CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

India Beli 126 Jet Pejuang Rafale Perancis

8-12-2014 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4226| Komen: 2

Description: Kelmarin, Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian Mengadakan Pertemuan Dengan Rakan Sejawatnya, Manohar Parrikar Yang Dilantik Sebagai Menteri Pertahanan India Bulan Lalu.


GAMBAR fail menunjukkan sebuah jet pejuang Rafale keluaran Perancis.


NEW DELHI – Menteri Pertahanan India dan Perancis kelmarin kini di peringkat akhir persetujuan bagi pembelian seba-nyak 126 buah jet pejuang keluaran Perancis yang dianggarkan bernilai AS$15 bilion (RM51.4 bilion), kata pegawai.

Sebelum ini syarikat Perancis, Dassault Aviation cuba menjual jet-jet Rafale yang dikeluarkan pada 2012 kepada India tetapi berhadapan dengan masalah apabila gagal mencapai persetujuan mengenai harga selain India sendiri berdepan dengan krisis ekonomi menyebabkan kekurangan peruntukan bagi pembelian berkenaan.


Kelmarin, Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Manohar Parrikar yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan India bulan lalu.
“Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama strategik termasuk membincangkan isu jet Rafale. Kita juga memutuskan bahawa jika wujud sebarang perbezaan pandangan, suatu jalan penyelesaian segera perlu diambil,” kata jurucakap Menteri Pertahanan India, Sitanshu Kar.

Berdasarkan perjanjian, sebanyak 18 buah pesawat yang dibina di Perancis akan dihantar ke India, manakala baki 108 buah pesawat dipasang oleh syarikat tempatan, Hindustan Aeronautics Ltd di India.

Peringkat akhir rundingan kontrak perjanjian antara dua negara itu akan dimasukkan dalam bajet India yang bakal dibentangkan pada Mac 2015, jelas Ketua Eksekutif Dassault Aviation, Eric Trappier pada bulan lalu. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 3-12-2014 04:33 PM
Quote amirgo 5-12-2014 09:06 AM
Mantap pertahanan mereka

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.122606 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top