CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Aliff Aziz Mengamuk? Tumbuk Pekerja Hotel!

12-12-2014 09:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33098| Komen: 229

Aliff Aziz Jawab Insiden Mengamuk, Tumbuk Pekerja Hotel

Aliff Aziz

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz menimbulkan kontroversi baharu apabila dia dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat sini sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, bagaimanapun tidak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk.

"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.

"Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, Aliff dikatakan mengamuk di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapannya sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas.

Semasa kejadian Aliff kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila dia dilaporkan menumbuk pekerja hotel berkenaan.

Situasi itu dikatakan turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel tersebut sempena penganjuran AIM 21 itu.

Dalam pada itu Aliff yang ketika ini berada di Singapura berkata,  adalah tidak logik baginya menimbulkan isu baharu sedangkan dia berusaha membersihkan namanya yang dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini.

Dia juga mahu menjaga nama baiknya apatah lagi bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun depan.

"Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu.

“Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu Aliff berkata, dia kini sedang melakukan rawatan tradisional bersama seorang ustaz di Singapura bagi mengembalikan semangatnya yang telah hilang.

Malah Aliff juga sanggup menjalani ujian darah jika ada mana-mana pihak masih menuduhnya mengambil dadah.

"Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz.

"Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamaida28 11-12-2014 07:23 AM
berbaik sangka semua..
Quote Syd 11-12-2014 07:29 AM
kah kah kah kna sampuk.
Quote Syd 11-12-2014 07:32 AM
jgn l bagi dia masuk msia lg. mcm2 hal jadi nanti. tumbuk org, bunuh org. terju bangunan dia pun leh wat. ni lelebih lg nak xmas. kang dia ckp dia nsmpak santa claus plak
Quote ais_kosong 11-12-2014 07:34 AM
jiwo kaco sungguh dak nih..
Quote orglama 11-12-2014 07:40 AM
Org singapore pun percaya benda2 ni jugak ke?
Quote solstice 11-12-2014 07:41 AM
Alasan paling popular retis
kena buatan org
penyakit misteri
senang btol hidup
Quote Fiera.MR 11-12-2014 07:51 AM
Kena sampuk?? kerlas statement semoga cepat sembuh ler yea...
Quote mawarmatahari 11-12-2014 07:57 AM
no comment...
Quote cruisekeanu 11-12-2014 08:00 AM
Ummah singapore kena sampuk
kah kah kah
Quote redz85 11-12-2014 08:01 AM
orglama posted on 11-12-2014 07:40 AM
Org singapore pun percaya benda2 ni jugak ke?

masuk kandang kambing mengembek
Quote cikmi 11-12-2014 08:14 AM
lawak tul. curi phone hari tu pun agaknya kena sampuk gak
Quote Syd 11-12-2014 08:16 AM
pekerja hotel tu ada membela hantu kot
tu yang bila si aliff neh nampak
dia cuba lawan hantu tu
sblm hantu tu kaco orang lain plak
Quote aderaderker 11-12-2014 08:29 AM
Shah jezebel dulu bangun lambat sebab kena buatan orang..
Ni lagi satu hamjad versi 2014
Such a d***a**
Quote pakis_hutan 11-12-2014 08:29 AM
Aku rasa dia ni kena pegi check..lepas hubungan cinta tak berjaya macam drifted away sikit dia ni..
Quote nuralisa 11-12-2014 08:35 AM
aku baca kena sampuk tu rasa macam KELAKORNYAAAAA...  
Quote mamapea 11-12-2014 08:39 AM
bila baca kena sampuk aku hanya mampu tergelak tak henti2
Quote nurul_akmar 11-12-2014 08:41 AM
masalah jiwa sungguh budak ni.
Quote Bdkkg 11-12-2014 08:47 AM
lepas kena sampuk ada muntah2 tak...jalan mesti tak betul sgt ni
Quote fiezameysekali 11-12-2014 08:54 AM
Syd posted on 11-12-2014 07:32 AM
jgn l bagi dia masuk msia lg. mcm2 hal jadi nanti. tumbuk org, bunuh org. terju bangunan dia pun leh ...

santa claus ke santau claus

Lihat semua komen(229)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.081349 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top