CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai Januari 2015, Tambang Bas Mungkin Naik

10-12-2014 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3151| Komen: 5

Mulai Januari 2015, Tambang Bas Mungkin Naik


PETALING JAYA: Biarpun tiada peningkatan bagi harga diesel bagi bas sekolah, syarikat pengusahanya berkata, tambang mungkin akan dinaikkan pada sesi persekolahan Januari ini.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana cadangan menaikkan tambang bas sekolah perlu mendapat kelulusan mereka.

"Kita tidak boleh menaikkan kadar tambang sesuka hati. Kita perlu berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu, mengenai tawaran tambang baharu berkenaan," kata Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Shah Alam, Selangor, Razak Ahmad.

Sekiranya, syarikat pengusaha tidak mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan terus menaikkan tambang bas, tindakan akan diambil terhadap mereka, tambahnya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan kenaikan kos, termasuk alat ganti dan penyelengaraan serta kemungkinan subsidi dihentikan tahun depan.

"Agak sukar untuk kami jika tidak menaikkan tambang bas sekolah," kata Razak.

Sebelum ini, tambang bas sekolah dikawal oleh pihak kerajaan.

Peraturan tersebut akan dibatalkan berkuat kuasa 1 Januari depan, di mana kadar tambang baharu perlu ditentukan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pengusaha bas sekolah seperti mana diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Harga diesel naik tiga sen kepada RM2.23 seliter pada 1 Disember selepas kerajaan mengumumkan tiada lagi pemberian subsidi bahan api dan menggunapakai kaedah pengapungan mengikut harga pasaran.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, subsidi bahan api bagi pengangkutan awam, termasuk bas sekolah, bas ekspres, bot nelayan dikekalkan iaitu antara RM1.88 dan RM1.68 seliter.

Setiausaha Agung  Persekutuan Pengusaha Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Md Saad Mohamad, berkata peningkatan tambang bas sudah pasti akan berlaku.

Bagaimanapun, beliau meminta kerajaan meningkatkan subsidi diesel untuk bas sekolah bagi membolehkan tambang bas tersebut kekal rendah kepada ibu bapa.

Katanya, hal ini kerana, terdapat pengusaha bas yang kasihan terhadap kanak-kanak sekolah dan turut melakukan perkhidmatan kebajikan secara tidak langsung.

Md Saad berkata SPAD perlu memikirkan cara terbaik untuk membantu golongan ibu bapa.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cemolot 9-12-2014 09:54 PM
semua naik! hari2 didoktrinkan GST baik untuk rakyat! padahal baik untuk meringankan poket rakyat.. lari pergi denmark ke austria ke macam ni
Quote freebird 9-12-2014 11:34 PM
takpe lah...1hb januari naik tambang...
1hb april nanti, bila mula gst, harga turunlah balik....kan menteri dah cakap camtu....


Quote atira 9-12-2014 11:36 PM
selayaknye la kpd kita hamba2 umno dan sultan ni... muahahha
Quote R2D2 9-12-2014 11:39 PM
rakyat didahulukan
Quote adekhairz 12-12-2014 12:21 PM
Tak yah lah nak mungkin2 sangat lah..mustahil lah kalo harga nak turun!!!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.231915 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top