Pelajar Tidak Digalak Sambung Pengajian Ke Negara Bergolak
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, bagi menjamin keselamatan pelajar, kedutaan Malaysia di negara-negara terlibat sentiasa memantau dan mengambil pelbagai langkah. “Antara langkah yang diambil ialah menasihati pelajar agar tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan luar dan dalam kampus atau berada di kawasan bergolak dan menjauhi kawasan berisiko tinggi. “Turut diadakan program ‘Perdampingan Pelajar’ dari semasa ke semasa melalui kenyataan rasmi dan media sosial bagi memantau perkembangan pelajar dan aktiviti mereka,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman di persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. Kamalanathan berkata, pelajar turut dinasihat mengelakkan diri daripada menyimpan sebarang simbol, gambar dalam telefon bimbit, komputer riba atau membawa apa-apa bahan bercetak seperti buku dan risalah yang menunjukkan sokongan kepada pihak-pihak tertentu. - Bernama Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 8.htm#ixzz3LwTPM37P Hakcipta terpelihara
|
ADVERTISEMENT