CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Lemas Terlepas Dukungan

22-12-2014 09:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9599| Komen: 76

Kuala Krai:  “Arus yang sangat deras meranapkan bumbung rumah tempat kami berlindung sekali gus menghanyutkan kami.

“Ketika itulah bayi saya terlepas  dukungan,” kata Suhana Muhamad Abdul Ghani, 34, ibu malang yang kehilangan bayi berusia 20 bulan dipercayai lemas akibat banjir.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, Nor Adriana Adila Asrol Afendi berada dalam dukungan Suhana ketika dia bersama lima anaknya dan ibu bapanya mahu menyelamatkan diri selepas rumahnya di Kampung Kuala Bertam, di sini, dinaiki air.

Katanya, ketika menyedari air naik hampir tiga meter, mereka sekeluarga mengambil keputusan  memanjat bumbung rumah dan berlindung di situ sehingga menunggu bantuan tiba.

Bagaimanapun, kejadian malang berlaku apabila arus deras meranapkan rumah keluarga berkenaan dan turut menghanyutkan mereka.

“Suami tiada di rumah ketika itu kerana bekerja, malah kami pun tidak sempat ke tempat lain dan hanya memikirkan bumbung rumah kerana air naik dengan cepat.

“Dalam keadaan hanyut dibawa arus deras itu, anak bongsu dalam dukungan terlepas. Saya diselamatkan ibu yang menarik tangan saya untuk berpaut pada dahan pokok rambutan.

“Lima anak yang lain juga berpaut pada dahan sama sebelum kami diselamatkan penduduk kampung lapan jam kemudian,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Batu Jong, di sini, semalam.

Menurut Suhana, akibat kejadian itu, anak ketiganya Nor Erini Nazirah, 9, patah tangan kanan akibat tersepit pada dahan pokok.

Katanya, anak sulungnya Ayuni Natasha, 16,  menghubungi suaminya, Asrol Afendi Yusof, 40, bagi memaklumkan kejadian itu.

“Mujur telefon bimbitnya masih boleh digunakan. Suami menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya yang masih sedih mengenang nasib anak bongsunya.

Sementara itu, Asrol Afendi berkata, usaha mencari dan menyelamatkan Nor Adriana Adila  diteruskan  pihak berkuasa.

ASROL Afendi dan iserinya sebak mengenangkan nasib Nor Adriana (gambar kecil).



9

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alekxander 19-12-2014 08:48 AM
kesiannya


Quote tipuware 19-12-2014 08:55 AM
allah kesiannya..
Quote Suchi 19-12-2014 08:58 AM
kena berbabywearing baru tak terlepas takat dukung mmg leh terlepas
kalo tade sgt blh guna kain batik je..atau apa2 kain yg pnjg dan kuat. dgn lilitan yg betul jd kemas dan lebih selamat.
Quote kekcawan 19-12-2014 09:01 AM
bersabar dan bertabah...adah hikmahnya
Quote mixed 19-12-2014 09:02 AM
ya allah kesian nya



Quote namirulmukminin 19-12-2014 09:05 AM
Innalillah....
Quote cuki 19-12-2014 09:07 AM
kesiannye keluarga ni, kehilangan anak, musibah banjir lagi... Ya allah bantulah mereka... amin
Quote qronaldo7 19-12-2014 09:08 AM
ujian. ade hikmahnya
Quote vespa_oren 19-12-2014 09:10 AM
Tengok muka depan metro, ada gmbr mangsa banjir atas pokok,
Quote MokChu 19-12-2014 09:13 AM
Innalillah.....
Quote stania83 19-12-2014 09:16 AM
Ingatkan kat negara lain sekali dkt Malaysia. Sure si ibu traumaa sangat. 20 bulan tgh comel dan bijak
Quote amal12bh 19-12-2014 09:18 AM
Suchi posted on 19-12-2014 08:58 AM
kena berbabywearing baru tak terlepas takat dukung mmg leh terlepas
kalo tade sgt blh guna kain bat ...

arus tgh deras hanya mampu buat apa yg terfikir pada ketika itu..ada mak ayah lagi, anak 4 yg lain lagi..mana dan nk pk baby wearing berkain batik bagai..dah naik bumbung, bumbung pulak roboh..diselamatkan lepas 8jam..siap anak dia tangan patah lagi..takziah utk keluarga ni..besarnya ujian..
Quote sapp73 19-12-2014 09:19 AM
Inalillah...kesiannya
Quote iman_aly 19-12-2014 09:20 AM
lapan jam baru dpt bantuan.. kesiannya...
Quote mdhelmi 19-12-2014 09:27 AM
hmmm innalillahi wainnailaihirojiun
mcm nak sarankan mana area berkemungkinan banjir tu beli life jacket setiap ahli keluarga
mungkin kerajaan bole support dan bg subsidi utk life jacket
kalo banjir...capai life jacket dulu sblm naik bumbung
Quote prettyuglybabe 19-12-2014 09:27 AM
takziah



Quote mamapea 19-12-2014 09:27 AM
kesiannya..menitik airmata aku bila ingat baby tu..mesti terseksa sbb lemas..
Quote jazaa 19-12-2014 09:29 AM
Kesiannya..

Kekdg bagus buat mcm indon....guna kain batik masa dukong anak....


Sedih aku baca...dpan mata anak terlepas....
Quote harimau76 19-12-2014 09:29 AM
Allahuakhbar... tak dpt nak bayangkan perasaan maknya saat tu.. semoga mereka tabah dgn ujian yg diberikan dan dipermudahkan segalanya utk mereka..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 1.162676 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top