CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mati Otak Dikekalkan Hidup Demi Fetus Dalam Rahim

22-12-2014 12:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8305| Komen: 75

Wanita Mati Otak Dikekalkan Hidup Demi Fetus Dalam Rahim


Ireland - Seorang wanita yang mengalami keadaan kematian otak dikekalkan hidup bagi membolehkan fetus berusia 17 minggu dalam rahimnya diselamatkan.

Tindakan itu tidak dipersetujui kedua ibubapa wanita berkenaan tetapi pihak doktor di Mullingar’s Midland Regional Hospital, Ireland tetap berbuat demikian sejajar dengan undang-undang negara itu yang menuntut fetus dalam keadaan tertentu mesti dipertahankan.

Wanita dalam lingkungan usia 20-an itu mengalami kecederaan dalaman yang sangat parah, menurut laporan Irish Independent.

Bayi dalam rahimnya masih hidup manakala wanita itu terpaksa dikekalkan dengan alat bantuan hayat yang ditentang kedua ibubapanya namun ada ahli keluarga lain yang bersetuju dengan cara berkenaan.

Fetus kerap kali tidak mampu hidup di luar rahim sebelum berusia 24 minggu.

Pakar Undang-Undang Perubatan, Dr Adam McAuley berkata, Mahkamah Tinggi Dublin kemungkinan besar akan memutuskan wanita berkenaan dikekalkan hidup menggunakan bantuan hayat dalam usaha memastikan bayi berkenaan matang dan dapat dilahirkan serta selamat.

Pegawai perubatan dilaporkan sedang berusaha mengumpul pandangan peguam berhubung langkah mereka yang seterusnya.

Pada tahun lepas, Ireland meminda undang-undang berhubung penguguran bayi bagi membolehkan ibu yang mempunyai risiko mengandung atau melahirkan anak berbuat demikian.

Menteri Perubatan negara itu, Leo Varadkar bagaimanapun berpendapat, undang-undang di negaranya masih ketat walaupun langkah demikian dibenarkan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 21-12-2014 01:00 AM
ya Allah.. sedihnya baca.. anak lahir takde ibu..
Quote jazaa 21-12-2014 01:16 AM
Knp parents dia tak setuju pulakkk....


Quote SoalanSaye 21-12-2014 01:49 AM
mati otak tu camner??? mati seluruh tubuh?
Quote shanshero 21-12-2014 01:56 AM
Dah mati otak tak ke sistem badan lumpuh termasuk proses makan dab buang
Quote spiderman80 21-12-2014 02:03 AM
Spidey berasa sangat sedih membaca berita ni. Dunia ini banyak orang yang tidak bernasib baik. Semoga keluarga beliau bertabah menghadapi segala rintangan yang menanti di masa depan.
Quote mbhcsf 21-12-2014 02:08 AM
wow ...cool...yups save the baby. Kalau ibu tu tak ada 'locked - in ' syndrome tak pe. tapi bagi babytu lahir secara caesarean.

ada nyawa dalam badan ibu tu.

Quote reenaz 21-12-2014 02:11 AM
mbhcsf posted on 21-12-2014 02:08 AM
wow ...cool...yups save the baby. Kalau ibu tu tak ada 'locked - in ' syndrome tak pe. tapi bagi bab ...

Macam natural incubator la ek
Quote mbhcsf 21-12-2014 02:14 AM
reenaz posted on 21-12-2014 02:11 AM
Macam natural incubator la ek

yups...lebih baik bagi baby tu matang from 37 weeks onwards ...yg mak pak dia kaliut sangat tu  awatnyer...tak payahlah kalut laa



Quote dani-rox 21-12-2014 02:36 AM
Lepas cukup bulan dan dikeluarkan secara c-section baby tu, barulah nyawa si ibu di switch off... Di mata undang2 dan agama, wanita ini hanyalah kilang bayi. Diharap spital tuh tak bercadang utk harvest susu badan dr ibu itu pula
Quote vandergooh 21-12-2014 03:02 AM
mati otak ni bermakna kalau cabut alat pernafasan, bermakna beliau akan terus mati, jadi si ibu hidup menggerakkan jantung hanya kerana alat pernafasan sahaja hakikatnya si ibu telah mati...
Quote tanganbercakap 21-12-2014 03:16 AM
Sedihnya...
mesti serba salah family nak buat keputusan..
Quote dauswq 21-12-2014 04:21 AM
ni kira keadaan 'koma' lagi kan disebabkan bantuan hayat mesin?
bdn tak mereput ker sbb jantung masih berfungsi?

tp bukan otak kwl segala aktiviti bdn ker smpi ke perkembangan sel2 badan?
Quote mbhcsf 21-12-2014 05:13 AM
dauswq posted on 21-12-2014 04:21 AM
ni kira keadaan 'koma' lagi kan disebabkan bantuan hayat mesin?
bdn tak mereput ker sbb jantung mas ...

yup

the respiratory process taken over by the ventilator

so the cardiosystem still function

brain dead la ni.


Quote noor2 21-12-2014 06:53 AM
Sedih nya baca....takziah
Quote lina21 21-12-2014 06:57 AM
kesian lah dengan si ibu
badan msti membengkak...lebam2..lps tu mereput sikit2
tapi otak dah mati..bayangkan lah perasaan keluarga dia yg melihat
lama tu kene tunggu berbulan bulan smpai baby lahir
Quote hanalisa 21-12-2014 07:05 AM
entahlah. kalau si ibu tu masih boleh bercakap, aku rasa dia setuju juga kot. walaupun seksa.
Quote Modngengade 21-12-2014 07:19 AM
Sedihnya baca beita ni..
Quote yellowsky 21-12-2014 07:44 AM
betapa mereka menghargai sebuah nyawa walaupun belum di lahirkan berlainan di tempat kita ade segolongan manusia yang sangup membuangnya di dalam tong sampah.
Quote chinta89 21-12-2014 08:13 AM
Ya Allah syahdunya baca berita ni d pagi2 yg hening ni

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.206094 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top