CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Marina Mahathir Tidak Sanggup Lihat Hukuman Hudud?

22-12-2014 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24303| Komen: 292

Marina Mahathir Tidak Sanggup Lihat Hukuman Hudud?


KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Datuk Paduka Marina Mahathir menentang usaha melaksanakan hukum Hudud di Kelantan kerana tidak sesuai dengan masyarakat berbilang agama.


Menurutnya, beliau berharap hukum tersebut tidak dilaksanakan kerana “Walaupun hukum Hudud hanya untuk warga muslim, tetapi kita hidup di dalam suasana masyarakat yang bercampur-campur, jadi kelak semua orang akan terlibat.”

Beliau yang juga merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan, mengikut apa yang diketahuinya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan hukum Hudud ini dilaksanakan.

Bahkan, Marina mendakwa, sekarang bukannya masa untuk Malaysia melaksanakan undang-undang seperti itu.

“Mengikut perlembagaan, setahu saya memang tidak boleh, saya harap ini bukan masanya untuk undang-undang Hudud macam ni,” ujarnya lagi.


Marina mendakwa, beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan kelak selain menyatakan dengan perlaksanaan hukum Hudud itu akan memecah-belahkan masyarakat.

Dalam pada masa yang sama, Marina turut tidak menolak bahawa perlaksaan hukum Hudud ini mempunyai kaitan dengan politik yang dimainkan oleh PAS.

“PAS sudah membuat janji pada masa dahulu. Sekiranya tidak dilaksanakan, nanti orang kata PAS tidak ikut janji.

“Tetapi, PAS kena berjanji benda yang betul-betul, yang membawa kebaikan kepada masyarakat pada amnya dan bukannya pada satu-satu kumpulan sahaja,” katanya semasa ditemui media di Institut Pengurusan Wanita.

Kenyataan Kelantan sebelum ini Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob menyatakan, akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas pada 29 Disember.

Ia bagi mengemukakan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan (EKJS II) berkaitan hukum Hudud.

Jelasnya lagi, pindaan tersebut perlu dibuat untuk melayakkan Kelantan membawa usul rang undang-undang persendirian EKJS II ke sidang Dewan Rakyat di Parlimen dan seterusnya melaksanakan hukum Hudud di negeri itu.
4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 21-12-2014 10:38 PM
Marina mendakwa, beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan kelak selain menyatakan dengan perlaksanaan hukum Hudud itu akan memecah-belahkan masyarakat.

tidak sampai hati umat islam kena hudud...huhuhuhu..SO SWEEETTT...
abiss tu yg kena hukum gantung sampai mati..sampai hati...?

Apa apa pun..hudud ke hulu hilir...sampai bila? Bila dah betul2 implement. .baru kejutkan abam dari tido yee..

Quote ikan_kaghing 21-12-2014 10:52 PM
Kesian Che Det.

Anak dia sekoq nih tak berapa menjadi.

Tentang hudud bela bapoks.....elok sangatlah tuh.

Bila mampos nanti jangan nyesal udahlah.
Quote buttergal 21-12-2014 11:08 PM
Tgkla sape yg bercakap.
Mana tumpah kuah klu tk ke nasi
Quote sekngucing 21-12-2014 11:08 PM
aku setuju dgn marina
secularism all the way
Quote mbhcsf 21-12-2014 11:10 PM
ikan_kaghing posted on 21-12-2014 10:52 PM
Kesian Che Det.

Anak dia sekoq nih tak berapa menjadi.

tu laa....kan?



Quote jijiezie 21-12-2014 11:14 PM
Bakpo la kecek gitu
Quote sekngucing 21-12-2014 11:19 PM
baik kelantan tu sediakan basic necessities utk penduduknya dahulu sebelum hudud mudud

1. tempat kediaman utk semua orang
2. bekalan air yg bersih
3. kebersihan kaw sekitar
Quote msxx 21-12-2014 11:21 PM
Apsal la x segenius bapaknya
Quote ikan_kaghing 21-12-2014 11:23 PM
mbhcsf posted on 21-12-2014 11:10 PM
tu laa....kan?

Kalau orang berilmu haruslah ummah mau juga dengaq apa yang diperkatanya.

Ini tidak...udahlah rambut berkarat, bersengkokol pula dengan ummah bapok yahudi dan sister in setan,

otomatis segala kata-katanya menjadi tidak relevan karna disyaki ada jarum-jarum halus disebaliknya.
Quote vandergooh 21-12-2014 11:27 PM
marina.. please follow your father... i salute your father...
Quote cmf_herrhughie 21-12-2014 11:33 PM
sekngucing posted on 21-12-2014 11:19 PM
baik kelantan tu sediakan basic necessities utk penduduknya dahulu sebelum hudud mudud

1. tempat  ...

Mmg PAS agak lemah dlm bab pentadbiran, hanya tahu kata Islam bagus jer
Quote sekngucing 21-12-2014 11:36 PM
cmf_herrhughie posted on 21-12-2014 11:33 PM
Mmg PAS agak lemah dlm bab pentadbiran, hanya tahu kata Islam bagus jer

pas bnyak dianggotai oleh ustaz ustaz, bukan profesional

Quote famri7 21-12-2014 11:44 PM
Ummah2 disini sokong sebab hudud diplan untuk kelate atm...cuba kalau dibuat satu negara, haruslah para lebai dan  lebai betina mazhab meleis kepanasan kerna mureka tidak mumpraktikkan isle yng sbenar jua..contohnya menyebar fitenah dan anak3 berpeleseran dgn mat rempit.
Quote taikor 22-12-2014 12:09 AM
Pendapat saya sendiri, bila hudud dilaksanakan di satu negeri, ramai yg akan tinggalkan negeri itu terutamanya generasi muda. kesan jangka panjangnya amat memudaratkan (correct term??) negeri itu
Quote FOTHER-MUCKER 22-12-2014 12:25 AM
sekngucing posted on 21-12-2014 11:19 PM
baik kelantan tu sediakan basic necessities utk penduduknya dahulu sebelum hudud mudud

1. tempat  ...

Eh..Tapi biasanya negara yang guna hudud kehidupan dia orang memang macam tu kan? Kecuali brunei
Quote sekngucing 22-12-2014 12:28 AM
FOTHER-MUCKER posted on 22-12-2014 12:25 AM
Eh..Tapi biasanya negara yang guna hudud kehidupan dia orang memang macam tu kan? Kecuali brunei

yang guna hudud didunia ni arab saudi ja
tapi arab saudi kaya
kelantan tak guna hudud pun miskin juga
kalau guna hudud??

Quote TuntungReturn 22-12-2014 12:30 AM

hdud pun ramai org x fham..asal mencuri potong tangan,asal mencuri ptong tangan,,..
Quote sekngucing 22-12-2014 12:32 AM
tulaaa
ramai org tak paham
biar masyarakat paham dulu
lepas tu nak hudud poie lahh
Quote FOTHER-MUCKER 22-12-2014 12:33 AM
TuntungReturn posted on 22-12-2014 12:30 AM
hdud pun ramai org x fham..asal mencuri potong tangan,asal mencuri ptong tangan,,..

Tapi betulah kan, Kalau dah cukup syarat kena lah potong. Maka di potong tangan lah.

Lihat semua komen(292)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.072383 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top