CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Princess Chidma Igbokwe Merayau Seorang Diri?

22-12-2014 12:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5558| Komen: 45

‘Saya Janji Tak Ulang Lagi’



SUBANG JAYA – “Saya menyesal. Ini kesilapan paling buruk pernah saya lakukan dalam hidup. Saya bersumpah tak akan ulang lagi,” luah Suhaila (bukan nama sebenar), 39, ibu kepada Princess Chidma Igbokwe, 4, kanak-kanak ditemui merayau seorang diri sekitar jam 6 pagi, Rabu lepas.

Kata Suhaila, semuanya berlaku tanpa dia sedari tindakannya hampir menyebabkan dia kehilangan anak.

“Saya dan dua anak bersama kakak dalam perjalanan pulang ke kampung di Seremban sekitar jam 2.30 pagi. Selepas berhenti makan, Princess beritahu nak balik rumah daddy sebab dah lama tak jumpa. Saya cuba SMS dan telefon suami, tapi tak berbalas.

"Saya ambil keputusan hantar Princess ke rumah kami di Bandar Kinrara,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (Ractar), lokasi Princess ditempatkan selama dua hari.

Suhaila mengakui tidak tinggal bersama suaminya, Mike (bukan nama sebenar), 38, seorang warga Afrika, sejak beberapa minggu lalu.

Sebaik sampai, suaminya masih tidak memberi sebarang respons namun dia bersama Princess masuk ke kawasan rumah menerusi pintu kecil pagar besi yang tidak berkunci.

Memikirkan Princess yang menangis kerana enggan mengikutnya, Suhaila terpaksa bertindak menenangkan keadaan dengan meletakkan anaknya itu dalam kereta sorong bayi dan cuba menidurkannya.

“Saya tiada kunci pendua...saya juga tiada pilihan. Saya nak bawa Princess, dia menangis-nangis. Saya percaya suami ada dalam rumah kerana ada bunyi dengkur. Macam-macam saya cuba, tapi dia tak bangun.

"Bila Princess sudah tidur, saya letakkan kereta sorong betul-betul di hadapan pintu. Dengan berat hati saya tinggalkan dia. Masa sama saya masih cuba hubungi dan hantar SMS. Saya memang yakin suami sudah tahu. Lagipun suami tak telefon saya semula, jadi saya betul-betul ingat Princess okey,” tambahnya.

Nasib yang menimpa Princess hanya diketahui selepas diberitahu rakan mengenai gambar dan cerita yang tersebar di media sosial Facebook dan akhbar tempatan.

“Memang susah saya nak percaya sebab suami saya tak ada telefon dan beritahu apa-apa pun,” katanya yang kemudiannya ke balai polis apabila berasa tidak sedap hati.

“Di Balai Polis Kinrara saya beritahu anak saya hilang. Mereka tunjuk gambar Princess dan masa itu saya rasa macam nak pitam. Mujur saya diberitahu anak selamat di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Saya diminta datang esoknya (semalam) ke Pejabat JKM di Subang Jaya.

“Dah takdir nak jadi begini. Ayah Princess pun sebenarnya sayang sangat dengan anak dia. Ini memang betul-betul kami salah faham. Tak pernah sesaat saya biarkan mereka hilang dari pandangan.  

"Benda dah nak jadi. Ini pengajaran untuk diri saya. Saya akan ingat sampai mati,” katanya sayu.

Sementara itu, Pengetua Ractar, Dzulkarnain Mansor berkata, ketika dipertemukan Princess oleh pegawai JKM, kanak-kanak itu sangat ceria dan mesra.

“Cuma malam pertama dia di sini, dia menangis tanya mana mak saya," ceritanya.

Dalam pada itu, jurucakap JKM Subang Jaya berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan polis dan mahkamah untuk mengenakan penalti kepada Suhaila dan suaminya kerana cuai.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote animcute 20-12-2014 06:49 PM
ibu yg bengong...ini child endangerment namanya...
aksi paling bodoh pernah lakukan? ko silap la.....ada lg besar tau...
firstly,  terpikat dgn mamat  tu...
second,  namakan anak Princess
Quote Mary_jane 20-12-2014 06:55 PM
Boleh dia tinggalkan anak mcm tu je dgn harapan laki nya akan terjaga dan jenguk anak kt luar pintu. Nasib Princess Chidma Igbokwe xhilang kak Lela oi. Kalau hilang mau nangis xberlagu sesorang.




Quote noor2 20-12-2014 06:55 PM
Bukan Islam ke ni...
Quote Orked_Vanda 20-12-2014 07:00 PM
Ni memang boleh dicaj cuai. Sepatutnya, tunggu sampai husband tu bangun, buka pintu rumah dan bawa masuk princess ke dalam rumah.
Quote Mary_jane 20-12-2014 07:04 PM
noor2 posted on 20-12-2014 06:55 PM
Bukan Islam ke ni...

Xsure plak kak noor. Suhaila tu pn (bkn nama sebenar).



Quote animcute 20-12-2014 07:07 PM
noor2 posted on 20-12-2014 06:55 PM
Bukan Islam ke ni...

tak pernah tengok pun selain dari malays yg gi jenjalan/kawin dgn org afrika ni....sumpah
Quote noor2 20-12-2014 07:13 PM
Mary_jane posted on 20-12-2014 07:04 PM
Xsure plak kak noor. Suhaila tu pn (bkn nama sebenar).


Nama anak dia  lain...kan...
Quote rain2169 20-12-2014 07:24 PM
apa ke vangang si suhaila (bukan nama sebenar) ni....!!!!!
Quote amir1976 20-12-2014 07:26 PM
Cerita mcm kartun. Tak masuk akal.

Menyerlahkan kebodohan pompuan dan suami dia.

dah tau laki tak jawab telefon nak tinggalkan jugak depan pintu. Bodoh bertingkat2.

Pastu sama bodoh org yang serahkan balik pada mak dia. Patut didakwa atad sbb kecuaian
Quote animcute 20-12-2014 07:47 PM
budak ni klu bawak balik gi afrika, mesti dia yg paling putih melepak gebu..mmg kenalah nama Princess tu kot, sayang mak dia takda ciri2 queen of africa...
Quote Mary_jane 20-12-2014 07:49 PM
noor2 posted on 20-12-2014 07:13 PM
Nama anak dia  lain...kan...

Ke-african sgt nama Princess Chidma Igbokwe.
Quote jfq 20-12-2014 07:52 PM
Bapak dia keturunan royalty kat afrika kot
Tu yg nama princess
Quote tanganbercakap 20-12-2014 07:54 PM
Erk...bole plak tinggal je anak umo 4 tahun sesorang tengah pagi macam tu...
patutnye bukanke jkm kena siasat dulu baru serah budak ni kat parent balik
Quote munchkin 20-12-2014 08:25 PM
gila! denda je dia ni, denda maksimum. kalau tak dapat lunas, penjara je. ingat sampai mati konon. rasa mungkin rakan rakan kenal ngan dia ngan anak. kalau depa report, dia juga kena so kenalah reka cerita genius cam ni supaya dia tak kena. puik
Quote Knowlee 20-12-2014 08:40 PM
animcute posted on 20-12-2014 07:07 PM
tak pernah tengok pun selain dari malays yg gi jenjalan/kawin dgn org afrika ni....sumpah

Ada je yg bukan malay kahwin dgn afrika.
Quote hanamunir 20-12-2014 08:42 PM
macam betul je ko nak tinggal kn..
tapi bila anak ko viral,femes,tu yg tbe2 tumpang sekaki kn..
cakap pulak minta maaf sbb tinggal anak..
logik ke kak,ko tinggal anak depan pagar,dlm kereta sorong ,pagi2 buta,sorang2..
sesuatu sangat..
Quote animcute 20-12-2014 08:43 PM
Knowlee posted on 20-12-2014 08:40 PM
Ada je yg bukan malay kahwin dgn afrika.

ada ye? sy tak pernah tengok kat public kot
Quote Knowlee 20-12-2014 08:46 PM
animcute posted on 20-12-2014 08:43 PM
ada ye? sy tak pernah tengok kat public kot

Diorg tak pegi area u pegi la kot. In my office ada sorg bersuamikan african yg baik, kat shopping mall pun ada je jumpa ramai.
Quote noor2 20-12-2014 08:47 PM
Mary_jane posted on 20-12-2014 07:49 PM
Ke-african sgt nama Princess Chidma Igbokwe.

Kan...lain sangat nama

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.079330 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top