CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Korang Ada Ciri-Ciri Kegemaran Jin Tak?

12-12-2014 04:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14517| Komen: 36

18 Sebab Jin Merasuk Manusia.. 





Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.


Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.


Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.


“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,? tambahnya.


Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.



Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:


1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.


Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.


Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.


Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.


Nota Puteri: Selalulah mengamalkan Ayat Kursi sebelum tidur dan sebelum keluar rumah, jadikan amalan sebagai pendinding diri dari syaiton nirrajim.  Wallahualam.




Sumer: Fuh.my

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizz_fatyn 12-12-2014 01:25 PM
inshaa Allah takde..mintak dijauhkan.
Quote aramcna 12-12-2014 01:52 PM
kalau suka baca cerita misteri dalam  forum ni sama tak seperti suka baca buku cerita hantu
Quote miss_bear 12-12-2014 02:03 PM
menangis dan merintih sebelum tidur. errr
Quote supernaturalee 12-12-2014 03:02 PM
aramcna posted on 12-12-2014 01:52 PM
kalau suka baca cerita misteri dalam  forum ni sama tak seperti suka baca buku cerita hantu

nak tny benda yg sama jgk
Quote supernaturalee 12-12-2014 03:04 PM
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
15. Perempuan suka bersolek



apa penjelasan di sebalik 6 faktor ni
sbb pelik sgt bunyinya



Quote krustykrab 12-12-2014 03:30 PM
errr...aku pun kdg buang gak air panas dlm jamban
Quote Cik_Andak 12-12-2014 04:00 PM
Errrr...mandi air panas lak camne????
Quote bellaa 12-12-2014 04:07 PM
ok.

naseb xde.
Quote siape_aku 12-12-2014 04:27 PM
hmmm...apo nak dibuek...den ado bnyk ciri2 tu....
Quote Foghorn_Kazoo 12-12-2014 04:44 PM
ish..mcm semua faktor tu adalah kebiasaan je...

kec yg pelik2 tu la...mcm lompat tinggi tu...huhu

Quote mystica 14-12-2014 06:41 PM
Suka baca cerita hantu...erkk tgk citer hantu pun sama la kot. N baca kat forum ni...

Quote fifie_olin 15-12-2014 08:15 AM
setakat ni xde la tanda2 tu...aku mmg amalkn ayat qursi tu....in sha ALLAH dilindungi....
Quote sara_thrash 15-12-2014 09:33 AM
no. 15 tu aku rasa ramai kot yg suka..
Quote senahitam 15-12-2014 09:46 AM
rasa mcm xde tp mc dah 2 kali mimpi bersama dgn makhluk yg pelik mcm jin. risau gak..huhuhu. dh la badan slalu ada lebam2....sib baik laki mcm phm xde nk marah2 bile i citer menda ni kt dia. huhuhu
Quote hantukiller 15-12-2014 12:49 PM
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:


1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
18 sebab jin merasuk manusia macam tu??????????


Aku suka baca buku cerita hantu dari zaman budak budak, agaknya kalau jumpa ustaz ni kene rasuk tak? hehe
Quote mamapea 15-12-2014 01:29 PM
aku suka tgk fear file channel 108..tp adakalanya mcm tak logik pun ada..
layan je la..pkl 8 mlm je aku tgk yg dh rekod..bila hubby blk rumah mesti pening kepala
sbb hari2 aku tgk citer tamil..bila ahad jer mesti tggu citer hantu kt channel 130..
aku mmg ketagih nk tgk citer hantu..tanda2 spt diatas mmg bnyk..
Quote din_atos 15-12-2014 01:53 PM
nak tanya ada tak jin yg beromen semasa kita sedang tido
Quote enncy 15-12-2014 02:55 PM
kalau curah air panas dalam lubang bilik air ??untuk lubang yg tersumbat.
Quote hantukiller 15-12-2014 05:26 PM
enncy posted on 15-12-2014 02:55 PM
kalau curah air panas dalam lubang bilik air ??untuk lubang yg tersumbat.

Hehe, untaz tu maksudkan yg menyumbat lubang tandas tu jin la, marah la dia kene siram air panas, kalau siram air sejuk dia suka

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.069159 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top