CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik BADAN Lihat artikel

TIPS~Pembeli Tolong Jadi Pandai Sikit

9-12-2014 10:57 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4269| Komen: 9



kes 1
Apabila kita membeli sesuatu barang dan perkhidmatan, apa yang kita beli sebenarnya hanyalah keyakinan.

"Orang selalu cakap makin mahal barang/produk itu semakin bagus dan berkualiti...
kawan-kawan selalu cakap 'Eh bagus ko cuci muka kat kedai ni...tak mahal, berpatutan jer...tengok kulit aku ni..dah 5 kali cuci kat sana makin bersih tak ada jerawat dan pigmen dah pudar.' Namun apabila tiba hari yang dinanti, aku pergilah kat sana...aku jumpa tauke kedai tu cakaplah nak cuci muka tapi yang buat aku terkejut...tauke kedai tu mukanya penuh jerawat, aku tanya betul ke tempat ni? dia cakap betul tapi bila aku tengok amoi tu keyakinan aku terus hilang."


kes 2
'kawan ada syorkan aku cuba 1 produk ni nak kurus dengan cepat dalam masa sebulan, jadinya kawan aku kenalkan aku kepada rakan kerja dia. Dalam telefon kawan dia cakap eh dia dah try produk ni 2 tahun dah turun banyak berat badan...jadi aku buat temujanji dengan dia dan suruh dia bawa sekali semua produk yang dia. Paling buat aku terkejut....rakan kerja kawan aku tu punyalah besor badannya katanya dah cuba produk ni 2 tahun..tapi kenapa badan still besor?'


Pembaca LadyLista pernah tak mengalami situasi sebegini? Pernah tak sewaktu kalian lepak/bergosip sesama rakan anda membincangkan mengenai hal ini? Bagaimana hak kita sebagai pembeli menggunakan kuasa kita sebagai pengguna? Jika kita lihat terlalu banyak iklan dipasaran yang menjanjikan seribu satu janji kepada pengguna. Dan tidak kurang juga, berita mengenai produk-produk yang menipu pelanggan didedahkan di media sosial. Pelik bukan? Mana satu yang perlu kita percaya?. Mari LadyLista kongsikan panduan untuk anda yang senang terpedaya dengan janji manis iklan produk.

____________________________________________________________________________________________


Tips
1.Jangan senang sangat percaya iklan, kadang-kadang kalau nampak sesuatu barang yang diiklankan terlampau bagus tu. Mungkin mengandungi suatu muslihat. Gandakan pencarian mengenai produk berkenaan. Mungkin nampak sedikit remeh, namun hasilnya pasti tidak merugikan anda. 

2.Elakkan daripada menggunakan kad kredit ketika membeli. Sedap je kite ‘swap’, sebab duit tak ada di tangan. Hujung bulan nganga sendiri tengok. Penggunaan kad kredit ini juga membantu kita membeli tanpa berfikir, mungkin didorong oleh ketiadaan wang di depan mata, maka laju sahaja tangan kita membeli. 

3.Beli barang secara pukal/borong, jika anda menggunakan produk itu berulang kali. Sebab borong lebih murah. Sebagai contoh deadorant. Sememangnya membeli secara borong, peniaga akan memberikan harga borong/erti kata lain harga lebih murah. Disitu anda telah untung dari segi margin sesuatu barang tersebut.

4.Fikir dahulu barang yang mahu dibeli. Untuk elak menyesal dikemudian hari. Bagi pembaca LadyLista yang setia, LadyLista sarankan supaya tidak membeli pada hari 'gaji', ini kerana secara psikologinya telah dibuktikan, membeli sewaktu kita mendapat gaji akan mendorong seseorang untuk membeli barangan yang tidak diperlukan/tidak berfaedah.

5.Untuk mencuba produk yang baru, selayaknya anda membuat pembacaan/pencarian mengenai produk dahulu. Cari segala maklumat yang boleh untuk menutup sebarang keraguan yang mungkin timbul. Baca juga pengalaman orang ramai mengenai produk.

6. Gunakan sample. Mungkin ramai yang tidak tahu di Amerika, 'sample/tester' sememangnya laris untuk pengguna mencuba sesuatu produk yang baru. Mereka akan menggunakan 'sample' dengan teliti terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu produk. Ternyata kesan 'sample' kepada warga Amerika amat besar sekali. Mungkin kita di Malaysia boleh menggunakan cara yang sama untuk menentukan kesesuaian sesuatu produk kepada kulit kita.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PongKang 10-9-2014 02:47 AM
ya betul tu.. aku pun xsuka produk2 yg pelik skang ni. fyi ada 1 produk ni duta dia mmg kurus n kecik, bila aku jumpa owner aka pengasas dia nauzubillah besar gile badan dia... dia amik produk dia from china.. repackaging balik voila jd produk dia sendiri.. dia xpenah masuk tv semua dia suh assistant dia. pada aku dia jahat giler n memalukan kaum hawa n org melayu.
Quote Vellfire 10-9-2014 08:15 AM
PongKang posted on 10-9-2014 02:47 AM
ya betul tu.. aku pun xsuka produk2 yg pelik skang ni. fyi ada 1 produk ni duta dia mmg kurus n keci ...

huhu sampai mcm tu sekali ke?

before ni aku pakai 1 produk
ntah kenapa terikut2 dgn bos...pi gatai tukar
bos rekemen kan 1 produk...pemes jugak
so aku beli 1 set rm300++
before tu 2 minggu aku stop guna produk lama
dan aku try produk baru ni...

seminggu lepas aku pakai jerawat kecik2 timbul
muker makin berminyak...lepas tu jerawat batu keluar
aduhhh semua org duk Tanya kenapa?

aku alergik ke aper sampai mcm tu sekali?
lepas 2 minggu aku terus stop guna produk tu
dan pegi jumpa stokis...pekerja kat sana bagitau...suruh aku cuba produk yg sama
tapi jenis yang lain pulak
aku cakap tak nak...aku nak duit aku balik
dia cakap tak boleh....
aku terus blah

sampai sekarang aku tak berani nak cuba macam2 produk

Quote PongKang 10-9-2014 08:25 AM
Vellfire posted on 10-9-2014 08:15 AM
huhu sampai mcm tu sekali ke?

before ni aku pakai 1 produk

hati2 la beli produk zaman skang.. byk dr china n chinchai je bahan2 yg digunakan. aku terkejut sbb pengasas tu mmg x jaga penampilan dia.. dia cite artis yg jd duta dia tu pun buat work out gila2 pas pantang n sorg lagi pegi spa kuruskan badan.
Quote Vellfire 10-9-2014 08:27 AM
PongKang posted on 10-9-2014 08:25 AM
hati2 la beli produk zaman skang.. byk dr china n chinchai je bahan2 yg digunakan. aku terkejut sb ...

orang lain yang berhempas pulas
dia tetap dengan keadaan dia....haha janji duit masuk
bukan fikir kesan pun kan?

Quote PongKang 10-9-2014 08:30 AM
Vellfire posted on 10-9-2014 08:27 AM
orang lain yang berhempas pulas
dia tetap dengan keadaan dia....haha janji duit masuk
bukan fiki ...

ya.. kat opis dia tepon berdering2 org nk refund dia wat bodo.. siap suh aku beli lagi..walhal aku lagi kurus 3x ganda dari dia.. lawak tul..nasib baik la client.. kalo x mmg aku sound balik
Quote Vellfire 10-9-2014 08:35 AM
PongKang posted on 10-9-2014 08:30 AM
ya.. kat opis dia tepon berdering2 org nk refund dia wat bodo.. siap suh aku beli lagi..walhal aku ...

nak tanya...
kes mcm ni...salah ke kalau kita bagitau nama produk ni?

sekurang2nya org akan tau dan kalau yg dah guna mungkin akan siasat sama


kalau tengok kat news paper
selalu kuar berita produk ni beracun tak boleh guna
tapi tak penah nak bagitau pengguna nama produk tu


mcm kes kedai makan pulak
hidang makanan yang tercemar
tapi tak penahnya nak bagitau nama kedai dll
Quote PongKang 10-9-2014 09:43 AM
Vellfire posted on 10-9-2014 08:35 AM
nak tanya...
kes mcm ni...salah ke kalau kita bagitau nama produk ni?


mcm aku if aku bgtau bole kene penjara or denda sbb Bafia
Quote Vellfire 10-9-2014 10:08 AM
PongKang posted on 10-9-2014 09:43 AM
mcm aku if aku bgtau bole kene penjara or denda sbb Bafia

Bafia tu ape?

oh kalau dah terkena diam2 jerlah
hmmm sian yang lain2 kena
Quote somber 18-10-2014 08:41 PM
aku skarang nak beli bende pun search review kat internet dulu.. klu x de review x beli. oh anddd cari science disebalik produk berkenaan. macam skrang collagen mask all the rage tp kulit x boleh serap pun collagen sebab molekul terlalu besar

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.031103 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top