CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar dakwa gagal dapat kerja kerana terlalu hodoh

3-6-2013 04:19 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7542| Komen: 31

Description: CAMBRIDGE - Seorang pelajar mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh. Pelajar psikologi, Ben Cronin, 20 berhasrat untuk bekerja sementara semasa cuti m ...

Pelajar gagal dapat kerja kerana terlalu hodoh
3 Jun 2013


Ben Cronin yang mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh. - FOTO: www.telegraph.co.uk

CAMBRIDGE - Seorang pelajar mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh.

Pelajar psikologi, Ben Cronin, 20 berhasrat untuk bekerja sementara semasa cuti musim panas di bot terkenal Cambridge tetapi kakitangan di sana memberitahunya rupa parasnya tidak cukup menarik untuk bekerja di sana.

Cronin, yang baru saja tamat tahun pertamanya di Anlia Ruskin, University of Cambridge itu berharap, dia mampu membiayai pengajian tahun keduanya dengan bekerja sementara dalam cuti.

“Saya cuba bertanya jika ada kerja kosong di bot pelancong itu, tetapi pekerja bot memandang saya dari atas ke bawah lalu ketawa. Mereka kemudian berkata, “kamu tidak layak bekerja di sini,”,

“Saya berasa cukup terhina dan merasakan kata-katanya itu melampau dan memalukan diri saya. Apa kena mengena kerja itu dengan rupa paras saya?,” kata Cronin.

Syarikat bot itu bagaimanapun menafikan kriteria yang diambil untuk bekerja mementingkan rupa paras.

Pengurus Besar, Rod Ingersent berkata, pihaknya tidak menyokong kata-kata anak buah syarikatnya kepada Cronin kerana selama ini, mereka mengambil pekerja berdasarkan kriteria kerja dan merit individu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 3-6-2013 03:27 PM
Haha....

CEO Abercrombie and Fitch.

Quote totokreturn 3-6-2013 03:30 PM
Bukan dia terlalu hodoh, tapi dia terlalu bodoh jerk...
Quote cikatilia 3-6-2013 03:35 PM
hodoh??

nan hado

biasa aje.. xlah ugly sgt sampai jelek nak memandang
Quote fifie_olin 3-6-2013 03:36 PM
aku tgk xde la hodoh pon...ok jek...
tp kalo org dh komen ko mcm tu...buatla something...
ubah rmbt tu...spek tu ganti lens ke...masuk gym kasi tough bdn tu...
lps tu bkn takat org rebut amek ko...awek pon kejar sama
Quote forfavor 3-6-2013 03:44 PM
Dovahkiin posted on 3-6-2013 03:27 PM
Haha....

CEO Abercrombie and Fitch.

tp yg ni mmg very fishy..something very fishy..

die ni nk crk pekerja or anak ikan?

Quote melia_star 3-6-2013 04:05 PM
takdelah hodoh sgt pun...cuma maybe badan chubby n muka x ensem x seswei utk keje atas bot pelancong ala2 exclusive n only  for eliitist...agaknyer laa
Quote phongsakorn 3-6-2013 04:07 PM
fifie_olin posted on 3-6-2013 03:36 PM
aku tgk xde la hodoh pon...ok jek...
tp kalo org dh komen ko mcm tu...buatla something...
ubah rmb ...

biasa la.. dia mengaku diri dia hodoh mungkin sebab takde girlfriend..
Quote fortiori13 3-6-2013 06:09 PM
adakah ini taktik utk dapat keje??
Quote card_reader 3-6-2013 06:27 PM
kalo dok malaysia, beratur orang nakkan dia...........
Quote shizukachan 3-6-2013 06:58 PM
Cari jela keje lain....baru sorg yg kata dia hodoh..tu pon kecohhhhhh
Quote green_life26 4-6-2013 05:16 PM
I think is because of its penampilan, sehodoh-hodohnyer se2org tu, kalau dekenakan penampilan yang sesuai, ok je...
Quote berrygurl 4-6-2013 11:22 PM
Xde la hodoh mana mamat ni..perlu ke muka ensem nak jadi tukang kayuh sampan?x memberangsangkan..
Quote brownstone 5-6-2013 12:15 AM
Same jew mana2 pon, kalau x, tak dela dlm resume pon nak mintak letak gambar...

Tapi chances org yg hensem/cantik nak dapat kerja mmg tinggi.
Quote airfilterbersih 5-6-2013 12:47 AM
die mendakwa dirinye sendiri...
ingt kerajaan die ka dakwa die hodoh...
Quote chazey 5-6-2013 02:03 AM
mamat ni cuma perlu kurangkan lemak, masuk gym dan dapatkan seorang perunding imej.

dia akan jadi sangat hensem bak pelakon. ciri2 hensem pada muka itu sudah ada. Last edited by chazey on 5-6-2013 02:05 AM

Quote xanderz 5-6-2013 02:25 AM
bab2 ni aku slalu fikir macam ni, kalau time interview kerja, two candidates equally terbaik dari segala segi, yang beza cuma sorang hodoh sorang hensem, agak2 majikan nak hired sapa ek?

p/s soklan aku ni mcm pernah ulang kat thread lain....
Quote beta_carotene 5-6-2013 02:31 AM
xanderz posted on 5-6-2013 01:25 AM
bab2 ni aku slalu fikir macam ni, kalau time interview kerja, two candidates equally terbaik dari se ...

haruslah pilih yang muka siap.. at least boleh la multitasking jumpa client etc.. client pun xtermuntah tgk muka tak siap dtg meeting..
Quote Dzulqarnain 5-6-2013 07:13 AM
Kalo dia pandai sket xde le CARI kerja - tp buat kerja
Quote lil_honey 5-6-2013 08:00 AM
hodoh, kalau pakai tuxedo tetap nampak ensem.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061135 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top