Bantahan Acara Ratu Cantik Di Pulau Langkawi
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, berkata PAS kecewa dengan kerajaan negeri yang membenarkan program yang "tidak membawa budaya sihat" kepada masyarakat itu. "Menteri besar (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) perlu menyatakan pendirian jelas terhadap program ini. "Ia sama sekali bercanggah dengan imej yang cuba ditonjolkan seperti (program) Kedah Berselawat, dan cuba gambarkan beliau seorang Islamik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, penganjuran program itu juga mempamerkan sikap tidak sensitif dengan tragedi melibatkan MH17 dan MH370. Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, Langkawi tidak perlu kepada acara seperti itu kerana pulau itu sendiri sudah bersifat "ratu" dan mampu menarik pelancong. "Atau adakah Langkawi di bawah pentadbiran Datuk Mukhriz sudah tiada tarikan?" soal beliau. Program itu anjuran bersama Berjaya Langkawi Resort dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Seramai 62 finalis dari seluruh negara mengambil bahagian. Sementara itu, Berjaya Resort dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, penganjuran itu bertujuan mempromosikan pelancongan, membina hubungan lebih kukuh antara negara dan mempamerkan budaya daripada seluruh dunia. "Berjaya Langkawi Resort dengan bangganya bekerjasama dengan penganjur Miss Tourism International 2014, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam inisiatif ini untuk mendidik dan mempromosi pelancongan dan saling bertukar budaya,” kata Pengurus Besar Berjaya Langkawi Resort Chris Niuh.
|
18
Bagus |
11
Marah |
15
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT