CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Di China, Pekerja Dibenarkan Tidur 30 Minit Ditempat Kerja

17-12-2014 02:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4416| Komen: 22

Di China, Pekerja Dibenarkan Tidur 30 Minit Ditempat Kerja


SEBUAH kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus.

Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan baharu yang dilaksanakan pihak kilang sejak beberapa tahun lalu supaya pekerja lebih produktif.

Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika.

Bagaimanapun, sejak 2005, terdapat penambah baikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai menjadi gelanggang pingpong serta tenis untuk mereka bersantai. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 17-12-2014 09:01 AM
msia dipaksa bekerja...curi2 online pun diharomkan
Quote R2D2 17-12-2014 10:05 AM
kilang Jepun memang benarkan staf tidur tengahari
Quote Knowlee 18-12-2014 08:37 AM
sebenarnya mmg perlu take a nap waktu tengahari. mmg membantu meningkatkan produktiviti. tp kebanyakan majikan kat Malaysia ni, kononnya kerja straight 8 hours tu yg lebih produktif. lepas lunch, otak dah lesu weh. dpt lelap sekejap pun mmg segar sikit lepas tu.
Quote watie_na 18-12-2014 08:48 AM
masa kerja ngan company cina, lunch memang 1/2 hour makan, lagi 1/2 tidur. bagi yg Islam, tiada larangan solat. tapi ikut giliran. best. tapi malangnya dah bankrup
Quote tebuanharimau 18-12-2014 08:58 AM
lepas lunch mmg mengantuk sokmo
Quote DARSITA 18-12-2014 09:01 AM
Wehh di China depa keluar makan pukul 12 .. masukbalik kerja pukul 2 petang! di tempat kerja ada makcik tukang masak. Siap masak kat office ..lepas makan semua staff tidor.

Quote xtahumenahu 18-12-2014 09:02 AM
bestnyaaa..tp aku takot kalo aku diberi peluang camtu...aku buat hal lain plak
Quote pittjie 18-12-2014 09:05 AM
xtahumenahu posted on 18-12-2014 09:02 AM
bestnyaaa..tp aku takot kalo aku diberi peluang camtu...aku buat hal lain plak

contoh hal lain tu apa?

Quote xtahumenahu 18-12-2014 09:06 AM
pittjie posted on 18-12-2014 09:05 AM
contoh hal lain tu apa?

macam2 laaaa....anyam ketupat...shopping...errr...main game..
Quote spiderman80 18-12-2014 09:10 AM
watie_na posted on 18-12-2014 08:48 AM
masa kerja ngan company cina, lunch memang 1/2 hour makan, lagi 1/2 tidur. bagi yg Islam, tiada lara ...

Saya syak boss itu Cina murtad. Jarang kita dengar boss Cina baik pada pekerja Islam.
Quote Bell 18-12-2014 09:21 AM
Aku memang tidur time lunch break. Ptg rasa segar dan bertenaga.
Quote WawaRaRa 18-12-2014 09:26 AM
keje kilang lagi heaven dr keje kat pejabat... huhu... kat opis aku satu fasiliti tok riadah pon xder... meja pingpong pon tong2 duit.... huhu... aptb
Quote ikmanurz 18-12-2014 09:31 AM
dibenar ke dipaksa? macam dipaksa je sebenarnya...
penah g training kat sana, tekejut gak memula apsal diorang tutup lampu & nyorok bawak meja.
ingatkan ade antu ke apa
rupanya memang mereka disuruh tido.. sudahnya kami duduk dalam gelap senyap2.. haha
Quote ikmanurz 18-12-2014 09:33 AM
kat opis kat malaysia ni kalau tido dapat surat tunjuk sebab le jawabnyeee
toilet pun kalau boleh nak buat kat sebelah supaya tak yah g memana..dok ngadap pc je
Quote Vellfire 18-12-2014 09:44 AM
tidur tengahari 15 minit pun cukuplah
mata tu kalau boleh pun kena rehat2kan jugak
jangan duk mengadap pc jer memanjang
Quote uNiQLo 18-12-2014 09:55 AM
Ini betul..tgh ari pas mkn depa tutup lampu opis, masing2 berselimut tido kt sofa. dgn aku2 skali bergelap xleh wat keja.
Quote taikor 18-12-2014 10:00 AM
bende ni dah lame orang jepun buat. sesetengah syarikat tempatan pun ade buat
Quote tepets 18-12-2014 10:08 AM
taikor posted on 18-12-2014 10:00 AM
bende ni dah lame orang jepun buat. sesetengah syarikat tempatan pun ade buat

dah lama rasulullah buat
Quote andygila 18-12-2014 10:17 AM
Napping after lunch perkara biasa. Masalah kita main henpon waktu keje kalau datang keje. Jarang pejawat awan benar-benar kerja 8 jam. Doktor ramai kerje kebih 8 jam. Yang lain, ramai buat panas kerusi sahaja. Maaf lah kepada yang benar-benar keje dan jgn tersinggung.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.172173 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top