CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaafar Mohd Yusof, Ketua Polis Negeri Sembilan Baharu

22-12-2014 12:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3676| Komen: 1

Jaafar Mohd Yusof, Ketua Polis Negeri Sembilan Baharu

SEREMBAN: Datuk Jaafar Mohd Yusof, 57, hari ini mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Datuk Osman Salleh yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak.

Beliau sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/ Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, dinaikkan pangkat kepada Deputi Komisioner (DCP).

Osman, 58, yang berkhidmat selama tujuh tahun di Negeri Sembilan, berpindah ke Perak dengan memangku pangkat Senior DCP.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene.

Jaafar yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 16 November 1975, berikrar untuk berusaha sebaik mungkin melaksanakan tugas diamanahkan oleh pucuk pimpinan PDRM.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurwa 19-12-2014 04:57 PM
tahniah dan selamat maju jaya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.323879 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top