 PM
Saya ada lukis mural dia dalam bilik air rumah saya.

abis lah mural tu kena semburan cat putih...
Quote spiderman80 23-12-2014 12:37 PM
ronin posted on 23-12-2014 12:36 PM
abis lah mural tu kena semburan cat putih...

Hahahahaha.....
Quote bluehedgehog 23-12-2014 12:38 PM
seorang penduduk yg biasa lalu sana, cakap ini chin peng lpas tu semua buat liputan berita, lpas tu semua percaya trus?

apa la level org2 skg?
gua mau kata itu muka jib gor bole?
Quote boyagombak 23-12-2014 12:41 PM
spiderman80 posted on 23-12-2014 12:32 PM
Saya ada lukis mural dia dalam bilik air rumah saya.

bukankah laba2 melukis mural di dinding rumah, Laba2 sedang beramas mesra dgn Puan Botak
laba2 terus jadi Suparman sementara Puan Botak ketawa besar gg depan ghongak





Quote ronin 23-12-2014 12:42 PM
bluehedgehog posted on 23-12-2014 12:38 PM
seorang penduduk yg biasa lalu sana, cakap ini chin peng lpas tu semua buat liputan berita, lpas tu  ...

aku rasa ada sikit rupa ahmad rithaudeen...
Quote boyagombak 23-12-2014 12:50 PM
bluehedgehog posted on 23-12-2014 12:38 PM
seorang penduduk yg biasa lalu sana, cakap ini chin peng lpas tu semua buat liputan berita, lpas tu  ...

muka Ah Jib Gore hanya terdapat di



dan di








tapi saya bukan Najib, walaupun muka sirupa najib



Quote boyagombak 23-12-2014 01:00 PM
ronin posted on 23-12-2014 12:42 PM
aku rasa ada sikit rupa ahmad rithaudeen...

ada sama ka bro






Bulu kening pada lukisan adalah nipis dan tipis, sama spt gambar Chin Peng sdgkn bulu kening mata Tengku Ahmad Rithaudeen lebeh tebal. Cuba berikan persamaan2 yg boleh mengatakan itu gambar TAR

Quote ronin 23-12-2014 01:13 PM
boyagombak posted on 23-12-2014 01:00 PM
ada sama ka bro

yg sebenarnya gambar mural tu bulu kening tebal....malah bila gambar ahmad rithaudeen tu digandingkan nampak mcm hampir serupa...
Quote minyak 23-12-2014 01:23 PM
majlis bandaraya ipoh kan dah nafikan itu bkn chin peng...yang kalut lagi tu pasai pa
Quote nour2001 23-12-2014 01:40 PM
melayu ni mudah sentap....

Quote nour2001 23-12-2014 01:42 PM
minyak posted on 23-12-2014 01:23 PM
majlis bandaraya ipoh kan dah nafikan itu bkn chin peng...yang kalut lagi tu pasai pa

itulah masing2 still insist tu gambar ada rupa mcm chin peng so gambar itu adalah chin peng, walaupun ada penafian dari pihak berkuasa..mungkin kena tambah misai atau pakai songkok baru takde rupa mcm chinpeng kot...

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.194564 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top