CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

9 Buah Rumah Yang Enggan Berpindah Meskipun Dibayar Berjuta

16-12-2014 06:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11624| Komen: 34

9 Buah Rumah Yang Enggan Berpindah Meskipun Dibayar Berjuta

Rumah yang masih utuh berdiri secara bersendirian di sekitar arus pembangunan teknologi semasa. Kenapa rumah paku (Nail House) ini masih berdegil tidak mau berpindah walaupun ditawarkan berjuta-juta ringgit. Adakah sebab waris pusaka? Disebabkan adat dan budaya? atau ada sebab tersendiri? Jadi jom kita selongkar 9 buah rumah yang masih berdiri utuh disebalik arus permodenan dan pembangunan. 1. Rumah Keluarga Wu, Chongqing, Cina



Keluarga wu adalah satu-satunya keluarga yang masih tinggal diantara 280 keluarga di daerahnya yang akan dibangunkan shopping mall enam tingkat di Chongqing, keluarga Wu menolak selama dua tahun untuk mengosongkan rumah keluarga mereka yang telah mereka huni selama tiga generasi.   




Yang Wu, seorang juara seni bela diri lokal, menggunakan nunchakus untuk membuat tangga ke rumah mereka, dan mengancam untuk mengalahkan mereka yang berusaha untuk mengusirnya. Isterinya, seorang pemilik restoran bernama Wu Ping yang telah merencanakan untuk membuka sebuah restoran di tapakdasar rumah itu, membuat wawancara dan siaran pers untuk menghasilkan publisitas. Pemilik menolak tawaran sebesar 3,5 juta yuan (US $ 453.000), tapi akhirnya mencapai kesepakatan dengan pemaju pada tahun 2007.




Pada tanggal 4 April 2007, rumah di sentral Chongqing ini dihancurkan dan Wu beserta keluarganya menerima penyelesaian satu juta yuan ditambah apartemen baru yang mewah.

2. Rumah di Wenling, Cina


Istilah rumah paku menjadi semakin terkenal setelah munculnya foto rumah di tengah jalan yang baru dibangun di Wenling, Provinsi Zhejiang. Pasangan tua menolak untuk menjual property untuk harga yang ditawarkan oleh kerajaan sejak tahun 2001. Akhirnya jalan raya dua jalur menuju ke stasiun kereta api, dibangun di sekitar rumah. Gambar rumah itu beredar di Internet dan dipublishkan secara luas oleh media China. Property dibongkar pada bulan Disember 2012 setelah pemilik menerima tawaran kompensasi senilai $ 41.000.


3. Rumah Paku Kunming, Cina



Pada tanggal 28 Oktober 2010, pemaju telah menggali parit di sekitar rumah Zhao di Zhaojiadui, Kunming dan hujan telah mengisi lubang tersebut dengan air, menciptakan parit yang membuat Zhao terpaksa harus menyeberang untuk pergi atau kembali ke rumahnya.

Ketika ditanya mengapa dia tidak pindah, Zhao mengatakan bahawa rumahnya dibangun di atas tanah milik peribadinya, namun pemaju memberikan nilainya yang lebih rendah. Jadi, ia dan keluarganya tidak menandatangani perjanjian berpindah. Dia terus tinggal di apartemen dengan isteri dan ibunya yang berusia 83 tahun kerana semua bangunan lain di kompleks itu sudah dihancurkan.


4. Rumah Paku di Yongji Street, Jinhua, Cina


Yongji Street terkenal di kota Jinhua dan sekitarnya, disana terdapat sebuah rumah yang terletak di tengah -tengah jalan raya. Bangunan tiga tingkat ini berdiri di bahu jalan, dengan tanaman-tanaman sayuran disekitarnya, menjadikan jalan dari empat jalur menjadi dua jalur. Pemilik rumah ini adalah Yao Buqing 57 tahun. Rumahnya berdiri sebagai paku di jalan selama 5 tahun.


5. Rumah Edith Macefield, Seattle, USA



Edith Macefield terkenal di seluruh dunia pada tahun 2006 ketika ia keras kepala menolak US $ 1 juta untuk menjual rumahnya, untuk membuat jalan bagi pembangunan komersial di lingkungan Ballard Seattle. Dalam prosesnya, ia menjadi seorang pahlawan di mata rakyat. Namun, Macefield meninggal di usia 86 Tahun dan tetap dijalankan projek bangunan 5 tingkat di disekeliling rumah pertanian nya yang berusia 108 tahun itu. Setelah kematiannya, Macefield mewariskan rumahnya untuk seorang pengawas kontruktor bangunan, yang bernama Barry Martin, kerana rasa senangnya atas persahabatan yang telah Barry tunjukkan kepadanya selama ini. Pada bulan Julai 2009 Barry Martin menjual rumah itu kepada Greg Pinneo dengan $ 310.000. Greg Pinneo berniat untuk menggunakan rumah sebagai pejabat untuk menjalankan firma real estate nya.


6. Rumah Austin Spriggs, Washington DC, USA



Pada tahun 2006, Austin Spriggs dengan senang hati tinggal di sebuah rumah yang akan segera menjadi duri di sisi pemaju. Seperti duri yang nyata, Mr Spriggs ditawarkan lebih dari $3juta untuk rumahnya di tahun 2008 walaupun rumah itu sebelumnya hanya bernilai sekitar $200ribu. Tak perlu dikatakan, beliau telah menolak mentah-mentah tawaran itu dan bahkan kemudian ia mengambil pinjaman untuk mengubah rumahnya menjadi warung pizza. Seperti yang Anda lihat, bangunan ini benar-benar kerdil dari perkembangan di sekitarnya.


7. Rumah Paku di Stasiun Kereta Api Shenzhen, Cina



Gedung ini terletak di depan Stasiun Kereta Api Shenzhen Utara. Pemilik bangunan tujuh tingkat ini telah menolak tawaran sebesar 20 juta yen (US $ 3,2 juta) untuk berpindah. Tawaran itu ditolak pada tahun 2011, dan bangunan masih berdiri di lapangan hijau.


8. Rumah Paku di Changsha,Cina



Sebuah rumah paku tetap berdiri di Changsha, bersebelahan dengan shopping mall besar di ibukota.




Rumah dua tingkat itu betul-betul berada di depan pusat perbelanjaan yang relatif terlihat moden dan kontras antara dua bangunan. Memang terlihat janggal apabila terdapat Rumah usang yang masih berdiri di tempat ini sejak tahun 2007 disebalik arus kemodenan dan kepesatan pembangunan sekitarnya.



9. Rumah Paku di Shenzhen, Cina




Pada tahun 2006, Cai Zhuxiang dan Zhang Lianhao, pemilik dari bangunan 7 tingkat di Distrik Luohu, Shenzhen, didekati oleh pemaju tempatan yang memiliki misi untuk mengubah daerah ini menjadi pusat kewangan yang sangat menguntungkan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 15-12-2014 03:58 PM


Seperti yang dapat Anda lihat dari foto, pasangan itu menolak dan bangunan tua mereka dan tanah di bawahnya menjadi fokus dari sebuah perang penawaran. Akhirnya pengembang membuat tawaran yang tidak boleh mereka tolak dan tahun 2007 pasangan itu membawa barang-barang mereka dan berpindah. Meskipun jumlah nilai penawaran terakhir itu belum dapat dipastikan, Dianggarkan pasangan tersebut menerima antara ¥ 10-20juta (lebih dari US $1 juta).
Quote PEPPERMAN 15-12-2014 04:09 PM
malaysia pun ada mirip kes yang serupa, tp kuil bukannya rumah
Quote amyainsamad 15-12-2014 04:12 PM
bkn mata duitan
Quote mdhelmi 15-12-2014 04:17 PM
owner nak tunggu sampai dapat offer RM 1 billion kot
Quote crazecousa 15-12-2014 04:21 PM
PEPPERMAN posted on 15-12-2014 04:09 PM
malaysia pun ada mirip kes yang serupa, tp kuil bukannya rumah

kt midvalley ke chor? hahaha

Quote PEPPERMAN 15-12-2014 04:28 PM
crazecousa posted on 15-12-2014 04:21 PM
kt midvalley ke chor? hahaha

kat Mines masuk kategori sama tak?

Quote lucky_peace 15-12-2014 04:31 PM
dari bernilai lame2 jadi tak bernilai langsung dah nanti, bile kawasan sekeliling pesat, tapi rumah sekangkang kera tu mesti jatuh nilai, sebab ruang yang sempit buat rugi je nak dibeli dan dibangunkan..
Quote duniaku85 15-12-2014 05:17 PM
lucky_peace posted on 15-12-2014 04:31 PM
dari bernilai lame2 jadi tak bernilai langsung dah nanti, bile kawasan sekeliling pesat, tapi rumah  ...

boleh je..ruang sempit tu bangunkan jadi rumah kedai atau restoren..
msti laku
Quote stillen 15-12-2014 05:20 PM
Kalau USD 3juta ok la..tp kena tax 30% tu yang boring
Quote lucky_peace 15-12-2014 05:26 PM
duniaku85 posted on 15-12-2014 05:17 PM
boleh je..ruang sempit tu bangunkan jadi rumah kedai atau restoren..
msti laku

tapi rasenye harga nilai tanah tu tak tinggi sebagai mana tuan rumah boleh dapat sebelum itu... orang nak buat rumah kedai dan restoren pon taknak melabut nilai tanah terlalu tinggi... last2 tuan rumah gak yg rugi~~
Quote duniaku85 15-12-2014 05:30 PM
lucky_peace posted on 15-12-2014 05:26 PM
tapi rasenye harga nilai tanah tu tak tinggi sebagai mana tuan rumah boleh dapat sebelum itu... or ...

tu kes yg rumah kecik tu..
tak nak jual..last2 owner mati bg kt kawan dia
pastu kawan dia yg jualkan






Quote chinta89 15-12-2014 05:31 PM
kalau kat mesia, ade ke nk rumah ni digelar rumah paku? nehi.. apatah lagi juta2 tu nak dibayar
Quote lucky_peace 15-12-2014 05:46 PM
duniaku85 posted on 15-12-2014 05:30 PM
tu kes yg rumah kecik tu..
tak nak jual..last2 owner mati bg kt kawan dia
pastu kawan dia yg jua ...

tula... nilai harga dah berbeza... mmg perkara macam ni akan menyebabkan nilai jatuh... tanah kecil, nak buat highrise tak boleh, so projek berimpak tinggi tak boleh terlaksana.. last2 jadi tak bernilai tanah tu even lokasinya strategi kann...
Quote Aneem 15-12-2014 11:43 PM
duniaku85 posted on 15-12-2014 05:30 PM
tu kes yg rumah kecik tu..
tak nak jual..last2 owner mati bg kt kawan dia
pastu kawan dia yg jua ...

Mmg ade eih rumah ni..
ingat dlm film Up je..


Quote shanshero 16-12-2014 01:31 AM
Kubur kat bukit cina melaka tu pun masih bertahan walau orang dah mati
Quote alieyrina 16-12-2014 07:25 AM
Area umh aku ada tapak kuil..memg x sapa la bleh duk umah tu...sapa lg kebal ?
Quote animcute 16-12-2014 10:14 AM
kat kl pun ada rumah tradisi tersepit celah bangunan ni...kat chow kit banyak
Quote duniaku85 16-12-2014 12:40 PM
Aneem posted on 15-12-2014 11:43 PM
Mmg ade eih rumah ni..
ingat dlm film Up je..

tak tau la betul ke tak
tp mmg comel je rumah ni..
Quote duniaku85 16-12-2014 12:45 PM
lucky_peace posted on 15-12-2014 05:46 PM
tula... nilai harga dah berbeza... mmg perkara macam ni akan menyebabkan nilai jatuh... tanah keci ...

tp best ada rumah kt tengah2 bandar..
tak yah susah2 nk pk pasal parking kan
tp kan tanah tu leh je buat tpt parking bertingkat..
sekali masuk dpt RM8..kali dgn 200 kereta dah berapa kan

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.389972 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top