Najib mahu Dasar Pandang ke Timur cergaskan kerjasama dengan Korea Selatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia sedang berusaha untuk mencergaskan kerjasamanya dengan Korea Selatan melalui gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0). Ini berikutan kejayaan Dasar Pandang ke Timur, yang menjadi asas perkongsian kukuh antara kedua-dua negara sejak lebih 30 tahun lepas. Malaysia memperkenalkan dasar itu pada 1982 untuk mencontohi etika dan teknik perniagaan dari negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan. "Saya berharap kita boleh terus memperluas hubungan dan meneroka bidang kerjasama baharu - dari sains dan teknologi hinggalah kepada budaya dan pendidikan serta pertahanan. "Dengan hala tuju dan keyakinan yang diperbaharui, Malaysia melihat Korea Selatan sebagai rakan kongsi sama dalam usaha pembangunan ekonomi dan sosial lebih besar," katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Presiden Korea Selatan Park Guen-Hye di Cheong Wa Dae (Rumah Biru Istana Presiden) di Seoul, hari ini. Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis itu. Terdahulu, Najib mengadakan perbincangan dengan Park pada mesyuarat delegasi dua hala di Rumah Biru Istana Presiden. Perdana menteri juga menjemput Presiden Park melawat Kuala Lumpur tahun depan. Najib berkata hubungan Malaysia dan Korea Selatan sejak sekian lama juga menyaksikan satu perkembangan baharu dalam hubungan dua hala, dengan rakyat dari kedua-dua negara dan sektor korporat kini memainkan peranan lebih penting dalam membantu membawa hubungan Malaysia-Korea Selatan ke tahap baharu. Beliau turut melahirkan keyakinannya bahawa Malaysia dan Korea Selatan akan terus memajukan kerjasama dan memperluas perkongsian ekonomi kukuh, yang akan diberi tenaga baharu tahun depan ketika Asean bersedia untuk integrasi sosial dan ekonomi lebih besar. "Sebagai bakal pengerusi Asean ketika waktu genting ini, kami menghargai penglibatan Korea Selatan di Asia Pasifik termasuk dengan Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur. "Kami menyambut baik komitmen Korea Selatan kepada seni bina serantau yang lebih kukuh, dan sokongan anda kepada Komuniti Asean," kata beliau. Najib dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan sejak Selasa bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
|
nolya posted on 10-12-2014 05:27 PM
Alangkah bertuahnya aku kalau dapat ikut rombongan PM n Rosmah ke Korea. Tapi aku tau, aku tak aka ...
sepitsiput posted on 10-12-2014 06:38 PM
saladin780 posted on 10-12-2014 06:36 PM
Pecahkan je tabung2 ayam kt rumah tu kak..dah teringin sgt nk g korea kan..hehe
Modngengade posted on 10-12-2014 06:43 PM
Amboi very the fantas akak siput sedut ni....
Naper semua yg menari saiz sama mcm ahkak pink
ADVERTISEMENT